My Daughter's Blog

Ahad, 19 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 20-Sijil Perwaletan TerSangsi


Gambar hiasan(salah satu rajah dari kursus)


Sekadar bercerita yang saya pernah pergi kursus untuk penternak walet anjuran kelab sukan....... dan telah diberikan sekeping sijil. 'Impression' ketika itu, kalau ada sijil ini, bolehlah digunakan untuk permohonan lesen RBW. Rasanya, pada masa itu ramai yang berebut-rebut menghadiri kursus perwaletan kerana sijil itu adalah syarat untuk lesen RBW. Memang ada demand kursus itu. Masa saya pi kursus itu, ada lebih kurang 450 orang yang bersama menghadirinya. Bayangkan kalau saorang kena bayar RM300 (tak berapa ingat)........... Anda fikirkan...

Kemudiannya, kursus itu menyediakan penternak dengan pengetahuan mengenai penyakit burung yang selalu menjadi cerita semasa, industri sarang burung termasuk ekspot dan perlesenan dan juga hal perlesenan bangunan dibawah majlis tempatan. Ada juga dislotkan satu sessi 'courtesy' oleh saorang pegawai yang ketika itu hendak bersara mengenai pengalaman beliau membina RBW contoh jenis mudah dimiliki(murah) dan juga penerangan oleh pegawai dari Agro Bank mengenai pinjaman bank.

lanjut dari cerita diatas mengenai konten kursus, perlulah ada konten lain yang boleh memberi orang ramai pengetahuan lebih mendalam mengenai rahsia perwaletan yang boleh membantu para-penternak semoga lebih ramai penternak yang berjaya, perlulah kadar bayaran yang lebih rendah yang membolehkan lebih ramai orang menghadiri taklimat tersebut, juga keperluan yang kursus dijalankan melalui saluran yang tidak mendatangkan keraguan mengenai cara penerimaan bayaran .......satu perkara yang saya kurang selesa hingga sekarang. Maaf kepada semua sekiranya ada yang kurang tepat atau sekiranya telah diperbetulkan...


Gambar perhiasan burung yang tidak boleh dimakn sarangnya(disedut dari kursus)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan