My Daughter's Blog

Jumaat, 18 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 26A- LAL jenis lubang burung naga

Lubang terjun naga mula digunakan di Indonesia. Lubang terjun adalah salah satu jenis lubang antara lantai(LAL). Lubang terjun naga berciri lubang terjun bermula dari LMB terus kebawah menyambungkan semua tingkat sekali gus. Aturan seperti ini berbeza dengan LAL yang menurun seperti tangga diantara aras, atau LAL yang terletak dihujung lantai(jauh dari LBW) atau LAL yang memusing dibawah LMB.

Rajah dibawah menunjukkan aturan lubang LAL jenis lubang terjun naga.

Nama ini dipilih mungkin kerana hubungan antara LBW,LAL-LAL dan lantai mencerminkan saekor naga yang membuka mulutnya, macam semua boleh masuk.
  
Didalam mereka-bentuk LAL, beberapa perkara perlu difikirkan termasuklah:
a) Laluan penerbangan burung
b) Pencahayaan
c) Ventilasi
d) Keselamatan

Lubang terjun naga dapat memberikan laluan penerbangan yang terus dan boleh memberi peluang untuk mempercepatkan perkembangan aras bawah. Mengenai pencahayaan dan ventilasi, lubang terjun naga boleh memberikan peluang untuk dikawal pada paras yang diperlukan. Walaubagaimana pun, sekiranya RBW anda kurang dari 75kaki, pengawalan cahaya adalah agak sukar kerana perlu menggunakan banyak papan sekat, yang kalau tidak diamati elok-elok boleh memberi kesan negatif kepada peningkatan populasi burung. Pandangan sayalah, kalau RBW kita kompak, seeloknya LAL teratas itulah yang paling efisien untuk mengawal  cahaya. Hal keselamatan pengguna perlu penelitian memandangkan lubang tersebut memudahkan 'terjun bebas' kepada sipengguna.

Gambar ini menunjukkan lubang terjun naga terletak dihujung RBW. 




Gambar menunjukkan pintu ke bawah lubang terjun naga.


Gambar menunjukkan lubang terjun naga pandangan dari bawah.


Walau bagaimana pun, ada yang bercerita yang lubang jenis ini menyenangkan burung hantu meneroka seluruh RBW anda. Ade percaya? fikir-fikirkan lah.

Agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan