My Daughter's Blog

Isnin, 14 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 20- Contoh RBW bentuk empat persegi tepat













CONTOH RBW YANG BERENTUK SEGI EMPAT TEPAT#
(Dimensi 37 kaki adalah lebihkurang)

Formasi seperti diatas pernah saya kaji dan bertanya sana sini mengenai kesusuaiannya untuk dibina  menjadi RBW. Luas bangunan dua tingkat seperti ini, adalah 2700 kaki persegi. Ia mempunyai ciri-ciri yang boleh mengurangkan kos binaan.
Struktur seperti ini mempunyai 2 perkara yang boleh membawa keuntungan:
a) Panjang dan lebar-nya yang lebih-kurang 37 kaki akan hanya menggunakan rod keluli yang memperteguhkan konkrit tidak perlu disambung(lapping) yang hanya akan menggunakan besi tambahan. Di maklumkan yang panjang rod keluli sampai dari kilang ialah 39kaki dan 2 inci.
b) Seperti yang diterangkan pada Siri Sembang swiftlets19-segi empat tepat sebagai formasi paling murah; segi empat tepat boleh menjimatkan penggunaan barang binaan pada dinding dan tiang dibanding dengan RBW yang mempunyai luas yang sama tetapi dengan bentuk plan yang lain.
Walau bagaimana pun, kajian seterusnya perlu dibuat untuk kedudukan LAL dan teriknya cahaya dari LMB perlu dibuat. LBW sebegini biasanya akaan lebih terang dari RBW yang mempunyai ukuran panjangnya, sepanjang 100 kaki. Mungkinkah papan sekat mampu untuk mengatasi kelemahan-kelemahan RBW ini.   Agaknya.

3 ulasan:

  1. salam...mohon ambil tips tentang burung walet..kami ditugaskan untuk buat assingment tentang burung walet ni..untuk subjek keusahawanan...

    BalasPadam
  2. mantaf bos gambar x,bisa d tambah lg serta rincian x

    BalasPadam