Dibawah ini gambar hiasan yang menunjukkan pandangan Empangan Chenderoh dari hilir. Begitu cantik sekali pandangannya. Bila stesyen ini menutup lepasan airnya, maka berpestalah mereka pada esok harinya kerana banyak ikan akan terperangkap dihilir empangan dilubuk-lubuk dan celah batu-batan . Udah tak ingat ikan apa, agaknya ikan tapah pun ada.
Gambar hiasan Empangan Chenderoh dari hilir
Dibahagian hulu empangan ini adalah Tasik Chenderoh. Tasik Chenderoh ini adalah terjadi apabila empangan ini dibina pada tahun 1930, untuk menyalurkan elektrik kepada industri timah di Lembah Kinta. Tasik ini membantu penyelarasan kegunaan air distesyen hidro kepunyaan TNB ini.
Agaknya, struktur sebegini dibina sekali dan bertahan sepanjang hayatnya memberi pendapatan lumayan kepada tuan punyanya. Begitulah juga harapan kita kepada RBW yang kita bina.
Tasik ini juga adalah menjadi tarikan kepada burung walit, agaknya. Berdekatan dengan RBW tempelan ini Tekan dan Jom Layan - RBW @ mana LALnya
sedang didalam pembinaan sebuah RBW yang agak besar diatas sebuah bukit yang hanya lebih kurang 100m dari Tasik Chenderoh. Agaknya tasik tersebut dapat dilihat dari atas bumbung RBW tersebut, (Wah!, begitu strategik kedudukannya.)
Gambar hiasan lokasi RBW berhampiran dengan Restoran Tasik Raban
Gambar RBW yang agak terlindung
Tentunya Tasik Chenderoh adalah 'cantik' juga kepada bakal penternak walit juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan