My Daughter's Blog

Memaparkan catatan dengan label window type. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label window type. Papar semua catatan

Isnin, 20 Jun 2011

SEMBANG SEMBANG WALIT 110 -RBW BERASAS KAYU ALA BORNEO SWIFT

Gambar-gambar dibawah ini disedut dari internet. Ia menunjukkan pembangunan rumah burung walit dengan menggunakan kayu sepenuhnya. Dimensinya adalah sesuai untuk buget yang kecil, iaitu lebih kurang 15kaki x 20 kaki. Kosnya agaknya dibawah RM 30,000. Seperti biasa penukangan kayu memerlukan tukang yang mahir untuk menentukan kualiti kerja yang tinggi. Keperluan meletakkan racun anai-anai ditanah serta penggunaan kayu yang berkimia adalah amat mustahak.

Dilihat dari pembinaan nya, RBW ini adalah satu tingkat tetapi mempunyai ketinggian yang agaknya selesa untuk burung walit berlegar. Tinggi LBW nya adalah lebih dari 20 kaki agaknya. Pilihan LBW adalah tingkap tepi dinding dimana ada keperluan dipasang sekat diantara LBW dan ruang inap. Sebuah LAL di buat untuk perkembangan RBW menjadi dua tingkat, agaknya.














Beginilah agaknya apabila bangunan RBW sudah siap. Dindingnya dibuat dari papan plywood ber lapis styrofoam. Begitu juga lapisan styrofoam digunakan untuk kawasan bumbung. Ada keperluan yang lantai kayu itu dilapis dengan plastik tebal agar ia tidak bocor dan boleh merusakkan lantai yang diperbuat dari kayu. Seeloknya, lantai itu dilapik dengan selapis mortar setebal 1.5 inci, agaknya.



Gambar hiasan dissedut dari inet....

Mari kita main lukis-lukis.........



Gambar hiasan

Dilukis sebuah kawasan void yang agak luas iaitu 12 kaki x 15 kaki tetapi dijangka disukai oleh burung walit. Melihatkan yang bilik inap/sarang adalah 50% dari keluasan lantai dicadangkan yang tingkat bawah dibuatkan dinding bata, yang menjadikan keluasan ruang inap menjadi 3 kali ganda reka bentuk asal. 

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita.

Isnin, 13 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 18 - Penerapan Teknik Terowong

Gambar hiasan 1

Teknik Terowong untuk LBW ada dibincang disini:

Fikirkan tentang kesesuaian penerapan teknik ini didalam hal RBW ini......Gambar LBW dari dalam RBW adalah seperti gambar hiasan 2, dibawah ini. Penerapan teknik tersebut mungkin sesuai untuk RBW yang mempunyai LBW seperti ini. LBW ini mengadap kearah matahari terbit dan perlu perlindungan dari sinar matahari di pagi hari yang dapat masuk ke RBW serta kecerahan yang agak berlebihan serta bervariasi diwaktu petang. LBW ini juga adalah lebih lebar dari ketinggiannya membuat terowongnya tidak perlu terlalu panjang dan kurang mengganggu laluan penerbangan burung, agaknya. 


Gambar hiasan 2


Mudah mudahan teknik terowong ini boleh memberi cukup keselesaan dari segi penerapan cahaya didalam RBW dan lintasan terbang burung kedalam RBW ini.

Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Jom Layan Sembang Kosong 9- Mari Main Lukis-lukis I

Rumah burung walit berasaskan kayu adalah salah satu cara untuk mengurangkan kos permulaan untuk menjadi penternak burung walit. Rumah kayu tersebut boleh dari rumah kayu sedia ada yang boleh ditukar dari rumah kediaman ke RBW. Boleh juga, sekiranya keadaan mengizinkan, membuat bangunan baru seperti ini .......Tekan dan Jom Layan- Rumah kayu bertiang tinggi. Tentunya kosnya tidak berlebihan dan boleh dibina oleh tukang-tukang tempatan. Agaknya.

Utamanya, didalam penukaran dari rumah kediaman ke RBW, masalah penebat haba disiling dan kebocoran dilantai adalah perkara yang perlu ditangani. Jom layan...

Sebagai permulaan sebelum memulakan projek perwaletan, mari kita main lukis-lukis pelan untuk menambah ilmu perwalitan. Saya yang mulakan. Agaknya,Kalau kita gunakan RBW bertiang tinggi diatas untuk dilukis secara 3D, Kelengkapan dalaman rumah burung walit kayu adalah seperti lukisan dibawah ini. Keperluan Lubang Antara Ruang(LAR) boleh memberikan kegelapan yang bersesuaian untuk pilihan walit. Keperluan lubang ventilasi tidak ditunjukkan disini dan bolehlah mengambilkira arah laluan angin yang bermusim. Pelarasan lubang itu adalah mengikut 'trial-error'.

Lukisan diatas juga menunjukkan 'roving room' 20kaki x 10 kaki. Ruang 'nesting' pula adalah 20kaki x 20 kaki. Bolehlah juga digunakan sekat gantung sepanjang 15 kaki untuk melindung cahaya dari LAR diatas. Agaknya.

Moga Walit Datang Berduyun-duyun keRBW kita....Amin.

Isnin, 30 Mei 2011

Sembang sembang walit 101-Lagi Teknik RBW iras MAHA2010(I)

Tempelan sebelum ini mengenai perkara yang serupa;
Tekan dan Jom Layan- Teknik RBW iras MAHA 2010

RBW ini letaknya diNenasi, mempunyai bilik nesting sebesar 30kaki dengan lebar 15 kaki dan ketinggian ruang pada 12 kaki dan bilik monyet dan ruang putar seluas 15 kaki x 15 kaki dan tingginya 20 kaki, semua jarak adalah lebih-kurang mengikut benuknya. Reka bentuknya adalah serupa dengan yang dipaparkan oleh jabatan yang berkenaan dipameran MAHA2010 yang lalu dengan mod. di ketinggian ruang putar dan rumah monyet.
Bumbung diatas ruang nesting diletak tinggi bagi memastikan yang terik matahari tidak berpindah ke tempat bersarang.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Gambar hiasan strong door details

 
Gambar hiasan LMB

Merujuk kepada analisa pelan bangunan yang dikepilkan bersama ini, ruang nesting dapat memberikan gredasi cahaya dari separuh terang kepada agak gelap dihujung ruang nesting, memberi pilihan kepada siwalit untuk menentukan tempatnya bersarang, sekiranya ada diletakkan dinding sekat berpintu di bawah rumah monyet.

Gambar hiasan Pelan/rajah rumah burung walit


Kawasan sekitarnya adalah belukar tetapi kawasan yang berdekatan dengan RBW telah dibersihkan menunjukkan kawasan begitu sesuai untuk walit mencari makanan serta bermain-main. Dengan LMB mengarah kekawasan belukar/sungai agaknya, dan ketinggian rumah monyet yang sederhana, memerlukan juga, yang di kawasan mengarah keLMB tidak ada ganguan dari manusia. Sebarang ganguan boleh membuat siwalet takut untuk masuk keRBW. Keadaaan rekabentuknya jika diperhatikan dari luar adalah nyaman mengundang siwalet menginap, agaknya

Kosnya, mungkin mencecah RM 40k termasuk peraatannya,kut. Anda cek lah...mana tau, boleh dapat harga yang lebih berpatutan....

Moga siwalit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Ahad, 29 Mei 2011

Sembang sembang walit Century Run(100)-Teknik Pintu LMB bertangkup

Peruntukan LMB adalah perkara yang amat mustahak didalam menentukan tahap kejayaan RBW dan perlu diadun agar ianya juga dapat mengawal masuk tempiasan cahaya luar masuk ke-ruang dalaman RBW, tidak lupa juga binatang pemangsa walit seperti pak burhan selain dapat menjadi laluan burung yang lumayan. Agaknya kalau keterlaluan menangani masalah cahaya melalui LMB, maka boleh juga terbentuk teknik pintu LMB bertangkup. Amati gambar dibawah ini, seperti pernah menggunakan teknik ini pada satu ketika dulu. Pastinya LMB ini adalah menghala kebarat iaitu kearah matahari turun dan sinar matahari boleh memasuki lubang ini.
Teknik ini akan menyukarkan siwalit masuk keRBW serta boleh menghalang gelombang suara keluar. Kedua-dua perkara ini boleh menjadi masalah kepada perkembangan burung walit digedung ini.


Gambar hiasan penangkup lubang

Gambar hiasan RBW yang sama

LMB dibawah ini juga menggunakan teknik pintu LMB bertangkup dan boleh menghadapi masalah yang dibincangkan diatas. Tekan dan Jom Layan -Harry kok blog


Gambar hiasan RBW terbabit

Biasanya penggunaan teknik ini terjadi dimana LMBnya perlu dibuat mengarah kebarat(arah matahari turun), dimana disitulah juga arah menghadap laluan burung pulang, kawasan burung berkumpul disebabkan adanya makanan, sungai dan lain2 yang menjadi tarikan siwalit. Agaknya. Harap-harap kita tidak memerlukan /terguna teknik ini yang lebih banyak mendatangkan masalah kepada perkembangan koloni walit kita dari kebaikan yang boleh ia bawa.

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita..

Sabtu, 21 Mei 2011

Sembang sembang walit 95 - Teknik dinding/terowong 'sun-shade'

Kadang-kadang situasi ditempat RBW memanggil untuk LBW menghadap kearah matahari terbenam yang juga arah burung pulang dipetang hari ataupun kearah sungai yang berdekatan. Keadaan sebegini akan menyebabkan cahaya matahari masuk secara langsung  ke dalam RBW, dimana ianya adalah 'kurang disarankan'. Tekan dan Jom Layan- komen dari blog Saif-swift

Teknik dinding/terowong  'sun-shade' ini menyerupai pembuatan terowong masuk ke LBW dimana dinding terowong masuk ini melindung cahaya dari masuk secara langsung ke RBW. Perlulah diperhatikan untuk pilihan a) dan b) yang LBW perlu diduduk ditengah-tengah dinding rumah monyet agar burung dapat terbang tanpa ganguan. Hanya dinding yang dapat melindung cahaya boleh memberi munafaat. Dibawah ini ditunjukkan 3 cara:

a) Rumah monyet berceruk(recessed monkey house)

Perlu dibina semasa pembinaan bangunan utama. Sejauh mana ceruk diperlukan boleh di kira/diuji dengan model papan lapis sebelum dipastikan dengan binaan tetap. Perlu juga yang saiz rumah monyetnya diimbangi kerana perubahan dinding yang menduduki LBW.

b) Rumah monyet berdinding lebih

Jenis dinding sunshade ini boleh dipasang mengikut keperluan menghalang cahaya memasuki secara langsung ke LBW. Ia perlu dibina agak kuat dimana, kebisingan dan kegoyangan boleh menakutkan burung keLBW.  Barang dinding yang sesuai digunakan agaknya adalah kepingan konkrit bod.



c) LBW berterowong

Kedalaman terowong LBW ini perlulah pada kadar sederhana, dan pada jangkaan saya tidak lebih dari 1.5 kaki kedalam. Oleh kerana ianya tidak dalam, bermacam bahan boleh digunakan bersesuaian dengan sesi ujian juga penggunaan tetap untuk konfigurasi pilihan. Dinding seperti ini boleh juga di lakukan juga untuk menghadang hujan dari memasuki RBW. 

Maaf, hanya khayalan sahaja..pernah terbaca di inet, tetapi tidak ada maklumat terperinci dimasa ini....
Harap dapat membantu....