My Daughter's Blog

Jumaat, 6 Mei 2011

Sembang walet swiftlets 82- Teknik pintu langkah ambang/konkrit


Pintu RBW jenis 'standalone' yang menggunakan kepingan besi memanglah amat popular masa ini. Ianya begitu mudah untuk siap, cuma ukur dan order secara 'design and build'. Agaknya. Biasanya juga pekedai besi itu akan memasang pintu sehingga tuan punya puashati,  untuk mendapatkan bayarannya.

Ada cara yang agak tidak konvensional tetapi agaknya dapat memberikan keselamatan pada laluan masuk itu. Caranya ialah teknik pintu langkah ambang/konkrit.


Gambar hiasan kedudukan frame pintu(dimensi lebih-kurang)

Oleh kerana pintu konkrit bertepikan 'channel' ini berat, saiz pintu dan frame nya tidaklah boleh besar sangat. Merujuk kepada gambar diatas, ambang frame pintu bolehlah lebih kurang 2 kaki dari lantai(perlu melangkah ambang ini untuk masuk), dengan bahagian atas frame pintu itu dibawah 6 kaki. Lebarnya pula adalah lebih kurang 2 kaki. Jarak antara bucu frame pintu bolehlah lebih 4 kaki supaya papan lapis atau kepingan siling boleh dibawa masuk ke RBW.

Buatan pintu nya pula bolehlah mempunyai ruang 1/4 inci diantara pintu dan framenya agar pintu itu boleh memasuki framenya. Kepingan BRC hendaklah diletak ditengah-tengah antara tepi pintu itu dan kemudiannya dikonkritkan. Gambar pintu dibawah tidak menunjukkan butiran lubang tangan, ensel, selak dan kunci seperti yang diperlukan.
Gambar pintu tanpa menunjukkan butiran selak, kunci dan lubang untuk selak didalam.


.
Gambar hiasan(ensel didalam)


Fikirkanlah.. elok dan tak eloknya penggunaan konkrit untuk pintu bertepikan channel ini. Saiznya adalah kecil boleh menyusahkan laluan barang-barang/tahi/hasil keluar masuk pintu ini. hehe. Keperluan untuk melangkah ambang juga menyukarkan pembawaan masuk  barang. Yang eloknya pula, mungkin hanganya lebih murah dengan pintu besi yang kekuatannya sama, ambangnya yang tinggi mungkin boleh menyusahkan hama masuk kedalam RBW serta tidak boleh di oxy. Timbanglah....

Moga burung walet datang berduyun keRBW kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan