My Daughter's Blog

Khamis, 21 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 46-Mari main masak masak

Telah diceritakan dimerata blog mengenai pembiakan serangga utamanya serangga jenis lalat buah. Ramai yang bercerita mengenai kebaikannya serta cara membela serangga tersebut. Pengalaman saya, sebenarnya kurang memberangsangkan, utamanya kerana produksi yang agak rendah untuk membuat impak yang substantial, serta timbulnya risiko memanggil pemangsa seperti pak tokek. Saya rasa pak tokek mempunyai cenderia yang spesel yang dapat mengesan tempat yang terdapat banyak serangga. Tokek mana yang tak mau mali, hulur lidah jer dah dapat makan.

Mengenai produksi yang saya jangka boleh memberi sedikit impak, mungkin pada kadar persiapan makanan yang jumlah beratnya mau-mau 10 kilo atau lebih. Saya jangka kalau setakat 1 kilo jer makanan yang disediakan, maka kerumunan lalat tersebut adalah agak tersebar untuk menjadi tarikan walet yang singgah. Namun begitu lain pula sekiranya telah dapat anak-anak walet dirumah tersebut yang kiranya akan bersyukur dengan adanya makanan didalam RBW ketika mereka belum pakar memburu serangga. Mungkin mereka akan terus tinggal disitu....:)

Gambar hiasan persiapan yang telah ditinggalkan lkurang 3 minggu

Mungkin saya salah tetapi pasal kali ini kita hanya main masak-masak je, kita boleh cuba begini. Kita perlukan sumber protein, untuk pertumbuhan yang elok, disyorkan kita gunakan tepong susu berpaket, gunakan lah pada kadar agak lumayan, mungkin suku bahagian kalau pakai isipadu. Kita perlu gula, jangan lah pulak order yang kurang manis. Buat yang manis. Kita perlu fillers, saya pernah guna dedak, jagung hancur atau yang lain-lain yang agak murah harganya. Kita juga perlu binders, mungkin kita gunakan tepung ubi atau sejenisnya supaya adunan kita sebati dan senang dituang.

Para ini baru dimasukkan,:)...... Cara memasaknya ialah secara free style.....mulakan dengan didihkan air, kemudian masak tepung sehingga sebati dan tiada ketul-ketul tepung (cuba cara cold-mix untuk mengurangkan ketulan tepung),campur air setiap campuran bahan agar adunan tidak terlalu pekat. Memang kena godak puas-puas. Lastly but not least, cuka dapur dicampurkan ikut cita rasa........ jangan sedikit sangat. Masak sehingga semua bahan telah teradun dengan uniform dan buat sajian. Saji tipis-tipis kut untuk permukaan yang terluas, guna dulang plastik besar atau plywood form dialas dengan plastik.
Juga taburkan generously instant ragi(yeast) diatas adunan yang siap dituangkan... lupa bahasa orang putihnya

Persoalan benih lalat itu boleh dimulakan dengan menggunakan pisang masak yang dibiarkan  ditempat teduh bersama satu dulang atau dua adunan diatas selama lebihkurang satu minggu ditempat teduh. Cik puan lalat akan membubuh telurnya untuk membiak. Selepas segenerasi lalat diadunan tersebut bolehlah dipindahkan diantara adunan king saiz untuk siwalet..........

Selepas main masak-masak , kita balik tidur, esok grandpa nak pi kerja.

Ahad, 17 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 45- Terkenang Jasa Pendita

Didalam perjalanan saya menuju Muadzam, terdapat sebuah mercu tanda Za'ba. Gambar hiasan dibawah...Tempelan ini hanya mengenang kembali tulisan beliau....saya malu kerana kurang memakluminya, huhu.

bolehlah google sedikit untuk mengetahui lebihnya.





3. SUMBANGAN ZA'BA KEPADA BAHASA MELAYU:

3.1- Sumbangan pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti. Sumbangan pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan kemiskinan orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan dengan luas. (4)
3.2- Walau bagaimanapun, sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa Melayu. Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal-awal lagi. Keazamannya untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah mula muncul dalam fikirannya sejak beliau berumur dua belas tahun lagi. (5) Dalam tahun 1918 lagi, sewaktu bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi.
3.3- Dalam tahun 1924 pula, umpamanya, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. (6)
3.4- Tidak hairanlah kita melihat bahawa sumbangan beliau adalah juga di dalam bidang ejaan, iaitu ejaan Jawi, di samping sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid), dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab Ilmu Mengarang Melayu (1951)). Adalah juga menjadi hasrat beliau untuk menyumbangkan kepada bahasa Melayu sebuah kamus Melayu yang lengkap dalam tulisan Jawi.
3.5- Malah ke arah melahirkan kamus Jawi itulah maka, sebagai langkah awal, dilahirkannya sebuah sistem ejaan Jawi. Ini dinyatakannya sebagai tujuan kedua penyusunan buku Daftar Ejaan Melayunya. Menurutnya, tujuan kedua itu ialah " ... hendak dibuat daripadanya sebuah kamus Melayu yang lengkap bagi pergunaan hari-hari di antara ahli-ahli bahasa Melayu". (7)
3.6- Sehubungan dengan kaedah ejaan Jawi, dalam tahun 1929, diterbitkannya Kitab Rahsia Ejaan Jawi (Pulau Pinang: The Jelutong Press) dan dalam tahun 1931, telah dicetak sebahagian daripada buku yang dinamakannya Rahsia Ejaan Jawi(8)Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja". (9)
3.7- Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) . Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.


juga


juga


dan blog-blog lain dari list disini


mari kita sumbang kepadanya bersama,  Alfatihah...









JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 44-Multi entry RBW atau Multi RBW?,untuk pilihan terkini?

Diperhatikan dari gambar-gambar RBW disana-sini, nampak implementasi LMBnya diatur sama ada untuk mempunyai RBW yang besar yang berLMB lebih dari satu atau bangunan rumah burung yang dipecahkan kepada beberapa buah  RBW kecil ber LMB disetiap satu, atau membuat secara tradisinya iaitu sebuah RBW yang besar yang hanya mempunyai satu LMB? Mungkin dimasa dahulu, bilangan RBW adalah berkurangan dan RBW pioneer ini hanya memerlukan sebuah LMB yang diletakkan ditempat yang strategik, sudah mencukupi untuk mendapatkan perkembangan sarangnya.

Dimasa kini, bilangan RBW ditempat-tempat yang menarik biasanya sudah agak saturated. Berikutan dengan perkembangan diaras sekondari yang kurang memuaskan diatas pelbagai sebab termasuklah burung yang kurang suka untuk turun LAL, ada para penternak yang mencuba membuka LMB pada tempat yang berlainan mungkin berikutan adanya sebuah RBW yang telah berperoduksi diarah tersebut. Apakah perlu LALnya ditutup sekiranya kedua-dua LMB ada menunjukkan perkembangan? Sekiranya LALnya tidak ditutup maka RBW itu jadi multi-entry, yalah macam gua semula jadi yang boleh mempunyai lebih dari satu lubang masuk. Tidak lah pelik sangat kan....

 Gambar hiasan RBW mempunyai dua LMB pada dua aras berlainan

 Gambar hiasan RBW yang mempunyai dua lubang LMB pada aras berlainan

Gambar hiasan RBW yang mempunyai sekat tengah untuk RBW bersebelahan

Bolehkah teknik ini(multi-entry/multi RBW) memberikan pertumbuhan yang bertambah dari option satu LMB? 
Dapatkah teknik ini(multi RBW utamanya) memberi sedikit advantage untuk memancing kembali anak-anak walet yang terbang keluar dari RBW tempat ia dilahirkan?

anda fikirkan...........
Kita usahakan agar walet datang berduyun-duyun keRBW kita.

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 43 - Status RBW diKuala Pilah

Pada 15/07/11, saya pergi keMuadzam menjengok anak yang belajar disitu. Oleh kerana ianya perjalanan harian pergi dan balik, maka perjalanannya agak 'rushing' juga, tetapi sempat juga mengambil gambar RBW didalam binaan diKuala Pilah(gambar luar sahaja). RBW ini pernah ditunjuk disini. Tekan dan Jom Layan-RBW binaan cantik.

Jom Layan status terkini.....

Gambar hiasan

Nampaknya tuan punya telah juga memotong pokok-pokok dihadapan LMBnya untuk memberi ruang roving kepada siwalet. Saya perhatikan juga yang RBW ini sudah memiliki pagar keliling, yang membuat kawasan dibawah LMB, bukan kawasan lalu lalang. Setahu saya, pada ketinggian LMB seperti ini, burung walet boleh merasa terganggu dengan kehadiran manusia dibawah LMB. Apa pula impak kenderaan yang lalu-lalang lebih kurang 200 kaki dari LMB ini?....Time will tell....agaknya


Mudahan walet datang berduyun-duyun keRBW kita.

Sabtu, 16 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 42- Naz@uptown

Wak suka juga makan masakan jenis 'portugis' ikan pari diUptown Damansara. Dalam berpeluh-peluh menikmati kepedasan lauk tersebut, kadang-kadang ada penyanyi datang tanpa jemputan, membuat persembahan untuk a 'coin or two'. Persembahan Nazri nih ok juga. enjoy..:)

http://www.youtube.com/watch?v=yLvtS0SolG8

Jumaat, 15 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 41- Train ride in Paris

kena ada line internet laju baru boleh layan.....
Tekan dan Jom Layan- Disneyland fun
Maaf, sekiranya terkasar bahasa...:)

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 40-GECKO CRAZE(REPLAY)

Cerita tokek ini pernah dicerita disini...
Diceritakan yang pak tokek ini suka bercanda sebelum memburu diwaktu senja. Kalau ianya bercanda didalam RBW maka, mungkin walet yang menginap diRBW kita menjadi kecut perut mendengar suara tokek yang sahut menyahut itu..... agaknya. Kabur ke tidak, atas waletnya juga....

Anda layan keratan dari akhbar the Star hari itu....pencarian terkini(bukan di i-net ya).......tokek, lokasi dimerata belentara, juga ke selatan Philipines. Manalah tak kena culik, hehe.


Rabu, 13 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 39- RBW sepanjang perjalanan ke Lekir

Kita pernah mendengar yang penternakan walet diSemenanjung bermula diKampong Koh, Setiawan lebih kurang 30 tahun dahulu. Dengarnya dimulakan oleh pengusaha dari negera seberang. Tidak begitu lama kemudian, penduduk pekan Setiawan bermula perkara yang sama sehingga pada masa ini, telah banyak RBW telah 'mature' ditempat ini yang hanya menunggu habuan masing-masing dimusim panen. 

Gambar hiasan (Signboard Kg. Koh)

Bagi saya pada hari itu, bernasib baik bermula dengan tersesat keKg Koh oleh routing GPS(dapat melalui tempat bermulanya penternakan burung walet), dan diakhiri dengan dapat menyewa rumah dipekan Seri Manjung, yang sedang mempunyai dua mega projek dikawasannya, iaitu tujuan asal perjalanan pada hari itu. Seronoknya dapat sewa rumah pada kadar yang kompetitif dek 'connection sama-sama orang kelate'. Seri Manjung, here I come, agaknya....

Didalam perjalanan ini, saya dapat mengambil beberapa gambar RBW........

Gambar hiasan......kemas

Gambar hiasan ....LMB bersaiz gede-gede

Gambar hiasan .....RBW rumah kedai

Gambar hiasan

Gambar hiasan....perhatikan ciri bumbung berpagar duri

Gambar hiasan....RBW sama dengan diatas(rumah ketiga tentunya berproduksi tinggi)

Gambar hiasan
Gambar hiasan.. barrak dog house?

RBW sebelah menyebelah


Gambar hiasan... trend masa kini (RBW ditukar dari rumah kedai)


Gambar hiasan RBW(3 tkt) dan hotel(2 tkt)

Saya perhatikan, yang pekan Gerik, Perak juga sedang menghadapi fenomena yang sama seperti tempat ini suatu masa dahulu, iaitu pembeli membeli setiap rumah kedai yang dibina untuk ditukar menjadi RBW dan juga tanah pertanian dijual mahal dan dibina RBW yang gede-gede.........begitulah semangatnya sehingga rumah kedai yang bukan menghadap kejalan utama dibuat dengan reka bentuk   minima sesuai untuk rumah burung dan lebih menyerupai sebuah kilang. Ade ke burungnya?, tentunya ramai yang akan terkial-kial...........Hentikanlah petaka ini/Jauhi lah petaka ini dari diri kita ....amin.

Selasa, 12 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 38-Gambar penutup speaker hex....

Hari ini cerita yang ringan sahaja, senang nak tulis
cerita sambungan dari dua tempelan yang lalu

Gambar hiasan 

Gambar hiasan diatas menunjukkan penutup tweeter yang disapu dengan coal-tar agaknya, yang tentunya boleh menebat gelombang suara........mungkin barang penggunaan kain nipis atau 75% plastic sheeting(tutup okid) untuk menutup tweeter adalah lebih sesuai, agaknya.

Jumaat, 8 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 37-Tarikan Industri Perwaletan

Kadar kejayaan projek perusahaan penternakkan walit paling baik pun diantara 20-50% sahaja yang berjaya. Ini bermakna ada kemungkinan 80% hingga 70% dari para pengusaha boleh berhadapan dengan kegagalan..JOM LAYAN- 20% JAYA / 80% GAGAL. Walaupun begitu, masih ramai dan belum kelewatan lagi mahu menceburi bidang ini. Kerajaan pun menggalakkan pelaburan dibidang ini, salah satu initiatifnya ialah melalui pemberian pinjaman diAgro Bank-JOM LAYAN -Agro Bank Skim MIkro Kredit. Kadarnya adalah agak menarik........tetapi agak cepat kehausan dananya.
Tentu ada yang tertanya mengapa ramai yang tertarik........Jom layan artikel 5.3 digambar bawah(Disedut dari tulisan sesaorang yang berpengalaman didalam dunia perwaletan - Dr Azizol. (Maklum juga kepada komen  www.teknologi walet. blogspot.com dibawah ini untuk ketepatan data) Kita berterima kasih kepada beliau. Seterusnya bacalah artikel beliau yang lain..... Keperluan untuk networking.....

Anda ingin diberi peluang menjadi jutawan.? Industri inilah peluangnya, agaknya.

Apa lagi baiknya, jom layan  artikel 3.3 tulisan Dr Azizol juga.




Apa pun semuanya pilihan anda......

Mengambil cara-cara member ganu kite, saya ingin mengajak kawan-kawan utamanya yang telah berjaya didalam bidang ini, sekurang-kurang secara informal, berNETWORKING, atau berkongsi maklumat seadanya, agar sama-sama maju didalam bidang ini. Saranan Dr Azizol didalam artikelnya juga diambil kira.

Khamis, 7 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 36-Teknik tweeter panggil keliling

Penggunaan hexagon tweeter untuk memanggil burung walet ke RBW adalah perkara biasa yang dilakukan oleh para penternak. Ada yang memasang dengan kuat agar ianya didengar berbatu-batu dan banyaklah pulak burung berlegar-legar diatas RBW tersebut. Baik ketidak hanya tuan punya yang mengetahuinya. Ada setengah tweeter panggil keliling ini memerlukan penutup dihadapan corongnya untuk mengelakkan drivernya terkena air. Penutup inilah biasanya yang menjadikan masalah kerana ianya sebenarnya mempunyai ciri-ciri menebat suara(. Kadang-kadang sipenternak perlu menguatkan suara pula kerana suara tweeter panggil ini sebenarnya tersumbat oleh penutup hadapan itu. Suara yang keluar dari tweeter tersebut adalah suara muffled. Disebabkan keperluan menguatkan tweeter ini, mungkin teknik suara kita jadi kurang tepat. Anda perlu berpuas hati dengan cara penutupan tweeter dicorong sebelum membeli tweeter jenis ini.

Mungkinkah ini sebabnya ada penternak yang menggunakan tweeter 'bare' sahaja seperti yang ditunjukkan dibawah ini. Walaubagaimana pun perlulah tweeter tersebut diberi perlindungan dari terbanjir(flooded) oleh air hujan dibahagian drivernya. Apakah mereka menggunakan lubang drain yang diletakkan strategik atau menggunakan tweeter yang kalis air atau kedudukan tweeter yang tepat(tidak mendongak) atau ada teknik lain lagi, perlu disharing lagi teknik nya. Anda perhatikan teknik ini digambar dibawah ini.... 

gambar hiasan 1


Gambar hiasan 2

Dengan penggunaan tweeter tanpa penutup ini suara panggil dapat dimainkan pada kekuatan yang tepat dan memberikan suara yang ori...kesukaan walet, agaknya.

Moga burung walet datang berduyun-duyun keRBW kita.


Rabu, 6 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 35-Jom layan teknik binaan RBW diKelantan

Semasa lawatan kami sekeluarga keKelantan yang lepas, kami membuat beberapa aktiviti berunsurkan kekeluargaan termasuklah menghadiri kenduri kahwin diMelor. Jom layan hidangannya....



Gambar-gambar hiasan kenduri kahwin

termasuk juga merisik .... untuk anak diPekan Pasir,


Tidak lupa juga tengok-tengok teknik pembuatan RBW disini. Kan perwaletan disini sudah pada tahap pro....


 Gambar hiasan RBW besar berdekatan Jeli
 RBW kepunyaan syarikat konsultan perwaletan AVM agaknya(sample RBW kut)

RBW teknik terowong dan teknik multi-entrance agaknya

RBW dengan monkey house yang lumayan luasnya

 RBW yang asalnya rumah kediaman dengan monkey house 
RBW dengan 'barak dog'(monkey house kecik)

Teknik multi-entrance, biasanya dua LMB sahaja, boleh dapat membuat sebahagian anak-anak burung walet yang keluar mencari RBW baru untuk diduduki kembali balik keRBW tuan yang asal, tetapi diRBW berlainan. Tekniknya belum tercapai, apa pun kalau RBW disatu kawasan itu kepunyaan satu orang, tentunya kebanyakkan anak-anak burung akan kembali bersarang disalah satu RBW tuan itu. Saya rasa RBW dibawah ini mempunyai dua entrance(LMB) anda perhatikan,

Agaknya....

Moga walet datang berduyun-duyun keRBW kita.

Isnin, 4 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 34- Teknik Lapik Kepingan Siling di dinding

 Gambar hiasan 1

Gambar hiasan 1 diatas menunjukkan salah satu cara, untuk menebat haba yang dipancar dari sinar matahari.  Atap zinc diletakkan didinding menggunakan spacer agar kejauhannya dari dinding adalah lebih kurang 6 inci. Adalah diharapkan pada jarak ini, radiasi dari kepingan zinc dapat dikurangkan dan ruang itu serta keadaan petak-petak itu memberikan laluan angin yang lebih baik untuk mengurangkan pemindahan haba melalui perolakkan. Salah satu cara untuk mengetahui keberkesanan dinding lapik ini ialah dengan membuat panel ujian dan dindingnya diuji suhunya menggunakan jangka suhu infra-red(gambar hiasan 2).
Gambar hiasan 2


Gambar hiasan 3

Gambar hiasan 3 menunjukkan sebuah RBW yang terletak melintang dimana sisi panjangnya terkena sinar matahari petang. Didalam keadaan sebegini, sepanjang RBW yang sisinya terkena sinaran perlulah diletakkan penebat haba agar suhu dalaman RBW didalam kawalan. Pemilik RBW ini telah memilih untuk menggunakan kepingan siling dan menggunakan rangka kayu untuk 'spacer'.

Gambar hiasan 4


Gambar hiasan 5

Anda perhatikan cara binaannya dan nampak ia berbeza dengan cara binaan diGambar hiasan 1.
Apakah jarak diantara dinding dan kepingan siling itu mencukupi .....?
Dapatkah angin ber ventilasi didalam kotak kayu itu dengan aturan rangka kayu begitu?
Agaknya semuanya telah diatasi........

Apakah juga perlakuan begini diperlukan sekiranya orientasi bangunan ini menunjukkan sisi yang pendek kepada sinaran matahari diwaktu petang ?

Anda fikirkan............


JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 33- RBW DiKuala Pilah Cantik

Gambar hiasan 1

Berdekatan dengan masjid Kampung Parit, Kuala Pilah telah dibina sebuah RBW yang agak besar bersaiz lebih kurang 24 kaki x 75 kaki, agaknya, dicat dengan warna kelabu dan dengan ciri rekabentuk yang simple. Jom Layan....


Gaambar hiasan 2

Kita perhatikan yang RBW ini adalah didalam kawasan perumahan tradisi melayu. Siapakah tuan punya gedung ini? Mungkin dipunyai oleh anak tuan rumah ini yang bekerja dikota..... kan Kuala Pilah ni biasa didengar mengekspot pegawai2, jurutera2 dan ahli korporat....,agaknya. Oleh kerana kedudukan nya diperkampungan melayu dan pekan Kuala Pilah tidak ternampak mempunyai RBW yang gede-gede, RBW ini adalah pioneer. Mudah-mudahan cepat perkembangan walitnya.

Gambar hiasan 3

RBW ini sukar diketahui cara pembinaannya memandangkan binaannya yang rapi dan kemas. Daripada rekabentuk bumbungnya, RBW ini berlantaikan papan tetapi RBW berlantaikan konkrit pun boleh berbumbung begitu. Lubang masuk burung dijangka jenis lubang tepi didinding. Bilik kontrol dibuat diluar bangunan rumah burung berbumbung rata dengan konkrit untuk memberi kekuatan seperti dinding bangunannya.

Adalah pasti yang burung mengenal warna pada tahap lebih baik dari manusia, dan mungkin dengan mengecat RBW dengan warna yang jarang ada dikawasan itu boleh memudahkan walet mengenal rumahnya dan juga mudah tertarik kepadanya. Siapa yang cuba, dia sahajalah yang mengetahui baik buruknya.

Sementara itu diJuasseh, pernah dicerita pembinaan RBW Jom Layan - RBW di Juasseh. Status nya masih work in progress. Pembinaan monkey house telah bermula....... perhatikan pembinaan column dan juga tingginya pokok-pokok disekeliling bangunan itu.
Gambar hiasan 4

Gambar hiasan 5

Anda fikirkan pilihan tuan punya RBW ini.....

Moga burung walit datang berduyun-duyun keRBW kita.

Sabtu, 2 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 32- Makluman Konferen ICOTOS 2011

Saya ada menerima sebuah email dari Sdr. Syahril Amin, salinan disebut dibawah ini, mengajak yang berminat menghadiri conference dan latihan diKuala Trengganu, pada pertengahan bulan ini, JOM LAYAN jemputannya...


"Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Saya Syahril Amin bin Hashim, sekretariat bagi International Conference and Training on Swiftlet Ranching (ICOTOS 2011) atau dalam bahasa melayu, Persidangan Antarabangsa dan Latihan dalam Meracit Burung Walet ingin menjemput anda semua dan rakan-rakan bagi menghadiri ICOTOS 2011 yang akan di adakan pada 17-18 Julai 2011 bagi Persidangan dan 19 Julai 2011 bagi Latihan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan man, Kuala Terengganu, Terengganu.
Makan Malam ICOTOS 2011 akan di adakan di Hotel Primula Beach Resort pada malam 17 Julai 2011.
Oleh yang demikian, yuran bagi penyertaan ICOTOS 2011 adalah sepertimana berikut:-
1. Yuran Persidangan (17-18 Julai 2011)
Peserta Tempatan = RM 500.00
Peserta Antarabangsa = USD 500
Pelajar = RM 150
2. Yuran Latihan (19 Julai 2011)
Peserta Tempatan = RM 300.00
Pelajar  = RM 300.00
Dilampirkan, Brosur ICOTOS 2011 dalam Bahasa Melayu dan English.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
SYAHRIL AMIN BIN HASHIM
Sekretariat ICOTOS 2011
No. Tel : 013-4457777




'

Begitulah........

cuma......
I tidak dapat datang....
. agak kelewatan jemputannya
. kurang maklumat mengenai 'key participants' juga maklumat orang dibelakang organisasi yang mengendali conferen  ini.
juga fi yang agak tinggi.

MAAF.

Yang berminat bolehlah siasat.....mungkin boleh mendatangkan munafaat kepada yang hadir.

Jumaat, 1 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 31- RBW Berasal dari Rumah Kediaman

Gambar-gambar dibawah ini diambil didalam perjalanan saya diantara Kuala Rompin ke Pekan, Pahang. Sebenarnya, dikawasan itu memang terdapat begitu banyak RBW, saya hanya ambil gambar RBW yang saya rasa ada jalan cerita sahaja. Kalau yang besar-besar, memanglah banyak. Ditunjuk diGambar hiasan 1, macamnya sebuah komplek swiftlet park, tetapi tiada pula signboard yang mengatakan ianya begitu. Apa pun RBWnya dibina dari asas untuk sebuah rumah burung. Seronoknya digambar ini, beberapa RBW mempunyai rekabentuk yang sama, mungkin ada perbezaan dari segi bilangan tingkatnya. Gede-gede belaka..... 

Gambar hiasan 1

Manakala tiga gambar dibawah( Gambar hiasan 2,3 dan 4) adalah gambar dua buah rumah burung yang diubahsuai dari rumah kediaman. Gambar 2 dan 3 adalah sebuah RBW setinggi 2 tingkat yang agak terselindung dari pandangan kerana kawasan sekelilingnya semak. LMBnya adalah jenis pintu tepi dengan atapnya ditinggikan, agaknya.
 Gambar hiasan 2

Gambar hiasan 3
Sementara Gambar hiasan 4 adalah sebuah RBW dua tingkat, agaknya, yang diubahsuai dari rumah kediaman setingkat. Saiznya adalah lebihkurang 40kaki x 80 kaki, agaknya. Apabila siap nanti, mungkin agak sukar untuk mengenali asal-usul RBW ini.
Gambar hiasan 4

Mereka sanggup menukar kegunaan rumah yang berkemungkinan rumah asal keluarga mereka kepada sebuah rumah burung, sesuatu perkara yang telah boleh diterima oleh masyarakat masa ini, baik kaum melayu atau cina. Barangkali gambar hiasan 3 adalah RBW kepunyaan saorang bumiputra dan RBW diGambar hiasan 4 adalah kepunyaan sesaorang yang bukan bumiputra, agaknya.

Kita fikirkan apakah kita juga akan berbuat demikian...........