My Daughter's Blog

Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 14- Pengalaman Kegunaan Hygrostat

Gambar hiasan 1

Anda perhatikan dua hygrostat yang mempunyai bacaan berbeza digambar hiasan 1(antara 63.6 dan 71.6). Walaupun perkakas seperti ini berharga beratus ringgit, kadang-kadang bacaannya tidak tepat. Bila perkara ini berlaku maka, paras kelembapan diRBW kita terganggu dari sepatutnya. Patutnya saya cuba dahulu sebelum membelinya......

Biasanya bacaan hygrostat untuk kelembapan akan berbeza 1% ke 5% walaupun diletakkan berdekatan, dan agaknya kita boleh kira ianya boleh diterima. (rujuk gambar dibawah). Untuk suhu pula, bacaannya biasanya lagi tepat untuk semua perkakas.
Gambar hiasan 2

Apa pun, kepercayaan saya mengenai bacaan kelembapan adalah pada dua perkakas dibawah ini:
Data Logger Lascar

Gambar hiasan 3

Perkakas hygrostat seperti yang ditunjukkan oleh gambar hiasan 1 dan 2 boleh mengawal untuk menghidupkan dan menutup bekalan kuasa kepada perkakas lain. Walau bagaimana pun, adalah dinasihatkan yang pembeli betul-betul memahami bagaimana perkakas ini berfungsi kerana ia mungkin tidak sesuai untuk kegunaan RBW anda. Dengarnya ia menghidupkan perkakas pada kelembapan tertentu dan menutup bekalan pada suhu tertentu....adakah anda hendak mengawal kelembapan RBW anda begitu?.

Saya telah mula menggunakan Hager timer untuk mengawal mesin humidifier saya, gitulah...lagi murah pun.

Moga walet datang berduyun-duyun keRBW kita....amin

Khamis, 9 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 106- Pengalaman Teknik Semburan Bumbung

Diperhatikan memang bayak burung walit berlegar diatas RBW diMuadzam ini: 


Juga jirannya, memang banyak burung berlegar



Mereka menggunakan teknik masing-masing untuk menebat haba dari bumbung, ditunjuk 2 keping gambar teknik yang digunakan:



Kedua-duanya seperti menggunakan kepingan logam yang tipis untuk memberi lapisan tambahan diatas atap genting(Gambar yang paling atas diantara dua kepingannya nampak mempunyai besi disekeliling)- apa teknik pun burungnya banyak yang berterbangan dan terjun keLBW terutama diwaktu hampir senja.

Suhu disirip RBW saya memang melebihi kepanasan sepatutnya diwaktu siang. Teknik semburan air ini pernah difikirin memandangkan kos air setiap bulan dan kesukaran pemasangannya, maklumlah semuanya DIY. Kerana kurangnya kawalan terhadap suhu dibilik walit walaupun telah memasang styrofoam sebagai penebat haba dan juga perubahan udara diloteng secara berkipas....berpengalaman juga saya dengan teknik semburan air dibumbung. Bahan-bahannya adalah seperti gambar berikut: 

Gambar hiasan peralatannya

Pemasangannya adalah seperti gambar dibawah ini:


Gambar hiasan pemasangan


Alahai, ciputnya kawasan liputannya..disebabkan tekanan rendah agaknya...
Satu hari nanti saya tunjukkan baik buruknya....

Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita, amin

Selasa, 7 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 105 -It's War(on Tokek III)

Jom Layan tempelan lama...

Tekan dan Jom Layan- War onTokek II

The War is still on......a new FRONT......tulisannya nanti, di hujung tempelan.

Usaha membaharui umpan dan memeriksa perangkap tetap dijalankan.
Nampaknya semua perkakas jenis perangkap(result-1 hit) dan jerat(no hit) telah tidak dapat menghasilkan 'gotcha' this time around. Untuk mengukuhkan benteng, beras beracun(utk tikus) telah diletakkan dibeberapa tempat yang strategik(kali ini beralas dan tidak bertabur diatas lantai) dimana ada + ID(pernah lintas dan lari).

Tekan dan Jom Layan- Teknik GOTCHA Ada 'Kill'

Teknik ini telah tidak mendatangkan hasil pada kali ini.

A New Front....Jom Layan


Gambar hiasan (Fried Tokek?)


Nampaknya pak tokek tetap nampak RBW sebagai tempat yang ia boleh mengembangkan sayapnya. Dengarnya ia adalah binatang yang 'territorial'-kalaulah ianya jantan, tentunya sedang 'going its round', agaknya. Yang pasti, binatang ini telah cuba masuk keRBW, melalui lubang saliran air.  RBW perlu mempunyai pertahanan dari ancaman binatang dari luar juga, nampaknya.


Sementara itu, sipungguk yang terbang malam, pun sudah tidak mahu hinggap ditempat bertenggeknya menunggu walet yang pulang lewat....Perangkap tikus yang telah sebulan 'charged' gagal mendapatkan pelanggannya...



Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Selasa, 24 Mei 2011

Sembang sembang walit 97- It's war( on Tokek siri 2)

Artikel-artikel yang pernah saya tulis mengenai tokek, sehingga saya berjaya membunuh 2 ekor tokek tersebut.

Tekan dan Jom Layan - RBW bertokek
Tekan dan Jom Layan -Tokek musuhku
Tekan dan Jom Layan- War on Tokek
Tekan dan Jom Layan -teknik basmi tokek

Setelah diimbas kembali ingatan mengenai tokek, saya rasa kehadirannya adalah kerana aktiviti diRBW itu sendiri termasuk:
a) pemasangan lampu spotlight ala lampu papan tanda untuk menarik serangga.
b) pembuatan makanan untuk menghasilkan serangga
Hati-hatilah, sekali ianya sudah masuk........fikirkanlah akibatnya.

Usaha tetap diteruskan.....WAR on tokek (diRBW gue)
Gambar hiasan


Cengkerik adalah umpan yang senang didapati dan sesuai untuk tokek. Ia boleh dibeli lebih-kurang 20 ekor setiap RM1. Buatlah sicengkerik itu berbentuk seperti serangga laron/kelkatu dibawah ini( buang kaki belakangnya je) dan umpanlah menggunakan perangkap tikus.


Gambar hiasan

Gunakan benang atau pun yang lain untuk mengikat nya di jerat itu...


atau


Namun kadang-kadang tikus juga yang terperangkap. Rupanya tikus juga jadi pemangsa diRBW aku, terus aku umpankan ikan bilis, umpan amat sempurna untuk tikus. Jaga kau.

Agaknya....
Moga burung walet datang berduyun-duyun keRBW kita..

Selasa, 8 Februari 2011

IDEA SI WALET 4- Memaksimakan penggunaan air hujan

Rajah dibawah ini menunjukkan aturan memaksimakan penggunakan air hujan di RBW. Seharusnya RBW perlulah ada sumber air hujan dan paip dari 'main supply Jabatan Bekalan Air'. Paip sumber air hujan biasanya masuk ketangki tanpa tekanan dengan paipnya diletakkan diatas tangki. Paip dari main supply dimasukkan di paras pertengahan tangki tersebut bersama dengan float. Adalah dicadangkan yang dinding tangki itu perlu diperkuatkan untuk menahan tekanan bola float yang akan tenggelam didalam air(lebih dalam dari  biasa).
 Caranya ialah dengan melekatkan sekeping plastic keras kedinding tangki dengan epoxy. Alternatif nya bola float tersebut diganti dengan bola yang lebih kecil supaya tekanan kepada dinding tersebut berkurangan. Untuk mengelakkan dari pipe inlet itu bergerak maka paip itu harus diikat kepada sebatang kayu atau lainnya.
Pemasangan overflow yang bersesuaian saiznya perlu memandang kepada sumber air hujannya. Pipe Outlet dipasang seperti biasa dibawah tangki.



Paras air apabila penuh dengan air hujan akan memenuhi tangki tersebut, dan sekiranya tiada hujan, maka paras air akan turun pada pertengahan tangki tersebut apabila digunakan. Penggunaan pada paras tangki yang lebih dari separuh(Paras B) akan menggunakan air hujan dan sekiranya selalu hujan maka RBW anda akan menggunakan air hujan sepenuh nya. Apabila paras air jatuh dari Paras B maka penggunaan air adalah seperti biasa adanya iaitu menggunakan air paip dari JBA yang perlu dibayar.
Maklum yang Paip penyambung antara tangki boleh disambung melalui outlet pipe atau separas dengannya, apabila menggunakan tangki lebih dari satu. Maklum juga yang tangki ini perlu berada ditempat yang tertinggi dibawah tempat sumber air hujan(biasanya bumbung).Agaknya.

Selasa, 1 Februari 2011

Sembang Walet Swiftlet 3-Tindakan drastik menghantui burhan

Selepas dua bulan beroperasi, rbw  telah senyap sepi dari penghuninya. Siampunya telah menganalisa data-data dari datalogger yang menunjukkan bahawa faktor kelembapan adalah kurang sempurna.  Maka siampunya pun menghabiskan masa hujung minggu untuk kotak katik kelembapan rbws. Pada petang Ahad itu, siampunya telah keluar lewat dari biasanya (kerana ada teman menemani) dan ternampak bayangan burung hantu(burhan) terbang dari tempatnya bertenggek-sebatang tiang letrik.  Kedudukan tiang letrik ini lebih kurang 30 kaki dari lubang burung walet(lbw).  Dimata burhan, kedudukannya memanglah strategik  sebagai 'base'.
Siampunya amatlah bersyukur kerana telah tahu masalah rbws nya datang dari hadirnya pak burhan dimuka pintu.
Untuk mengalih tiang letrik tentulah mahal dan mengambil masa.  Si ampunya telah memilih untuk mengalihkan lbw dari asalnya arah rbw jirannya ke arah laluan pulang burung walet / swiftlet.  Kos pengubah suai pun hanyalah upah membuka dinding rbws sahaja serta kederat mengalih tweeter. Tiang letrik tempat bertenggek siburhan pun telah nun jauh disana.  Sekarang siampunya hanya mampu berdoa....dan...
Siampunya juga telah memasang alat zapper yang mengeluarkan 15000V yang mampu mengejutkan otot2 pemegangnya. Asalnya hendak mengejutkan babi hutan yang berleluasa dikawasan kebun. Siburhan akan terperanjat besar sekiranya bertenggek di lbw.  Harapan siampunya ia tak kembali lg ke rbw nya.