Telah ku cerita beberapa perkara mengenai tokek berleluasa di RBW, utamanya bila terkena batang hidung sendiri. Jom Layan
Ia adalah binatang yang kejam keatas anak-anak burung di RBW juga kepada tuan punya RBW yang menaruh penuh harapan pada kemajuan RBWnya. Ia perlu dibasmi untuk mengelakan gangguan kepada penghuni RBW serta perkembangannya. Pelbagai cara perlu dilakukan untuk membasminya.... kita fikirkanlah.
Salah satu cara yang saya dapati boleh berjaya ialah teknik basmi tokek 'gotcha'... pasal dah gotcha...hehe. Saya rasa perkara yang utama ialah perlunya lampu dibilik 'nesting' disalut dengan plastik berwarna(salut hamper) untuk memberi sedikit kegelapan yang memberi 'ilusi gelap' agar tokek tersebut tidak terganggu dari tempat persembunyiannya yang kita perangkap, apabila kita periksa tempat persembunyiannya. Teknik ini juga menggunakan kepingan siling 4' x 1' lebih kurang yang diletakkan seperti digambar dibawah ini untuk menariknya bersembunyi ditempat yang kita hendak.
Gambar hiasan
Bolehlah kepingan ini diletakkan di beberapa tempat di tepi dinding. Perlulah juga batang pemukul diletakkan dibeberapa tempat untuk kesenangan mendapatkannya. Saya gunakan paip plastik lebihan kerja pendawaian kerana ia ringan.
Untuk memujarabkan anda perlulah masuk keRBW secara senyap-senyap, hidupkan lampu, dan periksa perangkap tadi. Sekiranya anda terjumpa, bolehlah anda libasnya man to man. Jaga-jaga gigitannya yang hanya boleh terlepas sekiranya ianya direndam, agaknya.
GOTCHA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan