My Daughter's Blog

Khamis, 21 April 2011

Sembang walet swiftlets 69-Bilik Walit (keperluan adanya)

Adakah panggilan 'bilik walit' itu juga adalah VIP room? VIP room diquote oleh H.K nampaknya seperti ini:







Gambar hiasan (sumber H.K.)

VIP room dikatakan mempunyai penataan tweeter yang banyak(beratus didalam bilik VIP sahaja) seperti gambar diatas, dipasang lagu inap juga lagu panggil dan mempunyai lantai basah. Tweeter panggilnya pun menggunakan 6 tweeter serangkai (Kite formation) serta 8 tweeter serangkai (chandelier) dibanyak tempat. Juga diceritakan penggunaan aroma dan lain-lain agaknya. Saiznya pula kurang daripada 15 kaki dan terletak dipaling hujung ditingkat bawah.

Gambar hiasan 6 serangkai dan 8 serangkai
Dikatakan biasanya konsentrasi sarangnya lebih baik dari nesting lain. 

Kita panggil bilik walit je...mungkin sekiranya RBW kita jenis comel lote, keperluan menyekat cahaya membuat memang RBW kita nampak berbilik. Kalau RBW itu panjang 90 kaki, dinding partition itu menjadi sekat cahaya sahaja, biliknya yang dihujung sekali. Agaknya.

Adanya saiz minima bilik walit itu harusnya lebih besar dari 12 kaki x 12 kaki. Kalau saiznya lebih kecil, mungkin   lebih sukar untuk burung itu berputar agaknya. Takut ter'stress' waletnya, cabut terus nanti. Ciri yang mustahak adalah keperluan habitatnya perlulah seperti yang telah disarankan(kacasusu), suara inap, sarang palsu, bauan ammonia dan kegelapan yang amat. Itulah bayangan saya serta pintu masuk yang cukup lumayan luasnya dan terletak dibahagian kiri atau kanan dinding mengikut laluan penerbangan burung yang diagakkan.

Juga jangan lupa musuh- musuh nya. Pak tokek ,pak burhan(burung hantu) dan lain lain perlu dihindar. Perlu juga barang-barang illusi yang boleh membuat walet rasa lebih selamat, rasa seperti ramai teman sekoloni dll. Agaknya.

Untuk RBW saya, bilik walet itu terjadi dengan sendirinya kerana rumah 'burung layang-layang gua' walet yang pendek dan keperluan sedikit kawalan cahaya dengan pemasangan sekat belum ter pasang dengan tweeter dll.

Gambar hiasan
Fikirkanlah keperluannya......ada yang kata tempat begini lah yang walet suka menetap dan bersarang. Harap sarangnya seperti ini:
Gambar hiasan(sedut pak din blog)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan