My Daughter's Blog

Isnin, 7 Februari 2011

sembang walet swiftlets 11- Keluasan RBW yang ditahap mampu

Keluasan RBW kita seharusnya dikaitkan dengan tahap modal yang  kita rasa sesuai untuk industri yang baru kita ceburi ini. Seharusnya kita mesti mengambil kira yang RBW kita tidak akan menghasilkan pulangan pada permulaan 3-4 tahun ianya beroperasi serta kos-kos untuk penyenggelaraan semasa tersebut.
Sebagai permulaan dan secara kasar, kita boleh mengambil satu anggaran harga untuk keluasan RBW yang dianggap sesuai. Katakanlah kos masa kini yang sesuai digunakan ditempat RBW tersebut adalah RM 60.00 sekaki persegi(Kenalah pastikan harga anggaran itu bersesuaian. Kos accessori tidak termasuk disini). Katakanlah yang 2000 kaki persegi adalah keluasan yang kita harapkan, maka anggaran kos RBWnya ialah RM 120,000.00.
Sebuah RBW yang mempunyai keluasan 2000 kaki persegi, adalah mempunyai lebar 20 kaki dan panjangnya 50 kaki serta ketinggian 2 tingkat. Sekiranya ketinggian yang sesuai adalah tiga tingkat, maka lebar RBW ialah 20kaki dengan lebar 30 kaki. Sekiranya tempat RBW tersebut adalah tinggi, seperti diatas bukit dan tidak mempunyai saingan RBW lain maka tidak perlulah RBW itu meninjau sampai tiga tingkat. Mungkin RBW yang mempunyai ketinggian 2 tingkat dengan monkey house sudah mencukupi.
Rbw yang mempunyai lebar 20 kaki dan panjang 50 kaki setinggi dua tingkat akan lebih senang dikendali dan mempunyai potensi untuk menyaingi RBW yang lain.
Agaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan