My Daughter's Blog

Selasa, 1 Februari 2011

DIY IDEA 1 - Zapper untuk menangani burung hantu(burhan)

Pernah kah anda memegang kabel voltan tinggi kereta anda tika kabel tersebut tercabut dari pencucuh ...(spark plug), ketika enjin itu berjalan?
Ia akan memberi satu kejutan elektrik voltan tinggi. Otot2 akan memendek dan kita terasa tidak seronok. Biasanya ia tidak bahaya. Kalau pegang kabel tersebut seperti diatas, tanggung lah sendiri risikonya. konsep inilah boleh digunakan untuk menghindar burhan dari rbws. Walau bagaimana pun, dijangka peralatan DIY untuk peralatan ini memerlukan penyelengaraan yang tinggi.
Dijangka peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
bateri kereta
Coil kereta
Connector untuk coil HV dan LV
Switch untuk on off kejutan-pernah dikatakan yang alat motor wiper sesuai digunakan

ikut fahaman saya, kunci kepada kejayaan sistem ini ialah pada switch low  voltage, yang membolehkan ianya memberi kejutan pada sistem high voltage seperti yang diperlukan.

Sekiranya anda mengambil risiko membuat projek DIY ini anda perlulah bertanggung jawab diatas tindakan anda, gunalah orang yang biasa dengan 12V. Pihak blogger hanya sembang dan tidak bertanggung jawab sepertinya. Gunakanlah alat yang telah direkabentuk untuknya seperti gambar ini. Agaknya.

Gambar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan