My Daughter's Blog

Rabu, 13 April 2011

Sembang walet swiftlets 64-Cicak dan Tokek, musuhku


Cicak dan Tokek adalah binatang yang memakan telur dan sarang walet. Tokek pernah digambarkan sedang memakan anak tikus dan sudah tentunya dapat memakan anak burung walet, seperti ini:
Jahat dia, agaknya.

Ia suka menyorok dibawah timbunan kayu atau sampah atau dicelah ruang diantara sirip dan siling membuatkan agak sukar untuk mencarinya melainkan terserempak dengannya.

Ia masuk keRBW mungkin kerana tarikan kepada serangga diRBW(kerana adanya cahaya lampu anti-pak burhan). Ada pula yang mengatakan, binatang itu boleh tertarik kepada lalat buah yang selalu dibiak oleh penternak.

Pengalaman saya mengatakan yang apabila ia sudah masuk ke RBW kita ia akan membiak dan agak sukar untuk menghindarkan atau membunuhnya. huhu.

Bangunan RBW kita kalau ia masih baru dan belum beroperasi, bolehlah di lindungi dengan pencegah yang tidak membenarkan siperangkak ini naik ke RBW kita.

a) Salah satu cara ialah memisahkan bangunan RBW dari sekitarnya dengan parit yang bertakung air . Tindakan mencegah pembiakan nyamuk pula perlulah diambil.

b) meletakkan dua talian wire yamg bercharge voltan tinggi disekeliling RBW kita. Biasanya masalah dengan pemasangan ini ialah yang talian itu 'short' diantara satu dengan lain kerana paku tempat ia bergantung terkena besi reinforcement.

c) memasang kepingan zinc atau aluminium sheeting selebar satu kaki disekeliling RBW seperti yang ditunjukkan di RBW yang gambarnya dibawah ini. Pemasangan di RBW ini adalah siap dengan pemasangan di bahagian hujung talian letrik agar tiada binatang dapat menggunakan talian letrik sebagai laluan masuk. 

Gambar hiasan-kepingan zinc didinding

d) Lubang-lubang yang tidak digunakan ditutup.

Sekiranya ianya sudah masuk ke RBW maka cara pembasmian adalah dengan diusir, diperangkap, ditangkap,  dan apa juga tindakan yang perlu kerana ianya adalah musuh penternak walet, agaknya.

Moga burung datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan