My Daughter's Blog

Selasa, 1 Februari 2011

Sembang Walet Swiftlet 3-Tindakan drastik menghantui burhan

Selepas dua bulan beroperasi, rbw  telah senyap sepi dari penghuninya. Siampunya telah menganalisa data-data dari datalogger yang menunjukkan bahawa faktor kelembapan adalah kurang sempurna.  Maka siampunya pun menghabiskan masa hujung minggu untuk kotak katik kelembapan rbws. Pada petang Ahad itu, siampunya telah keluar lewat dari biasanya (kerana ada teman menemani) dan ternampak bayangan burung hantu(burhan) terbang dari tempatnya bertenggek-sebatang tiang letrik.  Kedudukan tiang letrik ini lebih kurang 30 kaki dari lubang burung walet(lbw).  Dimata burhan, kedudukannya memanglah strategik  sebagai 'base'.
Siampunya amatlah bersyukur kerana telah tahu masalah rbws nya datang dari hadirnya pak burhan dimuka pintu.
Untuk mengalih tiang letrik tentulah mahal dan mengambil masa.  Si ampunya telah memilih untuk mengalihkan lbw dari asalnya arah rbw jirannya ke arah laluan pulang burung walet / swiftlet.  Kos pengubah suai pun hanyalah upah membuka dinding rbws sahaja serta kederat mengalih tweeter. Tiang letrik tempat bertenggek siburhan pun telah nun jauh disana.  Sekarang siampunya hanya mampu berdoa....dan...
Siampunya juga telah memasang alat zapper yang mengeluarkan 15000V yang mampu mengejutkan otot2 pemegangnya. Asalnya hendak mengejutkan babi hutan yang berleluasa dikawasan kebun. Siburhan akan terperanjat besar sekiranya bertenggek di lbw.  Harapan siampunya ia tak kembali lg ke rbw nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan