My Daughter's Blog

Jumaat, 4 Februari 2011

IDEA SI WALET 2- Penggunaan 'Automatic gate' di LBW sebagai 'backup' penghadang burung hantu

'Pernahkah kau terfikir seketika' berada ditempat siwalet, apakah yang ia suka? KEAMANAN. Keamanan dari ancaman burung hantu, salah satunya. Sekiranya burung hantu dapat masuk kedalam RBW, difahamkan yang kumpulan walet-walet yang menduduki RBW akan meninggalkan RBW anda, dengarnya kesan serangan itu hanya akan pulih semula enam bulan kemudian. Agaknya. Sipemilik akan kerugian masa dimana RBWnya tidak dapat mengalu-alukan anak-anak walet semusim atau dua. RBW itu pun masih terdedah kepada ancaman yang sama. Oleh itu,ada keperluan untuk mengadakan sistem bantuan(backup) kepada sistem pencegahan burung hantu utama yang biasanya terdiri dari sistem voltan tinggi 'shock zapper'.
Satu sistem alternatif yang boleh diharapkan ialah pemasangan pintu berjeriji LBW. Jeriji tersebut terdiri dari batang2 besi yang jaraknya lebih-kurang 8 inci c/c, yang membolehkan walet masuk dan tidak melepaskan burung hantu. Besi penghadang yang berjarak itu seharusnya mempunyai garis pusat 1/2 inci supaya boleh dikesan oleh walet. Sistem ini perlu dibuka pada waktu pagi, sebelum walet keluar dan ditutup selepas kebanyakkan walet kembali. Cara pembukaan boleh menggunakan tangan atau secara 'automatic'. Sistem seperti ini telah diterangkan diblog2 tempatan dan Indonesia secara lebih terang. silalah 'surf'. Untuk yang berminat untuk DIY, maklum yang 'timer-controller' yang boleh menghantar signal sedetik pada masa yang ditetapkan ada dijual diJalan Pasar yang berharga lebih kurang RM 350.00. Ini adalah sesuai digunakan dengan 'controller' yang boleh ditutup dan buka dengan menghantar signal sedetik. Agaknya.
Dengan adanya sistem back up penghadang burung hantu ini, harap2 sipemilik tidak kehilangan masa pembiakan burung walet di RBWnya.


Tambahan komen dari Abdaf dari shout box


  • 2011-02-21 6:18 AM
     
    #

  • abdaf cegah burung hantu.. kita bole guna motion ditecter.. macam pintu auto tu.. objek lalu lampu menyala.. takcaya cuba try, harga murah rm1xx jer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan