My Daughter's Blog

Isnin, 28 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 52-Apakah tujuannya


Tuan2 lihat tajuk berita TV kat Paris 'TURKEY :..........'
Dimata siapakah tujuan ayat ini ditulis?
adakan ini hanya kempen saja?
Siapa yang sukakan dunia arab seperti Turkey(Negara Kamal Atartuk)
Nak dimasukkan keEU ke mereka?
Apakah pandangan orang arab sendiri?
Bagaimanakah mereka(orang luar yang sukakan ayat tadi) hendak menjadikan negera2 arab tersebut seperti yang mereka mahu.
Apakah tujuan sebenar mereka? membantu orang yang boleh menjadi puppet mereka, minyak ke, keuntungan ke,memperpecah ugama atau bangsa ke, mencuba senjata ke, nak buang orang lama ke, nak buang orang kejam ke, nak buang pembunoh ke, nak charge servis ke( i tak bawa fikiran anda kemana2-hanya cuba mempersoalkan yang ini bukan kempen mereka kepada pengundi mereka sahaja)
kita perhati dan cuba analisa....
kemanakah tujuan sebenar....
Apakah mereka betul2 dapat apa yang mereka mahu? maksud mereka termasuk juga yang 'memberontak'.
Siapakah nanti yang loose out?
tentu ade, ini bukan mainan kita.
kita kena main, ade.
kita fikir-fikirkanlah

Ahad, 27 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 51-Sarang burung diPerancis

Disneyland Paris nih memang tempat yang sejuk pada masa bulan mach, mungkin kena pakai baju 3 lapis baru tak rasa kesejukkan. Itu pun kena sedia rain top kalau ada hujan. Yang tua2 nih tau juga nak jaga badan takut kena sakit. tapi macam yang kecil-kecil tu, budak umur dua tiga tahun memang susah depa nak pakai baju yang tebal dan berlapis-lapis pula. Kena pula selalu ber Q, maklumlah orang berduyun-duyun, macam burung siwalet kita. Datangnya mereka kesini kerana ada tarikan dan juga rasa keamanan, agaknya. maakmar kadafi tak kuasa nak buat kacau kat sini kut. Tak kuasa ni tak sama dengan tak berkuasa, hehe.

Macam lah juga burung kecil ini, lihatlah ia buat sarang dengan rumput rampai diatas channel bumbung tempat ber Q tadi. Walau pun dibawahnya manusia berduyun-duyun, ia tetap rasa  aman untuk bersarang. Manusia yang dibawah ini tak kuasa nak kacau depa, bukan nak amik sarang aje, macam-macam lah lagi, amik telur lah.

Mungkin mereka kurang tahu, tentunya siburung tadi menggunakan binder, dari air liur? mungkin bindernya sedikit sahaja, alah macam seriti.   



Gambar hiasan

Gambar Sarang

Gambar hiasan siburungnya

Yang manusianya pula sibuk dengan anak-anak, tak lupa juga pasangannya. Tak kesah pun dengan burung yang bersarang tadi. Terlalu banyak benda nak tengok dan main. Ada yang menggerunkan dan ada juga menyeronokkan. Macam-macam, alam animasi, cinema, 3-D, stunt car, funfare nya routine pun ade. Yang best nya, main roller coaster-siap keluar air liur, kena muka anak kat seat belakang. macam nih. FUN that was, a  deserved one that is.

Agaknya.


http://www.youtube.com/watch?v=FiFeM92n-YE

Moga-moga burung datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Khamis, 24 Mac 2011

Jalan-jalan cari makan 7- Doughnut and chocklat(London style)




Doughnut nya disini terdapat dibanyak tempat dan digoreng jamtu juga. Itula yang best, panas dan fresh. Salah satu cara memakannya adalah dengan chocklat. Sedap juga. Choklat ni kalau dengan strawerry ,lg best. khalid style, that is. kena pilak strawberry besarnya mcm guli marble zaman 70s. kena cari nih

Jalan-jalan cari makan 5- English Breakfast Tea

Dimasa i datang dulu ... lama dulu 70s
tea and scones were the favourites
its nowhere to be seen today
not a word of it,
it is now yeah of the starbuck type
mocca, cappucino and the other coffee type
take it straight, yeah
Packing also now different
no more polystyrene cups
environmental friendly type
Just like this pic
Its very modern London now
Still the memories of english breakfast tea and scones lingers on
ill find one in Cameron Highland
Our very own brit country
hehe :)


Isnin, 21 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 49- LEGA TIME

Syukur, RBW saya telah siap. Ia beroperasi seperti sepatutnya mulai akhir minggu lepas, 4 bulan selepas ianya comissioned. yalah masalah dalaman seperti masalah pada zaman ice age. Reka bentuk LBW yang diinspirasi dari RBW jenis boleh alih menggunakan ruang roving yang luas telah menarik walet semula. Adanya. Moga walet datang berduyun-duyun. Amin.
Hati pun telah LEGA. in caps LEGA. Maklumlah tekanan tinggi apabila sesuatu tidak berjalan seperti sepatutnya. Inilah janji pada mula - padah trial and error. Tentunya semua itu adalah pengajaran. I have graduated but at an expense .....
Now is LEGA TIME . seeing mak cik monalisa at louvre, paris. wish me best of time.  off blogging until 2nd april 11. see u soon.
Moga walet datang berduyun-duyun.

Sembang walet swiftlets 48- Panduan pemasangan CCTV (sedut inet)

Majlis Bandaran ditempat saya tinggal telah memasang sebuah network CCTV berjanakan solar sejak setahun lepas. Sejak pemasangan CCTV ini, ia telah ditukar menandakan sistem pertama telah tidak dapat berfungsi dengan baik. Selepas pertukaran sistem yang ini, nampaknya ianya berfungsi dengan baik untuk pihak tertentu mengawas pergerakkan kenderaan didalam penjagaan keamanan kampung setempat.


Sistem sebegini biasanya menghadapi masalah resolution, kesusuaian beroperasi sepanjang waktu dan juga kecukupan kuasa yang tersimpan untuk beroperasi setiap masa. Masalah penghantaran data dengan baik tentunya juga satu perkara yang perlu menggunakan peralatan yang changgih, memandangkan bilangan CCTV dan luasnya kawasan yang terbabit. 

Dijangka ianya belum lagi dapat merakam dan menyaman pesalah trafik secara automatik. Mungkinkan ini satu pilot projek untuk sistem bersepadu merangkumi hal keselamatan setempat dan juga perekod kesalahan trafik? canggihnya.

Alangkah bahagia nya kalau RBW saya boleh mempunyai sistem CCTV seperti ini untuk luaran dan sistem serupa untuk dalaman bangunan itu. Pemasangan CCTV ada 2 bahagian, dari cam ke TV diRBW, dan dari controller ke TV kita dirumah melalui internet. Kalau berminat bolehlah sedut panduan
dari:

http://www.palmx.org/mambo/index.php?option=com_content&task=view&id=165&Itemid=45

http://www.palmx.org/mambo/index.php?option=com_content&task=view&id=172&Itemid=45

dan juga siri panduan yang lain dari penulis itu. Terima kasih kepada Dr Azmi si penulis.

Dengan adanya CCTV dari RBW kerumah, maka kita akan sekali gus mengetahui status suara, status burung diLMB, status keamanan RBW dan juga mungkin status nesting room yang berkembang pesat itu. Agaknya.

Moga-moga burung datang berduyun-duyun keRBWku.

Sembang walet swiftlets 47- A poor man's louvre

Beberapa pertimbangan boleh gunakan untuk memilih anak tingkap (louvre). Sebahagian dari pertimbangan ialah
a) pengurangan tekanan yang boleh diterima
b) penahanan hujan yang diperlukan
c) laluan angin pada banyaknya dan haluannya yang diperlukan
d) ketahanan berada diluar terkena panas dan hujan
e) Keperluan untuk  tetap atau boleh buka dan tutup.

Walau bagaimana pun, untuk keperluan di RBW, jenis ber-reka bentuk, louvre yang digunakan bolehlah seperti gambar hiasan dibawah ini.  Kos nya munkin tidak begitu tinggi tetapi perlu dipesan dengan dimensi serta spesifikasinya.

  Gambar hiasan 

Untuk menggunakan louvre yang murahan, bolehlah digunakan 70% plastic sheeting seperti gambar yang dibawah ini.  Ia boleh melepaskan angin, menahan sebahagian besar air hujan , dan dengan menggunakan lapisan tambahan, kegelapan nya juga boleh dikawal. A poor man's version of louvre dan jenis siap jamtu.

Gambar hiasan
Agaknya.
Moga-moga burung datang berduyun-duyun.


Ahad, 20 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 46-Lagi RBW dibina di Jalan Lenggong/Kuala Kangsar



Kawasan diantara Bandar Kuala Kangsar dan pekan Gerik diHulu Perak, adalah kawasan pertanian yang juga berdekatan dengan Tasik Chenderoh dan Tasik Kenering. Sebuah lagi RBW jenis konvensional dibina ditepi jalan diantara Lenggong dan Kuala Kangsar.


Gambar hiasan RBW berkaitan

Perhatikan yang 'slope protection' disekeliling RBW ini telah awal-awal lagi ditanam dan diatur. Satu pendekatan mulia adalah harapan kita. syabas. Mungkinkah ianya keperluan memandangkan ianya begitu dekat dengan jalan utama dan berada diatas 'slope' yang curam? Ia juga menggunakan ruang udara jalanraya untuk kawasan roving diluar RBW tanpa perlu menebang pokok-pokok getah yang telah mendatangkan hasil. Memangnya semua itu pendekatan yang baik. Agaknya

Sabtu, 19 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 46-Satu perjalanan untuk dapatkan LMB masyuk

Gambar hiasan(RBW jenis moden -boleh alih)

Satu inspirasi untuk LBW saya dari rumah burung jenis moden 'boleh alih'. Tentu bahagia siburung jika 'roving room' selepas LBW begitu luas dan panjang. Lihatlah.......


Ruang 'roving' yang begitu lumayan luasnya. Agaknya. Akhirnya sebuah pencarian.....

Burung datanglah berduyun-duyun.  Amin.

Khamis, 17 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 45- Teknik Bahagian Julur untuk keluasan roving

Keluasan kawasan "roving"  berdinding diluar untuk LMB  berjenis open roof mungkin boleh menjadi tarikan kepada burung walet memandangkan ianya menyenangkan laluan masuk keRBW. Salah satu cara untuk mendapatkan keluasan kawasan roving yang berdinding ialah dengan menggunakan teknik bahagian julur(cantilever section) seperti yang tertera dilukisan dibawah ini. Ia menjimatkan kawasan yang boleh digunakan untuk kawasan nesting.
Dinding kawasan tersebut bolehlah dibuat secara tetap dengan menggunakan bata atau yang lain dibahagian atas bangunan tetapi dibahagian julur ianya boleh dibuat dengan zinc dan berstruktur kayu agar ianya ringan. Lantainya bolehlah dibuat dari papan plywood yang boleh dilindungi dengan menggunakan kanvas. Panjang julur yang selamat ialah tidak lebih 6 kaki agaknya. Hati-hati juga dengan pijakan kita supaya tidak terjebak dengan penerbangan free fall.




Gambar hiasan

Mungkin juga teknik sebegini boleh digunakan untuk meluaskan 'roving room' di LBW untuk memberi ruang laluan yang lumayan. Harap-haraplah burung datang berduyun-duyun.

Rabu, 16 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 44-Penjelasan Fukushima (lain version)

"Nuclear reactors at the Fukushima Daiichi station in Japan are critically endangered but have not reached full meltdown status. Our nuclear primer explains what that means and how the situation compares to past nuclear accidents".
Agaknya


http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=nuclear-energy-primer

Selasa, 15 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 43- satu penungguan( kelulusan skim mikro kredit)

Disedut dari web agro bank

Satu cerita yang sudah lapok mungkin(Utusan Malaysia 2/3/11), tetapi ianya cerita yang patut kita tahu dan selidik lebih mendalam. Dimaklumkan yang 68 juta akan disalurkan melalui Skim Pinjaman Mikro Kredit Agro Bank untuk tahun ini. Saya rasa dananya akan cepat surut, memandangkan penternak walit bukan bumi begitu meminati industri ini. Ia memberi peluang kepada semua untuk membiayai rumah burung walet.
Paper yang saya submit adalah begitu 'simple' memandangkan ianya perlu satu projek ternakan burung walet dengan pengiraan kos projek. Saya telah mencadangkan sebuah RBW dua tingkat 18 kaki x 75 kaki lebih kurang. LBW jenis open roof dan LAL dan tangga kebawah dibelakang sekat. Walaupun rekabentuk seperti ini memerlukan ruang untuk open roof, ruang tersebut boleh dibuat kolam air, sepertinya yang disukai oleh walet. Mungkin harga yang boleh minta ialah RM 160,000. Agaknya. Ini adalah plan cadangan seperti yang dimasukkan dan belum tentu jadi plan binaan. Lagi pun, tempat binaan langsung belum ditetapkan.
Walau bagaimanapun, berikutan dengan penerbitan http://swiftworld-saifswift.blogspot.com/2011/03/coret-coret-perihal-rumah-walet.html, (thanks saifswift) saya sungguh berminat kepada sistem RBW berstruktur besi yang boleh cepat siap. Diperhatikan juga penggunaan bata blok yang setahu saya berkos tinggi.




Gambar hiasan disedut dari blog saif swift.

Data yang boleh didapati dari gambar-gambar tersebut ialah ketinggiannya adalah 20 kaki.  Lebarnya seperti 30 kaki didalam 2 span tiap-tiap satu 15 kaki. Tentunya dinding batu blok lebar dan ringan ini sesuai untuk kelebaran dan ketinggian begini, agaknya.
harga bangunan ini agaknya RM 70,000, sesuatu yang boleh dianggap tahap mampu.

Maklumat lantai bangunan pada masa ini hanyalah khayalan lagi.
a) Plastik seperti ini
Mungkin lebih sesuai untuk siling, dimana kita tidak perlu lantai untuk jalan masuk dan tiada tahi walet untuk dikumpulkan. Sekiranya digunakan untuk lantai seperti gambar diatas(lihat tingkat yang 'split level'), mungkin kena guna jalan masuk sementara atau menggunakan 'access gantry'(macam gantry crane tetapi untuk kita memetik sarang. 

b) konkrit atas lantai kayu



c) konkrit bod seperti saranan saif swift atas lantai sirip agaknya
















d) lantai konkrit dgn brc mesh

Akhirnya saya rasa kos binaan akan menjadi faktor paling penting didalam keputusan pilihan lantai. Diingati pula yang anai-anai yang boleh meruntuhkan sistem topang(support) lantai tersebut sekiranya kayu digunakan. Sistem kebiasaan lantai konkrit bertetulang BRC menjadi tarikan kerana ianya kurang penyelenggaraan serta tahan. 
Apa pun, ini hanyalah angan-angan sahaja dan tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tiada kelulusan pinjaman, iaitu satu penungguan untuk keputusan permohonan pinjaman.

Isnin, 14 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 42- Kejadian letupan Janakuasa Nuklear fukushima-penjelasan

Terima kasih kepada pengarang artikel ini serta Albert R yang menghantarnya kepada saya,
http://bravenewclimate.com/2011/03/13/fukushima-simple-explanation/#more-3970, mengenai penjelasan kejadian letupan janakuasa nuklear Fukushima.
Sebelum 


Letupan


Selepas

Harapan kita agar tidak ada kemalangan melibatkan kuasa nuklear lagi dimasa akan datang harap-haraplah tiada limpahan bahan radio-aktif ke sini, amin.
pemereksaan radioaktif

Artikel mengenai kapal pengangkut kapal terbang tentera US, berlabuh jauh dari radiasi, selepas mendapati ada kesan radiasi dikawasan tersebut. http://www.chinapost.com.tw/asia/japan/2011/03/15/294693/US-carrier.htm. Harap-harap tidaklah melarat.

Negara Jepun akan memerlukan kuasa letrik untuk menggantikan tenaga yang patut dikeluarkan oleh janakuasa nuklear. Tentunya harga minyak akan naik kerana permintaan yang meningkat. Agaknya.
Apakah impaknya kepada harga sarang walet kita?  peningkatan harga insyallah. Penjelasannya, akan lebih ramai penduduk negara China yang akan mampu menggunakan produk sarang walet, kerana mereka boleh mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan oleh orang jepun berikutan tragedi gempa, tsunami dan kejadian letupan janakuasa nuklear yang menimpa orang jepun. Agaknya.
Marilah kita bersama-sama menceburi industri penternakan burung walet ini.

Sembang walet swiftlets 41-Impak gempa keatas makhluk bumi

"Earthquake moved Japan 2.4 meters and Shifted Earth on its Axis" -disedut dari inet.

Gempa bumi berdekatan kepulauan Jepun telah menggerakkan kepulauan tersebut sejauh 8 kaki dan telah menganjakkan bumi dari paksi sebelumnya. Mungkinkah ada perubahan kekuatan magnet atau yang sepertinya dimana ia boleh menyebabkan perubahan kepada hidup kita, cuba fikirkan:
a) Ada burung walet terasa ciri-ciri pengemudiannya magnet telah bertukar dan tidak  menjumpai tempat tujunya mengikut panduan magnet seperti biasanya, seperti tidak dapat menemui sarangnya diRBW atau tidak dapat pulang langsung.
b) Apa pula impaknya kepada burung/binatang yang 'migratory', juga yang lain yang memerlukan kekuatan magnet untuk hidup harian.
c) Apa pula perubahan di alam tempat kita duduk ini. Mungkin ada tempat yang lebih panas dan juga menjadi lebih sejuk atau pun ada perubahan cuaca.
d) Ada kah segelintir manusia akan berubah perangai dari perubahan ini.
Mungkinkah perubahan axis ini tidak melibatkan perubahan axis magnet, saya pun kurang tahu. Ada disebut begini:
The Earth shifted on its rotation axis by ten centimeters, stated Italy’s National Institute of Geophysics and Volcanology. The quakes’ impact on the axis was much greater than the shift from the 9.1 Indonesian quake in 2004; and second only to the Chilean quake of 1960. The information comes from the INIGV’s Antonio Piersanti.
The shift affects the length of time it takes the Earth to make a complete rotation. After the Chilean quake the earth lost a 1.26 microsecond. According to “Earth Sciences; “Earth's axis is the imaginary line which goes through the north and south poles and around which Earth spins. It is inclined 66.5 degrees from Earth's orbital plane, which means that it is tilted 23.5 degrees from a vertical 90 degrees. 


Generally, an axis is any imaginary or physical line that prescribes an object's movement. A taut string that goes through the center of a spinning ball would be an example of a physical axis. The string, as the axis, would represent the part of the ball that is not really moving or that is moving the least. An axis also includes the point that is known as the center of gravity.”
Agaknya.



Disedut dari Sembang "Swiftlets Farming"



Waletgroup said...

Kena fikir jugak tu.. mungkin ada kesannya,Alhamdullilah... sekarang burung walit duk mengeram... tak merayau2 sangat.. mudahan mereka tak sesat kalau keluar, kalau sesat pun suara tok gawa ada.. jadi panduan.. ha ha


Ahad, 13 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 40- Kolam air Type M (murah)

Beginilah adanya kolah yang diisi air dengan takungan menggunakan kanvas murahan, kalau tak silap kurang dari RM 100. Pemasangannya menggunakan kayu yang dipaku didinding bangunan. Saiz kanvas ada beberapa keluasan dari 15 kaki x 18 kaki ke yang kecil 12 kaki x 12 kaki atau yang lebih kecil lagi. Kanvas tersebut adalah buatan Negeri Thailand. Kalau mengukur untuk kolah tersebut, kenalah campurkan lebar dan panjang kolah tersebut dengan kedalaman kolah x2 dan campur 2 kaki lagi untuk pengikatan didinding. Ia hanya sesuai untuk digunakan didalam bangunan dan tidak dibawah panahan matahari.
Gambar hiasan-packing kanvas semasa dijual

Oleh kerana kanvasnya tipis, maka perlulah permukaan lantai dibawahnya bersih dari paku dan pasir yang tajam dan sekiranya ianya dipijak, kenalah berkaki ayam atau berselipar jepun. Maaf kolam saya tahan sebulan sahaja kerana kebocoran yang disebabkan oleh besi tajam di cordless yang terjatuh kedalam air.
Maklum juga yang kolah seperti ini boleh membiakkan nyamuk juga selain diharapkan menjadi tarikan kepada siwalet. Agaknya.

Sabtu, 12 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 39- Penggunaan humidifier diRBW

'Humidifier' adalah alat yang digunakan untuk menaikkan tahap kelembapan sesuatu RBW. Jenis-jenis humidifier yang biasa digunakan di RBW adalah seperti berikut:
1)Taiwan humidifier

2) Ultrasonic Humidifier

3)Penyembur tekanan tinggi.

Yang termurah dipasaran sekarang ialah humidifier jenis 'Taiwan" seperti gambar 1 diatas. Unit seperti itu hanya perlu topinya yang berbentuk seperti dibawah ini

Harga satu set adalah lebih kurang RM 400. Kegunaannya adalah efektif dan kurang memerlukan penyelengaraan. Ada juga yang menggunakan papan lencong yang diatur sebegini untuk penggunaan yang praktikal.
Gambar Hiasan ihsan kawe

Penggunaan ultrasonic humidifier pula memberi munafaat dengan semburan yang halus. Ia memerlukan kipas kecil yang perlu diserentakkan dengan operasi humidifier tersebut. 
Ia juga memerlukan sedikit DIY untuk menyediakan kotak air yang berpelampung untuk mengawal pembekalan air supaya tidak melimpah. Rujukan diblog ini cara DIY http://yenyen-swiftlet-farming.blogspot.com/search?updated-max=2010-09-18T22%3A35%3A00-07%3A00&max-results=10
Penggunaan ultrasonic humidifier yang lama boleh menyebabkan ia panas walaupun ia terendam didalam air. Mungkin peralatan timer yang boleh mengawal nya beroperasi 15/? minit dan berhenti 15/? minit dapat memberikan nya servis yang lebih panjang. Harganya alat humidifier tersebut adalah lebihkurang RM 500 tidak termasuk kipas dan tangki air serta pelampungnya.

Kapasiti semburan air diantara kedua-dua humidifier ini adalah lebih kurang belaka.

Alat humidifier tekanan tinggi pula sudah jarang digunakan kerana ia mudah sumbat dan boleh bocor yang boleh menyebabkan jamuran pada sirip dan banjir. Harganya pula agak lumayan dan perlu pemasangan secara profesional. Agaknya. 

Kalaulah RBW saya jauh dan jarang saya lawati, saya rasa humidifier jenis taiwan akan lebih praktikal, tetapi kehendak siwalet siapalah yang tahu.

Khamis, 10 Mac 2011

Jalan-jalan cari makan 5- Istimewa Dari Pasar Besar Siti Khadijah

Sekiranya anda keKota Baru, jangan lupa ke Pasar Besar Siti Khadijah.  Ia adalah sebuah pasar basah seperti yang lain, istimewanya ialah bahagian menjual kueh-mueh yang menjual berbagai jenis kueh kelate dan juga bahagian menjual makanan dan minuman.

Bolehlah kita survey hidangan yang baru dimasak dan yang nampak isinya 'fresh'. Bedal je. sedap, macam masak lemak kepala ikan yang gambonya dibawah ini.

Lepas makan, bolehlah pula naik ketingkat teratas,  belek-beleklah kain batik untuk yang tersayang. Bila siap aktibiti didalam bangunan, keluarlah dan perhatilah RBW2 yang kelihatan bersepadu dengan bangunan bersebelahan, bertenggek diatas bangunan asal. Yang sudah berjaya agaknya, parapetnya akan siap dengan kawat berduri, seperti mahu menghindarkan Pak Burhan(orang) dan pak burhan(burung hantu). 

Gambar hiasan- RBW2 yang bertenggek diatas bangunan 
seperti mana gasing yang menjadi permainan tradisional negeri ini.


Gambar disedut dari fascinatingmalaysia.com

Fikir-fikirkanlah, "Loaded depa nih"- ya lah, mempunyai RBW ditempat yang ada diantara terbanyak burung walet diMalaysia. "mudah-mudahan, amin"

Rabu, 9 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 38- Gambar-gambar penggunaan Inverted T-beam

Lihatlah, penggunaan Inverted T-beam untuk RBW pertama diMalaysia
Dakwaannya, dapat memperbaiki ruang laluan burung
Pengehadan dakwaan, tidak diketahui lagi
Pengehadan Penggunaan untuk RBW- Bayaran saguhati atas penggunaannya kepada pengasas
 Akibat tiada pembayaran-Hasil RBW nya tidak dihalalkan dunia dan akhirat, amin.
Tidak kira siapa. 


Gambar menunjukkan ruang laluan burung yang tidak terbatas oleh rasuk.

tarikh 9/3/11 oleh sembangwalet.blogspot.com

Jalan-jalan cari makan 4- Strawberri coklat

rasanya sedap dan juga romantik
hidangan istimewa si khalid kepada si siti
terdapat dimana-mana kedai makan yang eksotik
camne pun strawberi coklat Cameron Highland tetap dihati


Gambar hiasan

Sembang walet swiftlets 37-Anggaran kos binaan RBW masa ini

Gambar hiasan

Bangunan yang digambarkan dengan lukisan perspektif dibawah ini adalah bersaiz 10 kaki lebar dengan 40 kaki panjang. Ia mempunyai ketinggian diantara lantai setinggi 7 kaki pada setiap tingkat. Pernah dikabarkan yang kos binaan ini ialah RM 40,000.00 iaitu pada kadar RM 33 sekaki persegi.
Bangunan ini berstruktur konkrit tetulang dan berdindingkan bata blok ringan. Lantainya diceritakan(bukan khayalan) yang diperbuat dari kayu dan plywood. Pekerja binaan yang digunakan adalah pekerja sendiri yang telah menyiapkan binaan bangunan lain diladang tersebut. Reka bentuk RBW ini mengambilkira pemasukkan dari pekerja dari negara seberang yang telah pernah membina rumah burung disana.


Kadar harga RM 33 sekaki persegi untuk membina RBW pada masa itu adalah kompetitif dan murah. Tentunya ada pendekatan untuk merendahkan kos binaan, yang telah diambil selain menerima pakai ketinggian 7 kaki diantara lantai, bata blok ringan, penggunaan perancah kayu dari pokok-pokok dihutan(plaster sahaja), penggunaan lantai sementara (kayu) dan kemungkinan masa pembinaan yang pendek serta penyeliaan sendiri.
Gambar hiasan
Gambar2 disedut dari BJ

Harga yang paling kompetitif untuk bandingan pada masa itu, yang penulis terdengar dari saorang kawan berbangsa cina yang membina empat atau lima buah RBW sekali gus adalah pada kadar RM 46+ sekaki persegi. Harga ini ialah harga dari kontrektor binaan yang menunjukkan kos binaan pada masa itu sekadar RM 40-45 sekaki persegi untuk RBW yang berketinggian antara lantai dan berciri biasa sahaja.

Kadar harga binaan RBW masa kini bolehlah dianggar dari harga-harga tersebut selepas dipindah keharga sekarang dan mengambil kira faktor lain seperti faktor kenaikkan harga minyak, harga barang binaan dan buruh tempatan juga kadar keuntungan untuk binaan RBW yang sesuai. Agaknya. Masalahnya, adake kontrektor yang sanggup membina RBW pada kadar sebegini?.

Isnin, 7 Mac 2011

Sembang walet swiftlets 36- Penternak Walet Bumi Pertama diGerik

"Tinggi Setiap tingkat 7 kaki, utk 3 tingkat dan 1 rumah monyet ... total...28 kaki tinggi.
bukak 10 kaki panjang 50 kaki.... utk rumah monyet 10 x 10 kaki jer...

papan sarang setiap tingkat dijarakkan 1 kaki setiap papan...

3 lubang angin setiap 10 kaki dinding, setiap tingkat keliling ada 30 lubang angin."
Disedut dari BJ, maklumat yang diberi, yang saya jangka, oleh tuan punya bangunan ini. 
Harga bangunan pada masa itu ialah lebih kurang RM 40,000, agaknya.
Bangunan ini adalah bangunan RBW pertama yang dibina oleh saorang usahawan bumiputra dikawasan Pekan Gerik. RBW ini telah beroperasi lebih-kurang satu tahun. Lokasi RBW ini  dikelilingi oleh kawasan perkampungan, Felda dan juga hutan dan juga tiada RBW beroperasi berdekatannya. Bilangan sarang selepas beroperasi setahun tidaklah di ketahui. 

Gambar Hiasan


Gambar Hiasan (Disedut dari BJ)

Agaknya.