Gambar hiasan
Bangunan yang digambarkan dengan lukisan perspektif dibawah ini adalah bersaiz 10 kaki lebar dengan 40 kaki panjang. Ia mempunyai ketinggian diantara lantai setinggi 7 kaki pada setiap tingkat. Pernah dikabarkan yang kos binaan ini ialah RM 40,000.00 iaitu pada kadar RM 33 sekaki persegi.
Bangunan ini berstruktur konkrit tetulang dan berdindingkan bata blok ringan. Lantainya diceritakan(bukan khayalan) yang diperbuat dari kayu dan plywood. Pekerja binaan yang digunakan adalah pekerja sendiri yang telah menyiapkan binaan bangunan lain diladang tersebut. Reka bentuk RBW ini mengambilkira pemasukkan dari pekerja dari negara seberang yang telah pernah membina rumah burung disana.
Kadar harga RM 33 sekaki persegi untuk membina RBW pada masa itu adalah kompetitif dan murah. Tentunya ada pendekatan untuk merendahkan kos binaan, yang telah diambil selain menerima pakai ketinggian 7 kaki diantara lantai, bata blok ringan, penggunaan perancah kayu dari pokok-pokok dihutan(plaster sahaja), penggunaan lantai sementara (kayu) dan kemungkinan masa pembinaan yang pendek serta penyeliaan sendiri.
Gambar hiasan
Gambar2 disedut dari BJ
Kadar harga binaan RBW masa kini bolehlah dianggar dari harga-harga tersebut selepas dipindah keharga sekarang dan mengambil kira faktor lain seperti faktor kenaikkan harga minyak, harga barang binaan dan buruh tempatan juga kadar keuntungan untuk binaan RBW yang sesuai. Agaknya. Masalahnya, adake kontrektor yang sanggup membina RBW pada kadar sebegini?.
terima kasih atas perkongsiannya.
BalasPadamAskm tuan.... Blh tgglkan no hp x? Sy berminat untuk mulakan bisnes brg walet nie...tapi x tahu dr mana nk mula?
BalasPadam