My Daughter's Blog

Selasa, 3 Mei 2011

Sembang walet swiftlets 77- Bahana hidu ammonia

Gambar hiasan

Ammonia adalah gas yang mengakis dan senang larut didalam air yang menjadi ammonium hydroxide, kimia yang juga kaustik, lebih kurangnya bahan yang tajam. Gas tersebut adalah bahan yang semulajadi dan juga timbul didalam proses pembusukan oleh bakteria. Lebih 80% ammonia yang dikilang dibuat baja. Air ammonia yang digunakan dirumah untuk pembersihan berlarutan diantara 5% hingga 10% sementara untuk penggunaan industri pula adalah berlarutan 25% dan adalah terlalu tajam.
Gambar hiasan

Risiko memasuki RBW yang telah beroperasi termasuklah pendedahan kepada gas ammonia. Risiko yang lain yang begitu biasa didengari ialah terbang free fall melalui LAL dan kejadian lain yang berkaitan dengan berjalan didalam gelap. Kejadian free fall ini dengarnya sudah sekali dua terhebah disurat khabar. Semua risiko ini perlulah kita sedari, termasuk sebesar-besarnya risiko diRBW baru beroperasi iaitu risiko burung lari.

Pernahkah anda terdengar mengenai risiko kemungkinan terjadi kemandulan anak perempuan yang memasuki RBW ataupun anak kandungan menjadi kecil?. Mungkin kah cerita ini ada kena mengena dengan 'pendedahan kepada gas ammonia'?. Kajilah dahulu maklumat ini sebelum membawa anak-anak dan isteri masuk ke RBW. 

Pendedahan gas ammonia kepada yang berumur, mungkin boleh menyebabkan sakit tekak atau bahagian yang berdekatan dengannya. Ammonia akan bertindak balas dengan kebasahan terutama mucus untuk menjadi ammonium hydroxide yang begitu tajam. Pendedahan pada paras rendah boleh menyebabkan batuk dan kerengsaan kepada saluran pernafasan. Adakah konsentrasi gas ammonia diRBW kita rendah sekiranya sekali panen kita dapat berkilo-kilo? Anda fikirkan lah..... Kita perlu tahu apa risikonya pendedahan kepada ammonia pada konsentrasi yang lebih tinggi juga ambil langkah beringat..........






-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan