My Daughter's Blog

Khamis, 3 Februari 2011

Sembang Walet Swiftlets 7- Penggunaan bod siling sebagai dinding RBW

RBW ini terletak diatas sebuah bangunan konkrit. Ia terletak ditempat laluan burung kembali dan bersebelahan dengan sebuah rumah burung stand-alone.   Ia berstrukturkan kayu dan berdindingkan bod siling.Untuk melindungi dari panas dan hujan ia mempunyai atap metal sheet. Ia berciri RBW tahap mampu. Barang-barang untuk RBW dipilih atas faktor kemurahan harganya dibanding  dengan alternativenya.
Ciri2 keselamatan RBW seperti keperluan mempunyai dinding bata dua lapis bolehlah diketepikan memandangkan ia terletak ditingkat 3.
Expanded polystyrene (styrofoam) telah digunakan sebagai penebat haba. Untuk melindungi kepingan styrofoam dari persekitaran, bod siling digunakan sebagai lapisan luar dan dalam.  Diatas siling(kepingan bod siling) pula, 2 lapisan kepingan styrofoam melindungi haba yang terpancar dari bumbung metal sheet tadi.
Lubang ventilasi ditebuk seadanya. Sistem humidifier dari taiwan digunakan untuk menetapkan tahap kelembapan yang diperlukan.  Tahap suhu adalah memuaskan. Sistem sirip dan suara yang simple telah disiapkan.
Satu LBW disediakan juga disertai dengan sistem penghadang cahaya.
Pemilihan bod siling sebagai dinding luar dibanding dengan altenatif yang adalah seperti berikut:
metal sheet-lebih mahal jika dibandingkan sekaki persegi.
concrete board tipis- sama diatas
concrete board tebal-sama diatas
bod siling-lebih murah sekaki persegi
Maklum juga yang bod siling adalah rapuh walau untuk ketahanan tiupan angin, adalah risiko yg diambil.

Walau bagaimana pun, masalah berikut perlu ditangani:
a) Variasi didalam komponen kelembapan dan suhu
b) apabila hujan lebat, air masuk kedalam RBW
c) Lubang masuk dan flight path
d) Lain2 isu

Ada lah juga burung yang mau inap tetapi telah terganggu oleh pak burhan(burung hantu) satu tika dulu.

CURRENT STATUS: UNDER REHABILITATION

1 ulasan:

  1. Need a small business loan to get the working capital you need? Get quick & easy access to the funding you need,financing you need to help your business grow Quickly.Email: lendingcashhelpdesk@gmail.com
    ================================================================
    Perlu pinjaman perniagaan kecil untuk mendapatkan modal kerja yang anda perlukan? Dapatkan akses cepat & mudah ke pembiayaan yang anda perlukan, pembiayaan yang anda perlukan untuk membantu perniagaan anda berkembang Cepat.Email: lendingcashhelpdesk@gmail.com

    BalasPadam