Alangkah bahagianya penternak burung walet yang betul berjaya sekarang, dapat panen sarang berkilo-kilo dan dapat menjual dengan harga yang begitu tinggi. Keuntungannya agak lumayankan, tetapi perlulah bertungkus-lumus mempanen sarang, kerana ianya mungkin boleh memerlukan kos yang tinggi atau pun takut orang tahu banyaknya sarang yang dipanen atau pun membahayakan diri sendiri.
Dikalangan penternak walet moden, sudah ada yang membuat troli yang boleh dikawal dari platformnya, tidaklah payah hendak naik dan turun setelah habis panen disatu tempat; seperti ini
Kalaulah RBW nya luas dan tidak bersekat dilantai dan siling, memangnya amat sesuai.
Mungkin, dimasa hadapan, berikutan dengan keperluan undang2, ada penternak walet yang akan kontrakkan kerja panen tersebut kepada mat saleh, yang akan menggunakan perlengkapan yang mempunyai piawai yang tinggi dan ciri keselamatan yang mengikut OSHA terkini. Mungkin peralatannya akan didatangkan dari UK, dan berbentuk begini:
mesin ini boleh digunakan diRBW yang mempunyai siling yang tinggi (dilubang naga) dan memakai enjin diesel
Platform seperti ini bertayar dan memerlukan saorang penolong dilantai, tetapi sesuai digunakan dikebanyakan RBW
Tangga yang mempunyai platform dan bersusur sekeliling platform untuk keselamatan pengguna
mungkin untuk panenan yang berkilo2 dan di lubang LAL dan menggunakan letrik
untuk RBW berukuran sederhana yang sesuai digunakan dikebanyakan RBW
Tentunya peralatannya sesuai untuk semua keadaan yang memerlukannya. :). Agaknya.
Peralatan apalah yang patut saya pakai?
Mungkin seadanya seperti ini:
boleh gunakan platform adapter kut(DIY)
Wahai burung walet, datanglah kamu berduyun-duyun .....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan