Pembinaan secara prefab boleh memberikan kualiti yang seragam dan tinggi , kecepatan pembinaan dan juga kos effisien serta serba boleh disesuaikan dengan keadaan tapak bina. Tahap komponen yang perlu diprefab juga boleh disesuaikan mengikut kehendak reka-bentuknya. Ia amat sesuai sekiranya beberapa bangunan yang serupa dibina. Tentunya binaan RBW boleh dikatakan agak 'standardised' terutama sekiranya dimensinya dikawal dan sesuai untuk di'prefab' didalam keadaan tertentu.
struktur besi siap dipasang
dinding prefab
Gambar hiasan dinding prefab
Bangunan yang menggunakan bahagian prefab
Bangunan diatas berkerangka besi I-beam dan berdindingkan kepingan styrofoam berkonkrit, kedua-duanya dibuat dikilang dan dipasang ditapak. Bangunan dibawah ini pula berkerangka konkrit dimana lantainya dan beam berasaskan kepingan prefab konkrit.
Pembuatan lantai prefab
Pemasangan beam prefab
Pemasangan lantai prefab(lapisan lantai pertama)
Konkrit lapisan lantai kedua
Pemasangan beam prefab
Tiang dikonkrit insitu
Disedut dari blog penternak dari Negeri Siam.
Dimasa akan datang teknik prefab akan lebih membangun dan akan digunakan dipelbagai kerja-kerja awam termasuk pembinaan RBW. Ini adalah berikutan dari beberapa munafaat yang boleh didapati dari cara pembinaan ini serta penggunaan bilangan pekerja yang berkurangan serta teknologinya yang agak biasa. Berkemungkinan bahagian dinding, lantai, rasuk dan sirip boleh menggunakan bahan yang bersesuaian dengan cara prefab ini. Tentunya, bahagian-bahagian bangunan ini boleh 'made to order' tetapi mungkin agak mahal sekiranya hanya untuk satu bangunan. Buat masa ini, hanya para peniagalah nampaknya boleh mengambil peluang terhadap ide ini. Fikir-fikirkan lah.......
Agaknya.
Moga burung walet datang berduyun-duyun keRBW kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan