My Daughter's Blog

Isnin, 2 Mei 2011

Sembang walet swiftlets 76-Lagi satu RBW diGrik II

Menurut sumber yang boleh dipercayai, terdapat lebih kurang 80 buah RBW didaerah  Hulu Perak. Dengan bilangan RBW setinggi ini, Grik boleh dikatakan sebagai lubuk burung walit.  Mengikut cerita penternak walit yang berasal dari Grik yang berbangsa cina, yang berkata, burung walit amatlah berkurangan didaerah ini berbanding dengan keperluan bilangan RBW didaerah ini. Katanya para penternak harus bersabar kerana pertumbuhan populasi burung walitnya adalah perlahan. Walaupun begitu para pelabur dari luar daerah telah melabur dengan hartanah dan membina RBW yang bersaiz 'mega'.

Manakala di pekan Grik, bilangan RBW tetap bertambah dengan penukaran loteng atau penukaran ruang atas rumah kedai kepada rumah burung. Gambar dibawah ini menunjukkan agaknya loteng rumah yang telah ditukar menjadi rumah burung.




Sementara dibawah ini, ruang tingkat atas rumah kedai ini ditukar menjadi rumah burung.


Tentunya RBW ini adalah kepunyaan pekedai di pekan Grik yang rata-rata adalah berbangsa cina. Mereka begitu percaya yang industri ini boleh membawa pulangan yang lumayan hingga keanak cucu. Memang kita telah tertinggal jauh. Dengarnya hanya 2% RBW dimiliki oleh kaum bumiputra. Sekiranya kita berminat untuk melabur, dinasihatkan yang ilmu perwaletannya di tingkatkan agar pembuatan RBWnya 'tepat pada kali pertama' iaitu tidak membuang masa mod sana mod sini. Fikir-fikirkan lah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan