My Daughter's Blog

Khamis, 30 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 110- Kasus Teknik Dinding Bata

Kalaulah saya berpeluang membuat sebuah rumah walet yang sederhana saiznya, saya mungkin akan menggunakan teknik yang digunakan untuk rumah burung ini.....jom layan salah satu teknik membuat dinding RBW.

Penggunaan batu bata  sebagai dinding RBW adalah lumrah bagi yang membina pada kadar termurah tetapi untuk binaan yang kekal. Walaubagaimana pun kadang-kadang benda murah senang pula pecah ketika penerimaan dari kilang(itulah pengalaman saya). Bilangan bata yang diganti pula mengikut rasa pengilang itu pula. Bata berasaskan tanah adalah pilihan kebanyakkan penternak bergedung besar. Salah satu contoh ialah bangunan RBW sebesar lebih-kurang 40 kaki x 100 kaki digambar ini.

Gambar hiasan

Pemasangan bata jenis ini yang digunakan diRBW ini adalah seperti berikut:-
a) untuk tingkat bawah, dimana kemungkinan pencuri boleh memecahkan dinding, dibina selapis tetapi tebal 9 inci, aturannya digambar dibawah ini. Jurang diantara bata disetiap selang satu bata dapat mengurangkan pemindahan haba dari luar.
 Gambar hiasan(dinding bata 9 inci)

Lantai ditingkat bawah bangunan yang terletak diatas tanah biasanya adalah sejuk dan boleh menyumbang menyejukkan bilik tingkat bawah. Lapisan dinding bata 9 inci dibuat secara diatas mungkin tidak dapat memberi haba yang cukup untuk bilik bawah stabil pada kadar suhu 29C walaupun terkena pancaran terus matahari tanpa pengudaraan. Saiz bangunannya dapat memberi pengaruh kepada paras suhu ditingkat bawah juga.

b)Untuk tingkat atas, salah satu cara yang agaknya sesuai untuk mendapatkan suhu yang dipinta adalah dengan menggunakan pembinaan bata seperti gambar dibawah ini:

`
Gambar hiasan

Walaubagaimana pun, didalam kasus RBW ini, terselit satu sistem mengatur suhu dengan menyedut angin panas diruang void ditepi RBW yang dindingnya terkena sinaran cahaya terus(haba dari dinding bata selapis?), agaknya. Sekiranya bilik inap sejuk, maka kipas akan dihidupkan untuk menolak angin panas kedalam bilik inap melalui paip .....kurang pasti pula sistem lain yang ada.......

Gambar hiasan ruang void mengatur suhu

Gambar hiasan lubang ventilasi jenis kotak

Gambar hiasan lubang kipas keruang void suhu


Gambar hiasan kotak ventilasi ruang void suhu

Dengarnya, burung walet telah mula bersarang diRBW ini..........

Penggunaan styrofoam tidak diterapkan diRBW ini nampaknya. Mungkin tidak perlu..... Perlulah berhati-hari sekiranya ingin menggunakan styrofoam, halnya salah satu ciri styrofoam itu ialah ianya water-tight........agaknya.

maaf kalau kurang berisi.....

Rabu, 29 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 30- RBW dibina nampak seiras

Gambar-gambar dibawah ini diambil ketika didalam perjalanan diantara Kuala Rompin ke Pekan yang melalui lubuk walit termasuklah pekan Nenasi. Sambil berjiran, juga menternak, dan sama-sama panen....sarang(RBW tiga serangkai digambar ini).
Gambar hiasan 0

Ia kelihatan seperti dibina seiras dengan merujuk kepada yang lain atau dibina oleh orang yang sama. Walaubagaimana pun, untuk menarik lebih banyak walit, perubahan perlu dibuat, agaknya.


Gambar hiasan 1

Gambar hiasan 2

Gambar hiasan 1 dan 2 menunjukkan sepasang RBW yang seiras, dibina bersebelahan. Walau pun berbentuk serupa tetapi LMB nya berlainan, iaitu RBW digambar yang 1 telah mengubahkan kedudukan LMB nya. Perhatikan juga kedudukan hexagon tweeter diRBW diGambar hiasan 2 berada nun di apex bumbung, jauh dari LMB, tetapi itu-lah pilihan tuannya. Apa pun, RBW itu telah disiapkan rapi sesuai untuk ditempatkan ditempat kediaman. Ianya begitu seiras dan harap harap kedua-duanya sama-sama kompetitif menarik burung walit.

DiGambar hiasan 3 pula kita kenang kembali   Tekan dan Jom Layan-RBW iras MAHA yang dibina dengan kos yang minima.
Gambar hiasan 3

Apa pula persamaannya dengan RBW diGambar hiasan 4?

Gambar hiasan 4

Nampaknya ia bangunannya dibina seiras dengan RBW tadi/MAHA 2010 tetapi mempunyai perbezaan pada pembinaan bumbungnya. LMB asalnya pun nampak serupa. Kos binaan nya pun pada kadar yang sama. Ia dicat untuk mengurangkan penyerapan haba, agaknya. 

Tentunya akan ada lagi RBW dibina mengikut sebuah RBW yang telah terbukti berjaya, bukan hanya sepasang ........satu nasihat yang baik untuk diikuti, kan.

Moga burung walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Selasa, 28 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 29- Mari main lukis lukis

Work in progress - bird's eye view with see thro capability,
all adjusted to requirements,
3 floors to come.
En Azman, sila beri komen....
i suka aturan LMB, LAR dan LAL
Moga walit datang berduyun-duyun..
Memang boleh blast bazooka habis-habis(ke arah atas, tapi)

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 28 - Penggunaan spot-light sebagai penarik serangga

Cuba kita fikirkan...apakah penggunaan spotlight seperti gambar hiasan dibawah ini dapat menarik serangga kalau ianya dihidupkan diwaktu senja? Kalau ia ,agaknya perlu juga ianya diletakkan ditempat yang tinggi dan menghalakan ke kawasan hutan......agar serangga tertarik kelokasi.
Saya terfikir "memang ada serangga datang tetapi mungkin pada permulaan sahaja, agaknya. Mungkinkah ia akan berkurangan mengikut musim....saya pun kurang mengetahui."
Gambar hiasan spotlight \

Apakah binatang yang boleh tertarik dengan adanya banyak serangga berterbangan diwaktu senja?
Agaknya..
a) tokek
b) walet
c) cecak
d) burung pemangsa seperti burung hantu.

Apakah patut kita bubuh gadget ini berdekatan dengan RBW kita?

Anda sajalah yang boleh menjawab......

Apakah juga risikonya?
tok tokek boleh datang sama dan pulang keRBW pula......agaknya jawapannya.. anda fikirkan 

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 27 - Kari Kepala Ikan Ringlet

Sekadar sharing sebuah tempat untuk melapik perut kalaulah kita didalam perjalanan melalui pekan Ringlet, sebuah pekan yang kedudukan nya adalah 50km dari Tapah atau lebihkurang 15 km dari Tanah Rata didalam perjalanan antara Ipoh ke Cameron Highland. Gambar kedai nya sebagai gambar hiasan pertama, tepi jalan utama, sebelah kanan dari Ipoh keTanah Rata.

 Gambar Hiasan

 Speciality dikedai ini ialah kari kepala ikan, yang boleh di oder masak sekiranya kelewatan dan ada bekalan ikan lagi ataupun yang sudah disediakan pada waktu tengah-hari. Gambar karinya adalah dibawah ini....

Gambar hiasan

Ayam goreng dikedai ini juga menjadi kesukaan ramai........

Maaf jika tidak bersesuaian dengan selera anda........

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 26-Open Air LBW

Work in progress for a friend......sketch je
open air LBW for RBW of size 20 feet by 30feet.
Jom Layan...
 :)

Sabtu, 25 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 25- Mari main lukis lukis

Saorang pembaca telah menghantar permintaan untuk sesi  Mari main lukis lukis sebuah RBW 20kaki x 20 kaki dengan 3 tingkat. Tingkat satu adalah untuk kedai. Didalam kasus 20kaki x 20 kaki dengan 2 tingkat RBW , saya perlu mendapatkan masukan dari En Azman, En Wan dan pakar-pakar yang lain agar aturan dalaman nya sesuai untuk pertumbuhan walit yang memberangsangkan. Apa pun saya kongsikan untuk memulakan cerita.......cuma saya agak kurang selesa dengan dimensi yang dipinta. Jom Layan... maaf kalau tidak sesuai. Maksud saya menanda lukisan tersebut agar senang untuk dikomen... Diharap yang berminat mendapat munafaat dari input kawan-kawan ini.


 Gambar hiasan 1

Gambar hiasan 2

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita.

Khamis, 23 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 24- Teknik pintu tidak bertangga

Kalau RBW kita bertiang seperti gambar hiasan dibawah ini, tentunya kita boleh mendapat  munafaat ini:
a) ketinggian untuk bangunan RBW sesuai untuk burung berlegar
b) lebih keselamatan dari kecurian melalui pecah dinding/pintu memandangkan kedudukkan yang lebih tinggi menyukarkan pencuri
c) Menyenangkan penghindaran binatang yang boleh merangkak kedalam bangunan RBW
d) ruang untuk perkembangan dimasa hadapan.
dll...
Anda fikirkan dimana letak pintunya.....

Gambar hiasan

Gambar hiasan 2

Ide ini boleh disatukan dengan teknik pintu tidak bertangga. Teknik ini bermaksud yang pintu bangunan terletak ditingkat 2, dan tidak siap bertangga. Untuk memasuki bangunan, perlulah membawa tangga dan panjat. Rajah dibawah sekadar hiasan dan ide....


Gambar hiasan pintu tidak bertangga

Teknik ini menyukarkan pencuri memasuki RBW melalui tangga tetapi pencuri senang lagi memecahkan dinding RBW. Untuk kelebihan keberkesanan  perlulah digunakan kedua-dua teknik yang diperkenalkan ini.

Untuk panduan mengenai tangga, bolehlah layan....Tekan dan Jom Layan -Mat saleh situkang panen

heh,heh.....

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita.

Rabu, 22 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 23-Bilik Bersiling Tinggi Kesukaan ku

Gambar Hiasan VIP Room

Fikirkan akan kemungkinan penerapan bilik VIP didalam sebuah RBW dengan menggunakan efek kelebihan ketinggian bilik itu untuk menarik burung walit bersarang. Pernah diwar-warkan yang burung walit rasa selamat apabila dapat membuat sarang ditempat yang tertinggi disuatu kawasan walaupun tempat itu hanya mempunyai keluasan 1 kakix 1 kaki.

Loteng digambar ini, nampaknya mempunyai ketinggian yang mencukupi untuk 'bilik walit'/VIP  dengan keluasan yang minima, juga tanpa modal yang terlalu tinggi. Walaupun begitu perlu juga yang kedudukannya perlu juga seupa dengan keperluan bilik VIP.



Gambar rajah dibawah ini menunjukkan kemungkinan kesusuaian kotak ruang VIP menggunakan ruang loteng. Apa pun kedudukan ruang ini perlulah berdekatan atau diruang VIP sendiri, agaknya.






Gambar rajah dibawah pula menunjukkan kemungkinan aturan yang boleh memberi keadaan yang bilik VIP mempunyai ketinggian yang lebih dari bilik lain. Difahamkan perbezaan ketinggian yang perlu ialah 6 kaki.






Gambar ini disedut dari blog walet group yang menunjukkan persamaan dengan konsep yang ditunjukkan. Mudah-mudahan perbezaan ketinggian siling ini dapat memberikan pertumbuhan sarang seperti yang kita harapkan.

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 22- Lagi RBW bersaiz gergasi

Hari ini perjalananku agak jauh, dari Kuala Lumpur ke Bandar Penggaram, tempat lahirku, menjengok ibu ku dan terus kePasir Gudang untuk bermalam. Sepanjang perjalanan ku cuba perhatikan RBW yang berdiri sepanjang perjalanan dan ada dua yang menarik perhatianku.

DiPagoh, terdapat sebuah RBW yang berdekatan dengan pekannya dan terletak diatas bukit dimana terletaknya kubur cina. RBW ini dapat dilihat dari nun jauh hingga berdekatan dengan tol highway Pagoh, iaitu tidak kurang dari 5km jauhnya.
 Gambar hiasan 1

 Gambar hiasan 2

Perhatikan dua gambar diatas, RBW yang bersaiz lebih kurang 40kaki x 100 kaki dengan monkey housenya yang agak luas. LMBnya pun agak luas,agak-agak berdimensi 4kaki lebarx 6 kaki tinggi. Ianya mempunyai 3 tingkat dan bumbungnya berlapikkan metal decking. 

berbanding dengan RBW berdekatan dengan perhentian Layang ditepi highway diantara Senai dan Pasir Gudang. RW ini bersaiz super gergasi. Bayangkan RBW bersaiz 40 kaki lebar x 100 kaki panjang tetapi mempunyai 5 tingkat. Kalaulah ianya penuh dengan burung sekali tuai, mungkin sarangnya boleh mencecah 200 kilo agaknya. 
Konsepnya agak berlainan dibandingkan dengan RBW diatas, kerana RBW ini mempunyai 2 LBW dan seperti RBW itu disekat 2, menjadikan 2 RBW bersaiz 20 kaki x 100 kaki tiap-tiap satu. Juga anda perhatikan yang dihujung sebelah kanan, yang sepertinya ada lubang masuk open roof pula, tentunya, tidak bermasalah dengan RBW sepanjang 100 kaki. Agaknya. Ketetapan untuk keperincian sebetulnya hanyalah boleh didapati dengan mendekati bangunan tersebut.  
 Gambar hiasan 3


Gambar hiasan 4

Kita hanya boleh mengagak yang bangunan RBW pada skala super gergasi ini adalah pelaburan dari seberang causeway, seperti yang kita lihat di kawasan nenasi, agaknya. Kalau kita dah ada RBW, walaupun kecil, patutnya kita bersyukur, dan .....terus berusaha dan berdoa untuk kejayaan.

Isnin, 20 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 21- PembinaanRBW DiKuala Pilah

Didalam perjalanan saya dari bandar Muadzam ke Kuala Pilah, terdapat beribu ekar tanaman kelapa sawit yang dipunyai oleh badan koporat gergasi. Oleh kerana tanah-tanah disitu kurang dipunyai oleh individu, maka kurang terdapat RBW ditepi jalan raya itu. Berdekatan dengan bandar Kuala Pilah, berhampiran dengan stor JKR Kuala Pilah, sebuah RBW sedang dibina pada paras tingkat 2. Tentunya ia berkedudukan yang strategik untuk cuba menarik perhatian siwalet.



Gambar hiasan sttor JKR Kuala Pilah 
  

Gambar hiasan RBW

RBW tersebut berdimensi lebih-kurang 20kaki lebar dengan 75 kaki panjang.

Ciri-ciri menarik diRBW ini:
a) perhatikan lubang angin 1kaki tinggi dan 2 kaki lebarnya di setiap panel dinding
b) perhatikan dinding yang diperbuat dari 2 lapis bata(lihat gambar hiasan dibawah)  

Kalau diperhatikan sekeliling RBW ini kelihatan sudah dibersihkan menandakan yang ia adalah RBW yang mempunyai 2 tingkat dan menggunakan lubang masuk open roof. Kerja yang perlu dihabiskan ialah pemasangan bumbung menggunakan metal decking dan berstruktur aluminium. 

Gambar hiasan 3

Ciri cavity brick wall seperti gambar hiasan 3 adalah untuk menghindar penceroboh masuk de RBW. Sipencuri akan mengambil masa yang banyak untuk  memecahkan dinding tersebut dan sekiranya RBW dibekalkan alarm maka mungkin tuanpunya sempat datang keRBW dengan bantuan. Begitulah agaknya. 

Saya jangka, elemen penyejukkan dari lantai (kontak dengan bumi) boleh membuat suhu dibilik  bawah ini lebih sejuk dari biasa memandangkan ciri cavity brick wall ini memang kurang memindahkan haba dari dinding yang terkena pancaran mata hari. Sekiranya kurang haba memasuki ruang, maka semakin lama suhu ruang akan menurun hinggalah ianya stabil dengan suhu muka bumi. Agaknya. Apa pun ini hanya pandangan yang memerlukan lebih kajian.

Disegi ciri ventilasi secara kotak, ia adalah 'interesting' dan boleh diperhatikan implementasinya. Saya pun kurang pasti caranya. Tentunya ia memerlukan ciri keselamatan yang boleh menghindar dari kemasukkan penceroboh melalui lubang angin ini.

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita.

SEMBANG SEMBANG WALIT 110 -RBW BERASAS KAYU ALA BORNEO SWIFT

Gambar-gambar dibawah ini disedut dari internet. Ia menunjukkan pembangunan rumah burung walit dengan menggunakan kayu sepenuhnya. Dimensinya adalah sesuai untuk buget yang kecil, iaitu lebih kurang 15kaki x 20 kaki. Kosnya agaknya dibawah RM 30,000. Seperti biasa penukangan kayu memerlukan tukang yang mahir untuk menentukan kualiti kerja yang tinggi. Keperluan meletakkan racun anai-anai ditanah serta penggunaan kayu yang berkimia adalah amat mustahak.

Dilihat dari pembinaan nya, RBW ini adalah satu tingkat tetapi mempunyai ketinggian yang agaknya selesa untuk burung walit berlegar. Tinggi LBW nya adalah lebih dari 20 kaki agaknya. Pilihan LBW adalah tingkap tepi dinding dimana ada keperluan dipasang sekat diantara LBW dan ruang inap. Sebuah LAL di buat untuk perkembangan RBW menjadi dua tingkat, agaknya.














Beginilah agaknya apabila bangunan RBW sudah siap. Dindingnya dibuat dari papan plywood ber lapis styrofoam. Begitu juga lapisan styrofoam digunakan untuk kawasan bumbung. Ada keperluan yang lantai kayu itu dilapis dengan plastik tebal agar ia tidak bocor dan boleh merusakkan lantai yang diperbuat dari kayu. Seeloknya, lantai itu dilapik dengan selapis mortar setebal 1.5 inci, agaknya.



Gambar hiasan dissedut dari inet....

Mari kita main lukis-lukis.........



Gambar hiasan

Dilukis sebuah kawasan void yang agak luas iaitu 12 kaki x 15 kaki tetapi dijangka disukai oleh burung walit. Melihatkan yang bilik inap/sarang adalah 50% dari keluasan lantai dicadangkan yang tingkat bawah dibuatkan dinding bata, yang menjadikan keluasan ruang inap menjadi 3 kali ganda reka bentuk asal. 

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita.