My Daughter's Blog

Sabtu, 28 Mei 2011

Sembang sembang walit 99- Antara Dua - Jenis lantai konkrit

Pemilik RBW boleh memilih 'antara dua' jenis untuk membina lantainya ketika masa pembinaan rumah walet, iaitu secara:
a) konkrit in-situ
b) konkrit ala prefab

Konkrit in-situ biasanya berketebalan diantara 4 hingga 6 inci dan bertetulang besi. Ramai yang senang menggunakan tetulang BRC. Jenis konkrit seeloknya berkekuatan 25 Nm/m2 agar ianya agak padat supaya kurang peresapan air kebahagian bawah lantai(sofit). Pembuatannya memerlukan pemasangan 'formwork' tetulang dan perancah dan serta kerja penyedian dan menuang konkrit. Teknik binaan in-situ memang pilihan yang biasa digunakan dan kebanyakkan kontrektor berpengalaman biasa dengan teknik ini. 'membrane waterproofing' ditaruh secara mengecat biasanya digunakan ditingkat berbumbung rata.

Gambar hiasan RBW berlantai konkrit insitu

Teknik prefab pula akan menjadi teknik pilihan disatu masa nanti apabila kos buruh menjadi tinggi dan rekabentuk menjadi lebih 'uniform'/kurang sama dan berkomponen. Dinegeri Siam kita perhatikan digambar yang lantai, mereka menggunakan lantai precast konkrit(dikilang ditapak bina) setebal 2 inci, sedangkan disini, kita menggunakan papan tebal(lebih kurang satu inci). Berkemungkinan yang papan tebal serta rasuk(sirip) dari kayu juga masih boleh didapati dengan mudah disini. Untuk mengelakkan papan menjadi lembab disebabkan oleh air konkrit atau air dari permukaan lantai, kepingan plastik yang biasa digunakan untuk lapisan foundasi.
Gambar hiasan lantai precast konkrit

Gambar hiasan penggunaan sirip papan sebagai rasuk kepada lantai kayu(lapisan plastik dan konkrit yang telah siap)

Teknik membuat konkrit setebal 2 inci ini perlulah bertetulang agar terdapat kurangnya pecahan halus dilantai konkrit dan perlulah di siapkan dengan mesin agar kepadatan konkritnya mencukupi. Gambar RBW kayu dibawah ini menunjukkan keadaan yang sesuai untuk cara sebegini, sama juga di RBW boleh alih yang dibincang sebelum ini. Teknik ini elok kalau dibuat menggunakan konkrit jenis kurang air dan berpanel. Tekan dan Jom Layan, RBW teknik boleh Alih

Lantai papan seperti ini boleh menggunakan lapisan konkrit 2inci 




Gambar hiasan lantai precast konkrit

Keperluan untuk lantai tidak bocor adalah amat mustahak kerana kebocoran dilantai boleh menggangu burung yang bersarang juga sirip yang berjamur. Adalah elok sekiranya setiap lantai konkrit di cat dengan lapisan 'waterproofing membrane' agar peresapan air kehahagian bawah lantai dapat dielakan. Begitu juga keperluan lantai itu mempunyai cerunnya dan juga 'outlet drain' yang berfungsi. Outlet drain tersebut boleh mempunyai ciri paip berbentuk 'U' agar ianya tidak berlubang dan senang untuk lipas dan sebagainya masuk ke RBW.

Moga walet datang berduyun-duyun keRBW kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan