Pengawalan suhu di RBW adalah salah satu faktor yang menentukan kejayaan kita menarik walit untuk bersarang di RBW kita. Ia telah dibincang diblog2 juga diforum2. Pengawalan utama untuk mendapatkan julat suhu harian yang baik ialah dengan mengurangkan terik panas matahari. Cahaya terik matahari menjejaskan suhu diatas siling dan didinding RBW dengan kuatnya. Ada beberapa perhatian yang dapat mengurangkan terik(panas) cahaya matahari kepada RBW.
Sekiranya bangunan RBW itu baru hendak dibina, RBW tersebut boleh diselarikan dengan cahaya matahari waktu petang dimana pancarannya terterik, maksudnya bahagian yang pendek dikenakan cahaya tersebut dan yang panjang agak terlindung. Ini lagi baik dari bahagian yang panjang terkena pancarannya diwaktu cahayanya begitu terik. Sekiranya RBW nya empat persegi tepat maka tidak perlu mengatur mengikut cahaya petang. Apa pun, konfigurasi ini perlulah sesuai dengan arah LBW(begitu mustahak) yang boleh diatur diRBW itu. Sekiranya terik(panas) ini dapat ditahan sebelum terkena dinding RBW kita, maka dinding tersebut akan meresap kepanasan yang sedikit dan bahang yang akan dilepaskannya juga amat berkurangan.
Penjajaran ini boleh dibuat pada petang hari. Walaubagaimana pun, pengetahuan kedudukan matahari sepanjang tahun perlulah diketahui.
Pada bahagian dinding, kita boleh menggunakan pendekatan sebegini:
a)RBW Sifu kita
-Perhatikan dinding dummy (metal cladding agaknya) pada gambar i) diletakkan di bahagian dinding yang terkena terik matahari serta langkau(gambar ii) diantara dinding dummy itu dengan dinding RBW.
ii) Perhatikan langkau besar yang dapat mengurangkan perpindahan haba dengan baik.
iii) Perhatikan langkau nya dekat, tetapi mungkin kesan penurunannya perpindahan haba sudah mencukupi
iv) Penggunaan yang serupa tetapi bahanya 70% PE sheeting. Pemasangannya yang kemas.
v) Pemasangan yang kemas(PE sheeting)
vi) Sekiranya pemasangan PE sheeting 70% yang kurang kemas, apabila ditiup angin, plastik itu macam menghalau burung pula.
Ia menjadi selayun- tali rentang yang di letak kain untuk menghalau burung, agaknya.
vii)Pemasangan yang kemas dengan menggunakan bahan styrofoam pula.
Salah satu cara untuk mengurangkan julat suhu harian adalah dengan mengurangkan terik panas cahaya matahari keatas dinding RBW. Ianya boleh dibuat dengan cara diatas iaitu penggunaan metal decking, PE sheeting 70% dan styrofoam. Apabila dinding RBW tidak dibakar dengan kepanasan terik, maka ianya akan kurang mengeluarkan bahang kedalam bangunan RBW. Maka suhu maksima RBW dapat dikurangkan. Walaubagaimana pun, tentunya kontribusi suhu dari dinding adalah lebih kurang dari kepanasan dari siling untuk tingkat yang teratas RBW itu
Disambung lain kali....Moga walet datang berduyun-duyun ke RBW kita.
Agaknya.....:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan