Diperhatikan memang bayak burung walit berlegar diatas RBW diMuadzam ini:
Juga jirannya, memang banyak burung berlegar
Mereka menggunakan teknik masing-masing untuk menebat haba dari bumbung, ditunjuk 2 keping gambar teknik yang digunakan:
Kedua-duanya seperti menggunakan kepingan logam yang tipis untuk memberi lapisan tambahan diatas atap genting(Gambar yang paling atas diantara dua kepingannya nampak mempunyai besi disekeliling)- apa teknik pun burungnya banyak yang berterbangan dan terjun keLBW terutama diwaktu hampir senja.
Suhu disirip RBW saya memang melebihi kepanasan sepatutnya diwaktu siang. Teknik semburan air ini pernah difikirin memandangkan kos air setiap bulan dan kesukaran pemasangannya, maklumlah semuanya DIY. Kerana kurangnya kawalan terhadap suhu dibilik walit walaupun telah memasang styrofoam sebagai penebat haba dan juga perubahan udara diloteng secara berkipas....berpengalaman juga saya dengan teknik semburan air dibumbung. Bahan-bahannya adalah seperti gambar berikut:
Gambar hiasan peralatannya
Pemasangannya adalah seperti gambar dibawah ini:
Gambar hiasan pemasangan
Alahai, ciputnya kawasan liputannya..disebabkan tekanan rendah agaknya...
Satu hari nanti saya tunjukkan baik buruknya....
Satu hari nanti saya tunjukkan baik buruknya....
Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita, amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan