My Daughter's Blog

  • ホモ出会い 北海道 携帯版 - 様々な利用者がいるコミュニティサイトにおいては、一概にパートナーを探したいという真面目な出会いを期待している人のみならず、単なる出会いだけを考えているメンバーも少なからずいると思います。 以前ならパートナーとの出会いを望 […]

Jumaat, 23 November 2012

MANJUNG 4 JOM LAYAN

Begini lah keadaan tempat saya bekerja diwaktu pagi hari selasa lepas.......lama udah. Sambil kami menunggu pejabat dibuka segugusan awan tebal melindungi matahari yang baru terbit. Apa pun ditapak bina kerja2 awam dan mekanikal sedang pesat dibina. Jom layan.....
Beginilah gambar terkini Projek 1000MW Coal Fired Thermal Power Plant dengan teknologi terkini boiler jenis supercritical. Memang peluang untuk mengetuai salah satu organisasi didalam pembinaan projek ini amatlah dihargai. Rupanya ada juga skill peribadi yang saya punyai walaupun ianya bukan bidang yang saya ceburi berpuluh 2 tahun.

JOM LAYAN LAPURAN manjung-4-an-ultra-supercritical-first-in-southeast-asia

Jom juga layan gambar terkini




salam..

Khamis, 13 September 2012

Jom Layan Sembang Raya - "Maaf Zahir Batin...Layan lagu BMW"

Salam semua, hari ini bertarikh 13/09/12, dan masih dibulan syawal lagi. Terlebih dahulu saya Paksembang (Sharif) memohon maaf terhadap kekasaran bahasa saya di tulisan2 saya juga kalau ada kesilapan didalam menganalisa keadaan ketika itu, maklumlah masih newbie lagi. Setelah bertahun menjadi gembala burung walet saya masih lagi berusaha dan tidak putus asa didalam perusahaan ini walau harga menurun juga masalah menimpa.
Apa pun pada saat ini saya lebih maklum akan industri ini. Nasihat saya ialah agar tuan dapat membuat kajian mendalam dan kenalah rajin bertanya diforum2 juga difacebook groups. Saya rasa pada masa ini kurang keperluan untuk membeli suara walet, ada banyak lagu boleh didownload dari site seperti wikiwalet, juga di group2 difacebook ataupun search di mp3skull.com. Apa pun waspada kepada tambahan suara stress/duress pada lagu2 itu.

Apa pun sekadar seronok dengan harapan baru agar walet bersarang saya post keadaan rbw saya terkini.....doakan lah agar rbw saya berjaya.

http://www.mediafire.com/download.php?n092k80y5yc52vq

Akan saya usahakan....menulis lagi

Rabu, 28 Disember 2011

Jom Layan Sembangwalet 66- Mari Main Bazooka

Salam sokmo. maaf lama tidak kembali disini. urusan kerjan. gitulah. pak sembang ingin bercerita mengenai bazooka, pembuatan bazooka dengan cara DIY dan yang pastinya satu KM pun ia boleh kedengaran dengan kuat, tetapi maklum sahaja lah bahagian distortion tu pak sembang kurang kaji. Apa pun kita mahu gegar walet itu kaji suara itu datang dari mana, dan datang ke RBW kita.


Mula kita tengok asas peralatan yang nama nya 'horn'. orang  kita panggil hon. di kereta pun ada hon. Ianya adalah peralatan kecil yang mampu bersuara besar. Lihatlah gambar anjing diatas kyusuk mendengar bunyi kawannya menyalak, agaknya, begitulah juga hendaknya hon yang akan kita buat ini.





Beginilah penggunaan hon dizaman moden, memang bunyinya macam di konsert, sebab nya dikonsert mereka menggunakan hon untuk penyampaian yang efisien. Begitu juga pemasangan dikereta..... Pak Sembang pada satu masa dahulu ada pasang pakej ini.....dikereta jeep. memang main sampai pekak. Sekarang bunyi waket ketik ketok pun pak sembang susah dengar....hehe




Sayangnya honnya telah kecurian.....tentu ianya sesuai untuk LMB

Untuk Bazooka DIY, pak sembang cadang penggunaan  speaker HP 5000,






yang berharga diantara RM35 ke RM45. Ianya sesuai kerana ianya semenangnya berbunyi kuat. maaf kalau ia cepat rusak. Main power gitulah jawabnya. 





Anda perhatikan ada ring didalamnya. Dengan adanya ring didalamnya kita dapat memasukkan spout kita ini kedalamnya. walau bagaimanapun, spout ini perlulah dipotong pada tempat yang sesuai supaya ianya boleh masuk diluar ring yang didalam speaker tersebut. Gambar spout yang belum dipotong dan pernah saya beli di ACe hardwarelah, mana lagi.

Tempat pemotongan spout ini saya cadangkan dengan mengukur diameter luar spout ini ddibanding dengan lubang speaker HP 5000 tersebut. ketebalan dinding spout itu bolehlah ditrim supaya boleh masuk sendat ke speaker tersebut. selepas memasukkan spout tersebut, maka kita ambil senang mengikat dengan menggunakan sekeru terus kedinding speaker tersebut. Spout ini bolehlah juga diganti dengan kepingan zinc yang dibuat seperti spout tetapi memerlukan kepandaian mengetuk kepingan zinc pula.

 Yang sudah dipotong bawahnya boleh dibuang.....

bahagian spout yang masuk sendat kedalam tweeter tersebut....(gambar diatas)
.
Apabila sudah siap nampak seperti ini...(gambar diatas)

Penggunaan corong dari Ace Hardware memang amat kemas, dan saya rasa dapat memberi 'power' secukupnya, kerana ia sendat pada tweeter tersebut. Untuk memastikan yang ianya terlekat, bolehlah disekeru ditepi tweeter menembusi tepinya. Kita perhatikan gambar lain untuk tweeter yang sama


Perhatikan gambar dari tepi, yang nampak kemas, untuk sendat yang elok.

Pemandangan melihat kedalam corong tersebut, menunjukkan sendat yang elok.

Agaknya kenapa ianya bersuara kuat, saya agak apabila kita sendatkan laluan suara keluar, maka throat laluan suara itu mengecil dan seperti theori horn, ia memberikan suara yang lumayannya kuat. very efficient and very loud, try it walet pasti suka........Agaknya

ordering di ace hardware

nanti bila pak sembang senang, diupload gambar pakai kepingan zinc yang dibuat spout...

Ahad, 16 Oktober 2011

JomLayan Sembang Walet 65 - Allah hu Akbar

Begitulah Indahnya,......Allah hu Akbar


Saya mengaku memang saya bukan yang pandai menilai....
utamanya apabila kita sedut dari didalam dunia maya
Pesan Terakhir Nabi Muhammad
didalam filem The Message

Tekan dan Jom Layan

Dari bacaan saya yang tidak begitu mengetahui,
yang dilakunkan adalah hanyalah sebahagian dari pesan .........
apakah hanya itu pesannya?
anda mungkin lebih arif didalam hal ini
wallah u a'lam

Maaf kepada yang tersinggung..