My Daughter's Blog

Isnin, 25 April 2011

Sembang walet swiftlets 71-Jerat maut II(Kertas berperekat)

Kadang-kadang kita terpanggil untuk mencuba satu produk, macam kasus saya kertas berpelekat untuk menjerat cicak atau pun pak tokek. Setelah sebulan ianya diletakkan didinding, diperhatikan tiada cicak ataupun tokek yang terjerat, hanya serangga yang terlekat pada gam tersebut. Jerat ini nampaknya mempunyai ciri-ciri untuk menarik serangga datang dan seterusnya boleh menjerat cicak atau tokek yang tertarik kepada serangga yang berkerumun disitu. Kepingan jerat bergam ini boleh digunakan untuk menjerat cicak, ia juga mempunyai ciri tarikan kepada serangga, supaya cicak tertarik untuk mendekatinya. 

Mungkin RBW saya telah tehindar dari cicak atau tokek. Syukur, Alham....

Moga siwalet datang berduyun-duyun keRBW kita.

Gambar hiasan

Diperhatikan dikertas berperekat itu, terdapat bulu burung walet. Macam ada pergelutan disitu. Boleh diandaikan dari kurang berpengalamannya, sianak walit nampak perataan pantulan cahaya pada perekat di kertas tersebut seperti ada LBW, dan terus melanggar dinding tersebut. memang fatal.

Jerat kertas berperekat boleh digunakan untuk menjerat cicak tetapi sayangnya ja juga boleh menjadi jerat maut kepada anak walet. Beringat-ingatlah. Agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan