Pengawalan suhu di sirip untuk tingkat berbumbung cerun memanglah rumit sekiranya rekabentuk asal telah tidak dapat menurunkan suhu maksima kepada paras yang sesuai untuk walet bersarang. Ada menggunakan semburan air sebagai langkah yang agak popular, kerana telah dibiasa dipraktikkan dikedai-kedai makan beratap zeng sejak lama dahulu. Ada juga yang menambah ketebalan penebat haba diatas siling, andainya ruang itu boleh dimasukki.
Pada hujung minggu lalu, saya perhatikan dikawasan Endau/Mersing rata-rata penggunaan Teknik Lapik Bumbung digunakan diRBW jenis ubahsuai bangunan rumah kedai 'terrace'. Jangkauan diantara bumbung asal dengan bumbung bari adalah lebih kurang satu kaki. Jangkauan ini mungkin adalah sesuai untuk pengudaraan secara semula jadi, melemahkan perpindahan haba secara perolakan. Tentunya pengalaman penternak walet disini telah diterima oleh semua sebagai salah satu cara yang bersesuaian untuk menurunkan suhu maksima. Dijangka penggunaan kepingan penebat haba diatas siling masih digunakan seperti biasa.
Gambar hiasan RBW menggunakan Teknik Lapik Bumbung
Gambar Hiasan 'frame aluminium'
Lapik bumbung itu ditopang oleh frame aluminium seperti kaedah topang bumbung masa kini.
Teknik Lapik Bumbung ini sesuai untuk RBW yang diubahsuai dari rumah kedai 'terrace' yang bumbungnya bercerun, agaknya.
Moga burung walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan