My Daughter's Blog

Sabtu, 30 April 2011

Sembang Swiftlets 75- teknik semburan bumbung

Hari ini I lalu di lubuk burung walit iaitu, muazam shah. Memang terdapat banyak RBW disini. DiPusat Bandar nya kelihatan beberapa rumah burung yang menarik walit bermain diatasnya, kebanyakkan agak bersamaran seperti rumah tersebut bukan RbW. Salah satu menarik pandangan saya ialah RBW yang bergambar dibawah, kerana banyak begitu burung bermain disitu.

Rumah burung itu bersaiz lebihkurang 50 kaki x 75 kaki. Ia adalah 2 buah kedai tetapi saya kurang pasti bahawa tingkat bawah digunakan untuk rumah burung juga. Salah satu ciri yang menarik ialah rumah burung tersebut menggunakan semburan air diatas bumbungnya yang diletakkan dibeberapa struktur besi berukuran lebihkurang 1 kaki x 24 kaki yang melintang diatas bumbung untuk meletakkan pipa dan mata semburannya. Keperluan begitu mungkin disebabkan yang bumbungnya bercerun, tentunya agak sukar untuk memasang pipa tanpa pipa nya menurun. Diperhatikan juga penggunaan kepingan metal sheet diatas bumbung memaksimakan penyejukkan dan mungkin penghalang kebocoran.



Gambar Hiasan

Teknik semburan bumbung ini adalah efektif untuk menurunkan suhu maksima dibahagian bumbung. Untuk semburan itu efektif, perlulah semburan dibuat untuk satu masa yang panjang serta kerap waktu selangnya. Mata semburan perlulah halus dan jangkaunya antara satu sama lain agak tepat, agar air tidak mengalir dengan kuat serta proses air itu menjadi wap dapat berlaku. Dengarnya RBW ini mengeluarkan lebih 5kg sekali harvest(sumber blog kawe-kawe). Salah satu ciri yang membuat RBW ini berjaya ialah suhunya yang salah satu pengawalannya adalah melalui teknik semburan ini.

Untuk mengurangkan penggunaan air bolehlah penggunaan air tersebut diguna balik. Tentunya ada air yang menjadi wap, tetapi kadarnya saya kurang pasti. Penjimatan lagi boleh dilakukan dengan menakung air hujan dengan tangki besar dan mempunyai overflow sendiri. Untuk rekaan tambahan bolehlah dimasukkan sistem bekalan air paip jba sekiranya bekalan ditangki air menurun dimusim kemarau.

Cara yang paling murah sekali ialah menggunakan kuasa graviti. Air boleh dimasukkan kedalam paip dengan membina alur masuk diparas yang tinggi, dan disalurkan ke RBW secara graviti. Cara menggunakan graviti ini sesuai sekiranya ada sungai diatas bukit bersebelahan RBW nya. Kos pembelian dan pemasangan paip adalah tinggi bergantung kepada jauhnya alur mask itu.

Air juga boleh dipam dari bumi. Kos peralatan dan mengorek mungkin akan mencecah RM3000 dan bayaran elektrik akan mencecah RM200 agaknya. Ramai yang telah berjaya menggunakan teknik semburan bumbung ini, agaknya.

Moga walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Khamis, 28 April 2011

Sembang walet swiftlets 74-Bahana tragedi Chernobyl (nuklear)

Apakah anak-anak burung ini(diambil berdekatan tempat tragedi) kelaparan? Kenapakah saiznya agak kecil? Mungkin ia kekurangan makanan kerana sumber makanan seperti serangga pun terjejas dari tragedi nuklear itu. 

Anak-anak burung dari koloni berdekatan dengan tempat tragedi 

(Ornithologist Igor Chizhebskiy holds a nestful of newly hatched chicks on a wooded hilltop above the Chernobyl cooling pond. His research compares birth and survival rates of birds born in highly radioactive sites to those in less contaminated areas within the Zone. Surveys of birds, insects, and spiders by Igor and his colleagues indicate that many species are either absent or exist in very low numbers in the Chernobyl region. The diminished bird populations could be caused by radiation directly or may be due to a decrease in food sources such as insects. (Michael Forster Rothbart) #

Oh walit, apa akan jadi dengan kamu jika......?

Letupan nuklear diUnit 4 stesyen janakuasa Chernobyl pada 26 April 1986, adalah tragedi nuklear (bukan peperangan) yang terbesar terkini yang seterusnya melibatkan perpindahan penduduk beramai-ramai, masalah kesihatan yang berpanjangan serta masalah ekonomi dan pertanian. Lihatlah gambar-gambar dari arkib dirangkaian dibawah ini.

http://www.boston.com/bigpicture/2011/04/chernobyl_disaster_25th_annive.html

Kita fikir-fikirkan, ....... apakah pilihan kita?

Sembang walet swiftlets 73- Bilik kawalan 'ada kelas'

Gambar hiasan dibawah ini menunjukkan bilik kawalan sebuah RBW berukuran lebih kurang 25 kaki x 80 kaki dengan  3 tingkat. Ia dipasang dengan 7 timer jenis hager yang mempunyai soket masing-masing. Terdapat juga dua atau tiga soket yang tersambung direk.
Apakah keperluan RBW sebesar ini telah diliputi dengan persedian ini?
Fikir-fikir kan lah....
Soket-soket tersebut nampaknya lebih dari mencukupi untuk keperluan soket untuk amplifier, agaknya seperti ini
Amplifier luar 1(LBW)
Amplifier luar 2(Bazooka)
Amplifier dalam (daytime)
Amplifier dalam (nighttime)
Amplifier panggil (daytime)
Amplifier panggil (nighttime)
TV
DVR
Modem Router
Sekiranya soket tersebut diubahsuai dengan menggunakan peralatan tertentu, satu 'outlet' boleh mengganti 2 soket untuk mengawal penggantian amplifier mengikut kehendak pengguna. 

Gambar hiasan

Selebihnya soket-soket tersebut boleh digunakan untuk extractor fan yang boleh digunakan untuk mengawal suhu dibumbung, kelembapan dibilik-bilik nesting dan juga kipas untuk menurunkan suhu amplifier. Walaubagaimana pun keperluan wiring ketempat keperluan agak jauh serta memerlukan pipa, agaknya. Sistem kawalan suhu/kelembapan dari bilik kawalan memerlukan beberapa cctv yang boleh membaca tahap suhu dan kelembapan di setiap tingkat. Munafaatnya ialah, tuan punya tidak mengganggu burung bersarang.
Mungkin aturan seperti gambar dibawah ini adalah lebih praktik lagi(timer bersebelahan alat dan plug) tetapi memerlukan laluan masuk ke tempat burung bersarang.
Gambar hiasan

Apapun elok kita gunakan electrician untuk kerja-kerja seperti ini agar keselamatan tuan punya tidak terancam, adanya. 
Moga burung walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Isnin, 25 April 2011

Sembang walet swiftlets 71-Jerat maut II(Kertas berperekat)

Kadang-kadang kita terpanggil untuk mencuba satu produk, macam kasus saya kertas berpelekat untuk menjerat cicak atau pun pak tokek. Setelah sebulan ianya diletakkan didinding, diperhatikan tiada cicak ataupun tokek yang terjerat, hanya serangga yang terlekat pada gam tersebut. Jerat ini nampaknya mempunyai ciri-ciri untuk menarik serangga datang dan seterusnya boleh menjerat cicak atau tokek yang tertarik kepada serangga yang berkerumun disitu. Kepingan jerat bergam ini boleh digunakan untuk menjerat cicak, ia juga mempunyai ciri tarikan kepada serangga, supaya cicak tertarik untuk mendekatinya. 

Mungkin RBW saya telah tehindar dari cicak atau tokek. Syukur, Alham....

Moga siwalet datang berduyun-duyun keRBW kita.

Gambar hiasan

Diperhatikan dikertas berperekat itu, terdapat bulu burung walet. Macam ada pergelutan disitu. Boleh diandaikan dari kurang berpengalamannya, sianak walit nampak perataan pantulan cahaya pada perekat di kertas tersebut seperti ada LBW, dan terus melanggar dinding tersebut. memang fatal.

Jerat kertas berperekat boleh digunakan untuk menjerat cicak tetapi sayangnya ja juga boleh menjadi jerat maut kepada anak walet. Beringat-ingatlah. Agaknya.

Sabtu, 23 April 2011

Sembang walet swiftlets 70- Teknik Pembinaan RBW 'Mana LALnya'

Gambar hiasan sahaja

Apa rahsianya?

Apakah tujuannya yang LAL tidak  kelihatan dilantai 2?(perhatikan gambar diatas....)

Adakah LAL nya menggunakan lubang tangga? Sepertinya lubang tangganya agak kecilan untuk dijadikan LAL. Agaknya.

Perletakan LAL adalah satu perkara yang begitu mustahak dan sekiranya ianya tepat ia dapat memberangsangkan pertumbuhan populasi walet. Sayangnya biasanya(bukan maksud RBW ini) perletakan LAL diambil ringan, juga dipermasalahkan kerana perletakkan LAL yang ditingkat bawah perlu diputuskan dahulu sedangkan LAL adalah turutan dari LMB. (memandangkan tingkat bawahlah dahulu akan dikonkritkan.)

Mungkinkah Rumah burung walit ini sengaja dibina tanpa LAL agar selepas siapnya bangunan perletakkan LALnya baru ditetapkan. Inilah cara baru pembinaan RBW-'MANA LALNYA?'

Gambar hiasan sahaja

Agaknya.
Moga walet datang berduyun-duyun keRBW kita.

Jumaat, 22 April 2011

DIY IDEA 5-TEKNIK ILUSI KOLONI BESAR(chandelier tweeter)

Tweeter yang diatur seperti lampu candelier mungkin boleh memberi ilusi yang burung walet itu mempunyai banyak kawan di sekelilingnya(berada dikawasan koloni besar). Ia perlu di berikan suara yang betul sesuai dengan konsep yang ingin diterapkan. 

Ia adalah salah satu usaha yang diharapkan boleh memberi pembiakan yang pantas di rumah burung walit kita. Mungkin ia sesuai digunakan dibilik walit atau 'VIP room'.

 
Gambar hiasan

Versi DIY saya menggunakan pipa putih(downpipe) yang mempunyai garis pusat 6 inci dan dipotong 6 inci setiap satu candelier. Tweeternya diikat dengan skru kepada pipa tersebut. Pendawaiannya secara selari dan di bekalkan satu kondenser setiap unit. Jenis tweeter nya adalah yang termurah dipasaran.

Manfaat penggunaan pipa ini ialah ianya agak kuat dan tidak hilang bentuk sekiranya ter jatuh. Walaubagaimana pun pemasangan tweeter dengan skru dan pemeterian dawai ke tweeter akan memakan masa dan memerlukan ketelitian yang mendalam. 

Moga walet datang berduyun-duyun ke rumah 'burung layang-layang gua' kita. 

Khamis, 21 April 2011

Sembang walet swiftlets 69-Bilik Walit (keperluan adanya)

Adakah panggilan 'bilik walit' itu juga adalah VIP room? VIP room diquote oleh H.K nampaknya seperti ini:







Gambar hiasan (sumber H.K.)

VIP room dikatakan mempunyai penataan tweeter yang banyak(beratus didalam bilik VIP sahaja) seperti gambar diatas, dipasang lagu inap juga lagu panggil dan mempunyai lantai basah. Tweeter panggilnya pun menggunakan 6 tweeter serangkai (Kite formation) serta 8 tweeter serangkai (chandelier) dibanyak tempat. Juga diceritakan penggunaan aroma dan lain-lain agaknya. Saiznya pula kurang daripada 15 kaki dan terletak dipaling hujung ditingkat bawah.

Gambar hiasan 6 serangkai dan 8 serangkai
Dikatakan biasanya konsentrasi sarangnya lebih baik dari nesting lain. 

Kita panggil bilik walit je...mungkin sekiranya RBW kita jenis comel lote, keperluan menyekat cahaya membuat memang RBW kita nampak berbilik. Kalau RBW itu panjang 90 kaki, dinding partition itu menjadi sekat cahaya sahaja, biliknya yang dihujung sekali. Agaknya.

Adanya saiz minima bilik walit itu harusnya lebih besar dari 12 kaki x 12 kaki. Kalau saiznya lebih kecil, mungkin   lebih sukar untuk burung itu berputar agaknya. Takut ter'stress' waletnya, cabut terus nanti. Ciri yang mustahak adalah keperluan habitatnya perlulah seperti yang telah disarankan(kacasusu), suara inap, sarang palsu, bauan ammonia dan kegelapan yang amat. Itulah bayangan saya serta pintu masuk yang cukup lumayan luasnya dan terletak dibahagian kiri atau kanan dinding mengikut laluan penerbangan burung yang diagakkan.

Juga jangan lupa musuh- musuh nya. Pak tokek ,pak burhan(burung hantu) dan lain lain perlu dihindar. Perlu juga barang-barang illusi yang boleh membuat walet rasa lebih selamat, rasa seperti ramai teman sekoloni dll. Agaknya.

Untuk RBW saya, bilik walet itu terjadi dengan sendirinya kerana rumah 'burung layang-layang gua' walet yang pendek dan keperluan sedikit kawalan cahaya dengan pemasangan sekat belum ter pasang dengan tweeter dll.

Gambar hiasan
Fikirkanlah keperluannya......ada yang kata tempat begini lah yang walet suka menetap dan bersarang. Harap sarangnya seperti ini:
Gambar hiasan(sedut pak din blog)

Rabu, 20 April 2011

Jalan-jalan cari makan 9-Go Arsenal!

Go Arsenal!, Go
Dari dulu lagi memang Arsenal lah yang saya minati.
Dari zaman Pat Jenning, Ian Wright dan Adams serta Stapleton.
Masa nakpergi ke stadium baru Arsenal, lalu lah Stadium lama Highbury, benda tu depan underground Islington&Highbury, mesti tak miss lah, Itu

Lepas tu jalan lah arah kiri sejauh  2 kilo kut. Ok je jalan pun, suhu sejuk kan, pusing2 dalam 9C. Tersergamlah kemudian stadium Emirates didepan mata. Memang depa tutup gelanggang tu, yang boleh pergi hanya kedai souvenier dan halaman hero2 arsenal didepan stadium. Alah didalam gambar bawah ni tengok ruang diantara  meriam dengan stadium, adalah tempat duduk yang ada cap nama pires lah, wright lah, berapa kali depa main dengan Arsenal dan berapa gol dia bantai. tu je.




Dah letih ambil gambar dan  shopping souvenier arsenal boleh singgah makan kedai mat moroko, dekat depan stadium tu. Dia ada jual nasi dengan kari ayam. Bedal saja

Go Arsenal!
Sori ye, merapu lak ni..

Selasa, 19 April 2011

Sembang walet swiftlets 68 - Hotel california(jerat maut siri I)

Disedut dari Hotel california lyrics
.....
You can checkout any time you like,
But you can never leave!

it's a death trap.
Maksudnya


Sebuah RBW boleh menjadi jerat maut, misalnya begini, agaknya:
a) LAL yang kurang mempunyai cahaya lebih malap dibanding dengan cahaya dari sumber lain.
Katakan yang dinding RBW itu tidak ber'plaster', kadang-kadang terdapat lubang-lubang cahaya dari bahagian antara bata yang tidak bersemen. Sekira lubang2 itu dalam keadaan rapat tetapi halus(pinhole), kumpulan itu boleh dipandang sebagai LBW oleh burung walet. Agaknya.
Katakan diRBW yang sama, tertinggal sebuah lampu 'flourescent' terpasang. Lampu tersebut pastinya mempunyai pelindung cahaya kebahagian atas dan tepi.  Siburung walet boleh melihat peringkatan cahaya itu sebagai LBW juga. Maksudnya kepada burung2 yang anak-anak, ya.

Didalam keadaan begitu, kesian burung tersebut akan terkeliru, melanggar dinding head-on. agaknya. Tentunya ia akan begitu tertekan itupun sekiranya ia sempat terbang sebelum jatuh dan kalau ia sudah terjatuh kelantai maka keadaannya akan lebih teruk lagi. Burung-burung itu sudah terkeliru dan tidak dapat menemui LAL dan akhirnya mati keletihan. Mungkinkah ia akan terjadi begini:


Gambar hiasan

Ini hanya dongeng aja, kok. Agaknya
Fikirkan yang perkara yang sebegitu mudah mungkin boleh membuat burung walet terkeliru, tentunya ada banyak perkara lain yang serupa. Adakah itu sebahagian dari rahsia penternak walet yang berpengalaman?. 
RBW tersebut telah menjadi jerat maut kepada burung2 muda itu dan RBW tersebut telah hilang anak2 pemula itu. INGATlah

Sembang walet swiftlets 67-WISH U WERE HERE(durian feast)





"Wish u were here" sung by Pink Floyd. :) i like
and Durians, also i like
take it with milk, santan or pulut
but i prefer raw
high with cholesterol and carbohydrate
okey for crestor and lipitor taker, i guess
......
kalau gue diGopeng masa tu,
ikut makan juga...lihat cerita dibawah ini
pesta makan durian
maklum durian free...hehe
wish u were here

Disedut dari Yahoo, Msia news


Kuala Lumpur (The Star/ANN) - Wofing down a staggering 1,000 durians within an hour seems no easy feat.
But for Gopeng folks in Malaysia, they did just that, wiping clean the 1,000 fruits during a free durian feast, thanks to the generosity of the Gopeng MCA division.
The Gopeng Square in town was packed to the brim with people who were unwilling to let go of a perfect chance to savour the king of fruits.
Self-confessed durian lover Loh Wah Cheong travelled from nearby Lawan Kuda to the event on Sunday.
“The durians tasted really good. MCA should do this every year," said the 50-year-old businessman while busy tucking into the durians.
Officer-in-charge of Gopeng police station, Insp Wan Mohd Zaim Wan Sulaiman was also there to enjoy the durians.
“It is nice to see all races feasting together without quarrel or fights. This is truly 1Malaysia," he said.
Division chairman Alberc Chang said it was the first time such an event was being organised by his team.
“We bought about 1,000 durians from nearby villages. So these are all local fruits from Gopeng.
“We wanted to have this feast to bring together Malaysians of all races as well as to promote Gopeng as a tourist spot," he said.
Chang described the overwhelming response as a huge success for the division.
“I think we will be having this feast annually but with more durians, of course," he said.

Isnin, 18 April 2011

Sembang walet swiftlets 66 - LAGI RBW DIBINA DIGRIK

Gambar telephoto menunjukkan sebuah lagi 'standalone' RBW sedang dibina lebih kurang 3 kilometer dari pekan Grik, Hulu Perak. Tempatnya begitu strategik kerana terletak diatas sebuah bukit yang tinggi. Saiz nya tentunya lumayan tetapi tingginya mungkin hanya 2 tingkat, lebih kurang serupa dengan jirannya, RBW yang baru sahaja memulakan operasinya.

Tentunya pemilik ini adalah bukan bumiputera. Adakah Pak Mualaf yang mempunyai beberapa RBW disini menambah bilangan rumah burungnya?. Sebenarnya saya kurang mengetahui jawapannya.Mereka begitu sekali berani melabur diindustri ini. Mungkinkah tekad ini disebabkan pulangan yang begitu memberangsangkan? 

Adakah kita sudah mempunyai cukup ilmu mengenai penternakkan burung walit, sehingga kita pasti yang burung walit akan begitu berkembang di RBW kita? Kita perlu meningkatkan ilmu kita untuk memahami tekad mereka, mungkin 'hingga kenegeri Cina'.
Agaknya..

Jumaat, 15 April 2011

Sembang walet swiftlets 65- Kaji dan Timbang

Bolehkah gambaran diatas menunjukkan daya pulangan pelaburan di industri penternakan burung walet?
....80% penternak akan mengalami masalah dan yang lain bolehlah dikatakan berjaya.

Ada juga yang menjangka hanya 10% akan begitu berjaya dan 25% lagi mendapat pulangan memuaskan, yang maksudnya lebih kurang seperti gambaran ini.
Mungkin peratusannya seperti yang tertera diatas adalah anggaran, memandangkan tiada kajian menyeluruh dibuat tetapi nyatanya lebih ramai penternak agaknya, yang menghadapi masalah pulangan pelaburannya dan masih mengharap masa keemasan akan datang juga.

Fikirkan lah apa impaknya. Jaga-jaga....

Sekadar nasihat, sebelum mencebur dibidang ini, buatlah kajian mendalam, tingkatkan ilmu.

Mungkin pelaburan kepada RBW bersaiz sederhana ke kecil pada masa dan tempat yang strategik, diharga yang berpatutan, adalah jalan kehadapan di industri ini.

Agaknya.....Kaji dan timbanglah.

Moga walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Rabu, 13 April 2011

Sembang walet swiftlets 64-Cicak dan Tokek, musuhku


Cicak dan Tokek adalah binatang yang memakan telur dan sarang walet. Tokek pernah digambarkan sedang memakan anak tikus dan sudah tentunya dapat memakan anak burung walet, seperti ini:
Jahat dia, agaknya.

Ia suka menyorok dibawah timbunan kayu atau sampah atau dicelah ruang diantara sirip dan siling membuatkan agak sukar untuk mencarinya melainkan terserempak dengannya.

Ia masuk keRBW mungkin kerana tarikan kepada serangga diRBW(kerana adanya cahaya lampu anti-pak burhan). Ada pula yang mengatakan, binatang itu boleh tertarik kepada lalat buah yang selalu dibiak oleh penternak.

Pengalaman saya mengatakan yang apabila ia sudah masuk ke RBW kita ia akan membiak dan agak sukar untuk menghindarkan atau membunuhnya. huhu.

Bangunan RBW kita kalau ia masih baru dan belum beroperasi, bolehlah di lindungi dengan pencegah yang tidak membenarkan siperangkak ini naik ke RBW kita.

a) Salah satu cara ialah memisahkan bangunan RBW dari sekitarnya dengan parit yang bertakung air . Tindakan mencegah pembiakan nyamuk pula perlulah diambil.

b) meletakkan dua talian wire yamg bercharge voltan tinggi disekeliling RBW kita. Biasanya masalah dengan pemasangan ini ialah yang talian itu 'short' diantara satu dengan lain kerana paku tempat ia bergantung terkena besi reinforcement.

c) memasang kepingan zinc atau aluminium sheeting selebar satu kaki disekeliling RBW seperti yang ditunjukkan di RBW yang gambarnya dibawah ini. Pemasangan di RBW ini adalah siap dengan pemasangan di bahagian hujung talian letrik agar tiada binatang dapat menggunakan talian letrik sebagai laluan masuk. 

Gambar hiasan-kepingan zinc didinding

d) Lubang-lubang yang tidak digunakan ditutup.

Sekiranya ianya sudah masuk ke RBW maka cara pembasmian adalah dengan diusir, diperangkap, ditangkap,  dan apa juga tindakan yang perlu kerana ianya adalah musuh penternak walet, agaknya.

Moga burung datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Selasa, 12 April 2011

Sembang walet swiftlets 63-New gold mine(swiftlets farming)

Pekan Batu Pahat, Johor, memangnya terkenal dengan mee bandung, assam pedas dan juga nasi biryani nya, nampak sedap seperti ini;
 Gambar hiasan : Assam pedas

 Mad Shah Biryani Ayam

Mad Shah Biryani Kambing

Tidak lama lagi, mungkin Batu Pahat akan menjadi daerah yang terkenal dengan RBWnya yang kini bertunas dengan pesatnya terutama diantara pekan Parit Sulong dengan Pekan Paguh, dimana kelihatan seperti 5-6 buah RBW sedang pesat dibina ataupun baru siap.
Lihatlah  
Gambar hiasan (RBW yang begitu besar dan tinggi)

 Gambar hiasan(RBW baru siap)

 Gambar hiasan(Dua RBW dibina sebelah menyebelah)

Gambar hiasan

 Gambar hiasan

Gambar hiasan(RBW yang baru siap)
nb staggered paraphet wall

Tentunya terdapat populasi burung yang tinggi ataupun terdapat RBW2 yang amat berjaya dikawasan ini, yang menarik pelabur kedaerah ini. 

Kita tanya2 kan lah sebabnya untuk pengetahuan sendiri....

Sembang walet swiftlets 62- Kawalan suhu maksima II(Penggunaan tirai matahari)


Pada akhir tahun 2010, Syarikat Liebherr telah memasang 250 tirai berupa payung besar untuk meneduh kan dataran Masjid Nabawi di Medinah. Tiap-tiap satu adalah 20 m tinggi dan boleh melindungi 600 kaki persegi dan boleh melindungi 800 jemaah dari terikan panas dan cahaya matahari. Pembukaan tirai tersebut adalah menggunakan kuasa letrik-mekanikal dan boleh dikawal/program satu-satu dan pergerakan kelengkapannya boleh diawasi. Setiap 250 unit itu boleh dibuka/tutup dalam masa 15 minit.


Seperti yang tertera digambar diatas, pembukaan tirai matahari tersebut dapat memberikan suasana yang aman dengan suhu yang lebih rendah dari keadaan diluar. Tentunya dengan peralatan yang canggih ini, suhu sejuk dimalam hari dapat diserapkan kedalam bangunan tempat ibadah dengan penutupan tirai tersebut.

Mungkin pendekatan tersebut telah digunakan diRBW yang gambarnya ditunjukkan dibawah ini, dimana RBWnya telah dilindungi semuanya dengan sebuah bumbung yang besar. Tentunya pengawalan suhu maksima keparas yang bersesuaian dibangunan RBW ini telah tercapai. Agaknya.

DiArab Saudi, memang biasa terdapat sekelumpuk atau satu rumah besar yang dilindungi oleh bumbung besar seperti diatas ini atas tujuan yang sama, adanya.

Struktur sebesar ini tentulah agak mahal jika dibandingkan dengan bumbung bangunan seperti gambar dibawah ini. Kos tambahan untuk menambah bumbung seperti dibawah ini adalah didalam RM 7/kaki persegi, mengikut harga awal tahun lepas. Walaubagaimana pun dimaklumkan yang besi strukturnya adalah jenis ringan yang hanya sesuai di letakkan diatas bumbung yang mempunyai kekuatan seperti lantai konkrit. Sekiranya jarak diantara bumbung metal dek dengan siling adalah lumayan serta angin dapat keluar masuk dengan baik, kawalan suhu maksima keparas yang sesuai boleh diatasi.



Agaknya.
Moga burung walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Ahad, 10 April 2011

Sembang walet swiftlets 61-Kawalan suhu maksima.

Pengawalan suhu di RBW adalah salah satu faktor yang menentukan kejayaan kita menarik walit untuk bersarang di RBW kita. Ia telah dibincang diblog2 juga diforum2. Pengawalan utama untuk mendapatkan julat suhu harian yang baik ialah dengan mengurangkan terik panas matahari. Cahaya terik matahari menjejaskan suhu diatas siling dan didinding RBW dengan kuatnya. Ada beberapa perhatian yang dapat mengurangkan terik(panas) cahaya matahari kepada RBW. 

Sekiranya bangunan RBW itu baru hendak dibina, RBW tersebut boleh diselarikan dengan cahaya matahari waktu petang dimana pancarannya terterik, maksudnya bahagian yang pendek dikenakan cahaya tersebut dan yang panjang agak terlindung. Ini lagi baik dari bahagian yang panjang terkena pancarannya diwaktu cahayanya begitu terik. Sekiranya RBW nya empat persegi tepat maka tidak perlu mengatur mengikut cahaya petang. Apa pun, konfigurasi ini perlulah sesuai dengan arah LBW(begitu mustahak) yang boleh diatur diRBW itu. Sekiranya terik(panas) ini dapat ditahan sebelum terkena dinding RBW kita, maka dinding tersebut akan meresap kepanasan yang sedikit dan bahang yang akan dilepaskannya juga amat berkurangan.


Penjajaran ini boleh dibuat pada petang hari. Walaubagaimana pun, pengetahuan kedudukan matahari sepanjang tahun perlulah diketahui.

Pada bahagian dinding, kita boleh menggunakan pendekatan sebegini:
a)RBW Sifu kita
-Perhatikan dinding dummy (metal cladding agaknya) pada gambar i) diletakkan di bahagian dinding yang terkena terik matahari serta langkau(gambar ii) diantara dinding dummy itu dengan dinding RBW.

i)
ii) Perhatikan langkau besar yang dapat mengurangkan perpindahan haba dengan baik.
 iii) Perhatikan langkau nya dekat, tetapi mungkin kesan penurunannya perpindahan haba sudah mencukupi












 iv) Penggunaan yang serupa tetapi bahanya 70% PE sheeting. Pemasangannya yang kemas.


v) Pemasangan yang kemas(PE sheeting)





vi) Sekiranya pemasangan PE sheeting 70% yang kurang kemas, apabila ditiup angin, plastik itu macam menghalau burung pula.

Ia menjadi selayun- tali rentang yang di letak kain untuk menghalau burung, agaknya.

vii)Pemasangan yang kemas dengan menggunakan bahan styrofoam pula.



Salah satu cara untuk mengurangkan julat suhu harian adalah dengan mengurangkan terik panas cahaya matahari keatas dinding RBW. Ianya boleh dibuat dengan cara diatas iaitu penggunaan metal decking, PE sheeting 70% dan styrofoam. Apabila dinding RBW tidak dibakar dengan kepanasan terik, maka ianya akan kurang mengeluarkan bahang kedalam bangunan RBW.  Maka suhu maksima RBW dapat dikurangkan. Walaubagaimana pun, tentunya kontribusi suhu dari dinding adalah lebih kurang dari kepanasan dari siling untuk tingkat yang teratas RBW itu
Disambung lain kali....Moga walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.
Agaknya.....:)