My Daughter's Blog

Isnin, 7 Februari 2011

Sembang walet swiftlets 12- Industri "Downstream" Sarang burung walet

Teringat saya akan satu gambar hiasan blog "saudara pelopor blog bumiputra" yang menunjukkan kalau tak silap saorang T.S. memegang sebotol minuman nampaknya berkhasiatkan sarang burung walit ketika   lawatan saudara pelopor blog bumi itu ke expo MAHA tahun lalu. Didalam hati saya, saya bangga yang x-boss saya ni yang telah berjaya mempunyai sebuah produk didalam industri 'downstream' sarang burung walet. 'Industri walet ini bukan sekadar apa yang saya ketahui sahaja.', saya terfikir. Begitulah lebih-kurang, adanya.
Setelah RBW saya siap, saya mempunyai lebih sedikit masa untuk membuat  aktiviti lain. Ya-lah, selepas saya dah dinasihatkan supaya jangan masuk keRBW lagi untuk 3 bulan. Saya pun telah berblog untuk mengisi masa yang lapang.
Dimana patut saya mula?.. mengetahui lebih sedikit mengenai industri walet ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan