Gambar hiasan Ammonuim bicarbonate
Pernah satu ketika, ammonium bicarbonate telah dicemari oleh melamine dan digunakan di negeri China untuk membuat kek. Pengimpotan nya ke Malaysia telah diharamkan didalam skandal susu bermelamin pada tahun 2008. Tentunya ini disebabkan yang ianya masih boleh digunakan untuk menjadi penaik kek seperti penggunaan baking powder. Maksud penggunaan membuat kek ialah untuk kek yang agak tipis agar senang gas itu keluar dari kek dan tiada baki gas ammonia yang tertinggal di kek itu.
Di RBW kita, ammonium bicarbonate digunakan sebagai kimia untuk mengeluarkan ammonia, untuk meniru gas yang juga dikeluarkan oleh tahi burung walet. Dengan bauan ini, kita cuba memberi keadaan seperti tempat ia dilahirkan dimana telah ada banyak tahi walet yang mengeluarkan bau yang serupa. Mungkin sebetulnya bau ammonia hanyalah sebahagian dari bau ditempat asalnya dimana tahi burung itu juga berada didalam keadaan yang lembap yang mungkin memberikan bauan yang berlainan. Adanya sebahagian dari penternak walet sanggup berbelanja untuk membeli tahi walet yang 'fresh'. Ianya bukan senang dicari tanpa menggunakan teman tertentu. Apa pun, pertimbangan harus dibuat atas kesesuaian tahi tersebut yang juga boleh membawa hama dan binatang yang lain ke RBW kita.
Gambar hiasan pek ammonium bicarbonate-Woven bag with pe lining
Sekadar pendapat sahaja yang ammonium bicarbonate senang dibeli dan dipakai. Harganya untuk 25kg adalah lebihkurang RM65(grade utk cake making). Ia tidak membawa kesan sampingan dimana kita perlu mengunakan racun serangga atau lainnya untuk membunuh hama dan binatang lain, melainkan gas tersebut boleh menjadi perengsa kepada mata dan saluran pernafasan. Ketahanan penggunaan sebungkus kimia tersebut di RBW seberat 25kg boleh mencecah 3 bulan sebelum ia larut. Penggunaan biasanya ialah dengan membuka pek tersebut ditempat strategik seperti berhampiran laluan burung. Agaknya. Sekiranya perlu untuk meninggikan konsentrasi gas ammonia, bolehlah digandakan penggunaan pek ammonia tersebut. Terutamanya di RBW yang baru dan mempunyai bau lime di konkrit, penggunaan gas ammonia pada paras yang tinggi boleh membuang bau lime dari terlalu timbul dan agaknya penyelamat utama RBW baru itu selain suara.
Agaknya.
Sekiranya kurang berjaya bolehlah kita bawa balik untuk buat kek tetapi pastikan yang ianya dari gred makanan. Tentunya orang rumah akan memaksa kita membuang kimia tersebut..... Ianya juga boleh dibuat baja tetapi agak kurang efektif dibanding dengan urea.
Moga-moga walet datang berduyun-duyun ke RBW kita....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan