Maha International telah berlangsung di Malaysia Agro Exposition Serdang (MAEPS) dari 26 November sehingga 5 Disember 2010. Salah sebuah tarikan dipameran tersebut ialah contoh RBW setingkat bersaiz lebih kurang 10 kaki x 40 kaki setinggi satu tingkat. RBW itu menjadi contoh kepada pengunjung yang berduyun-duyun datang kelokasi tersebut yang rumah burung walet boleh dibina pada kos yang sederhana.
Gambar hiasan pengunjung membuat lawatan dikawasan perwaletan
Gambar hiasan RBW MAHA 2010
Di kawasan antara tempat percutian Penyabong ke Bandar Mersing, saorang penternak(bumi nampaknya) telah membina sebuah RBW iras RBW contoh tersebut. Bangunan tersebut dibina dicerun antara kawasan kebun yang berdekatan dan jalanraya yang lebih tinggi dari persikatarannya.
Gambar menunjukkan bumbung bangunan RBW yang separuh terlindung dan tingginya separas dengan jalanraya.
Diperhatikan yang ketinggian bangunan agak rendah dibandingkan dengan ketinggian jalan yang berdekatan, yang boleh agaknya menggangu laluan burung.
Gambar RBW Iras MAHA2010
Tekan dan Jom Layan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan