Kegunaan cuka dari proses fermentasi telah bermula dari dahulu kala. Pada Kepekatan 100%, ia boleh menjadi pembersih, pembunuh kuman dan juga penghakis karat. Mungkin ia begitu berguna di kalangan pelayar dahulu kala. Maklum juga yang mereka juga biasa dengan minuman wine yang melalui proses serupa. Agaknya.
Cuka sekarang dibuat sebagai byproduk dari pembuatan minyak. Pada kecairan yang rendah, iaitu 4% hingga 8% ia dipanggil vinegar, satu perkataan yang datang dari perkataan bahasa Perancis yang bermakna 'wine masam'. Ianya digunakan didapur memandangkan ia boleh memberi rasa kemasaman, salah satu rasa favourite dari rasa-rasa yang biasa jadi mainan tukang masak-masam pedas dan manis. Ia juga boleh menghilangkan bau amis. Kegunaan lain bolehlah jengok-jengok blog ni:
Agaknya.
Kegunaannya diRBW dipercayai sesuai untuk pembersihan jamuran disirip. Penggunaannya difahamkan perlulah pada kepekatan yang lebih cair dari yang digunakan didapur. Pada kepekatan yang lebih cair, ia juga boleh digunakan untuk membuang bau lime dari konkrit. Walau bagaimana pun tanpa pembasuhan yang kepada semua tempat yang terbabit, asid itu akan terus beriaksi dengan konkrit, menyebab kan yang konkrit yang terkena cuka dan tidak berbasuh menjadi lemah. Kemungkinan sebahagian kecil konkritnya akan hancur menjadi debu dan apabila sudah ber reaksi dengan konkrit, ianya akan menjadi bahan lain pula dan tidak beriaksi dengan konkrit lagi.
Dipasaran produk penternakan burung walet, produk ini dipasarkan dan secara terbuka memaklumkan yang ianya adalah cuka, tetapi dengan harga yang agak mahal, kiranya beratus RM jugalah untuk pek yang lebih kurang dua litre isi padunya. Pek-pek tersebut ada memberikan cadangan cara penggunaannya. Itulah 'kot' yang mahalnya.
Tentunya secara DIY, kepekatan cuka tersebut boleh dicuba dengan yang cair dahulu dan perhatikan keberkesanannya, dan seterusnya menggunakannya mengikut pemerhatian dan pengalaman kita. Yang pasti, kita perlu membilas dengan air, untuk membersihkannya.
Jangan lah pula kita membeli cuka getah. Lainlah pula jadinya nanti.
Agaknya,moga-moga lah siwalet datang berduyun-duyun keRBW kita.
Kegunaan cuka seperti disedut dari net:
Agaknya begini, anda sendiri pastikan yang kegunaannya betul, sendiri guna sendiri tanggung ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan