My Daughter's Blog

Sabtu, 30 April 2011

Sembang Swiftlets 75- teknik semburan bumbung

Hari ini I lalu di lubuk burung walit iaitu, muazam shah. Memang terdapat banyak RBW disini. DiPusat Bandar nya kelihatan beberapa rumah burung yang menarik walit bermain diatasnya, kebanyakkan agak bersamaran seperti rumah tersebut bukan RbW. Salah satu menarik pandangan saya ialah RBW yang bergambar dibawah, kerana banyak begitu burung bermain disitu.

Rumah burung itu bersaiz lebihkurang 50 kaki x 75 kaki. Ia adalah 2 buah kedai tetapi saya kurang pasti bahawa tingkat bawah digunakan untuk rumah burung juga. Salah satu ciri yang menarik ialah rumah burung tersebut menggunakan semburan air diatas bumbungnya yang diletakkan dibeberapa struktur besi berukuran lebihkurang 1 kaki x 24 kaki yang melintang diatas bumbung untuk meletakkan pipa dan mata semburannya. Keperluan begitu mungkin disebabkan yang bumbungnya bercerun, tentunya agak sukar untuk memasang pipa tanpa pipa nya menurun. Diperhatikan juga penggunaan kepingan metal sheet diatas bumbung memaksimakan penyejukkan dan mungkin penghalang kebocoran.



Gambar Hiasan

Teknik semburan bumbung ini adalah efektif untuk menurunkan suhu maksima dibahagian bumbung. Untuk semburan itu efektif, perlulah semburan dibuat untuk satu masa yang panjang serta kerap waktu selangnya. Mata semburan perlulah halus dan jangkaunya antara satu sama lain agak tepat, agar air tidak mengalir dengan kuat serta proses air itu menjadi wap dapat berlaku. Dengarnya RBW ini mengeluarkan lebih 5kg sekali harvest(sumber blog kawe-kawe). Salah satu ciri yang membuat RBW ini berjaya ialah suhunya yang salah satu pengawalannya adalah melalui teknik semburan ini.

Untuk mengurangkan penggunaan air bolehlah penggunaan air tersebut diguna balik. Tentunya ada air yang menjadi wap, tetapi kadarnya saya kurang pasti. Penjimatan lagi boleh dilakukan dengan menakung air hujan dengan tangki besar dan mempunyai overflow sendiri. Untuk rekaan tambahan bolehlah dimasukkan sistem bekalan air paip jba sekiranya bekalan ditangki air menurun dimusim kemarau.

Cara yang paling murah sekali ialah menggunakan kuasa graviti. Air boleh dimasukkan kedalam paip dengan membina alur masuk diparas yang tinggi, dan disalurkan ke RBW secara graviti. Cara menggunakan graviti ini sesuai sekiranya ada sungai diatas bukit bersebelahan RBW nya. Kos pembelian dan pemasangan paip adalah tinggi bergantung kepada jauhnya alur mask itu.

Air juga boleh dipam dari bumi. Kos peralatan dan mengorek mungkin akan mencecah RM3000 dan bayaran elektrik akan mencecah RM200 agaknya. Ramai yang telah berjaya menggunakan teknik semburan bumbung ini, agaknya.

Moga walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.

2 ulasan:

  1. diambil dari shout mix dari abdaf-' bh muadzam tu dapat 200K sekali tuai'. maklumat terkini

    BalasPadam
  2. tak inform pun datang muadzam......kalau tak bleh WBertam blanja teh tarik.

    BalasPadam