My Daughter's Blog

Memaparkan catatan dengan label kelembapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelembapan. Papar semua catatan

Ahad, 19 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 109- Antara dua (ultrasonik/taiwan)

Antara dua humidifier ini;



























Humidifier buatan taiwan

dan




Yang ini 10 mata ultrasonic humidifiier

Saya pilih humidifier buatan taiwan dengan aturan seperti gambar dibawah ini,  siap dengan top-cover dan top cover support yang dibuat dari paip air. Ini buatan orang yang tekun, agaknya.


Gambar hiasan humidifier buatan taiwan dengan DIY top cover

Perlulah juga aturan timer, hidup 15 minit dan tutup 15 minit untuk menjaga jangka-hayat mesin tersebut.

Gambar hiasan timer untuk selang seli on/off


Pilihan top-cover yang senang pakai adalah seperti dibawah ini yang boleh dibeli lebihkurang RM 50.00 sahaja.

Gambar hiasan top cover

berlawanan dengan aturan humidifier ultrasonik yang memerlukan aturan kipas serta pendawaiannya yang berjalan semasa dengan humidifiernya. Pemegang kipas perlulah lebih tetap dari pemegang styrofoam seperti dibawah ini.

Gambar hiasan pemasangan kipas sementara


Gambar hiasan DIY ultrasonic humidifier

Biasanya ultrasonic humidifier dibekalkan tanpa kotak air. Kotak air ini perlulah dibuat DIY menggunakan tong plastik bersaiz lebihkurang 6 gelen air. Ianya perlu mempunyai pasangan paip seperti tank air dimana bila paras air turun, maka tong akan terisi dengan sendiri sehingga paras floatnya. Humidifier bolehlah diletakkan atas spacer yang disesuaikan dengan ketenggalaman mata humidifier itu. Outlet pipe dan lubang masuk angin dan keluar wap melalui paip yang bersaiz lebihkurang 4 inci adalah diperlukan.

Timer selang seli on/off selama 15min(gambar diatas) amatlah perlu untuk ultrasonic humidifier berbanding dengan humidifier jenis taiwan kerana humidifier ini cepat panas. Cepat panas terus cepat rosak. Kalau sudah rosak maka kelembapan RBW akan berkurangan dari sepatutnya. Timer yang diperkatakan disini adalah timer jenis murah, boleh dibeli RM 15 satu.

Untuk mengawal kelembapan RBW bolehlah menggunakan controller yang boleh menghidupkan humidifier pada paras kelembapan yang ditetapkan dan menutup bekalan letrik pada paras yang ditentukan juga. Ada sesetengah controler ia menutup bekalan pada paras suhu yang ditentukan. Macamlah humidifier itu boleh mengawal dengan baik kesejukkan RBW melalui kewapan. Apa pun sekarang saya pakai Hager timer dan bacaan kelembapan melalui data logger.  Harganya adalah lebihkurang RM 85 sebiji.

Gambar hiasan Hegar timer 

Gambar hiasan Data Logger

Pada pendapat saya humidifier jenis taiwan adalah lebih sesuai untuk RBW sekiranya 'maintenance free' yang diperlukan. Ikut pengalaman saya ultrasonic humidifier cepat rusak, dan didalam kasus saya RBW saya adalah 300km dari rumah saya menjadikan ianya dijengok seminggu sekali paling kerap, maka saya perlu yang tanpa jagaan,agaknya. Saya kurang mengetahui keperluan siwalit, anda fikirkan kesesuaiannya

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita.

Sabtu, 11 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 14- Pengalaman Kegunaan Hygrostat

Gambar hiasan 1

Anda perhatikan dua hygrostat yang mempunyai bacaan berbeza digambar hiasan 1(antara 63.6 dan 71.6). Walaupun perkakas seperti ini berharga beratus ringgit, kadang-kadang bacaannya tidak tepat. Bila perkara ini berlaku maka, paras kelembapan diRBW kita terganggu dari sepatutnya. Patutnya saya cuba dahulu sebelum membelinya......

Biasanya bacaan hygrostat untuk kelembapan akan berbeza 1% ke 5% walaupun diletakkan berdekatan, dan agaknya kita boleh kira ianya boleh diterima. (rujuk gambar dibawah). Untuk suhu pula, bacaannya biasanya lagi tepat untuk semua perkakas.
Gambar hiasan 2

Apa pun, kepercayaan saya mengenai bacaan kelembapan adalah pada dua perkakas dibawah ini:
Data Logger Lascar

Gambar hiasan 3

Perkakas hygrostat seperti yang ditunjukkan oleh gambar hiasan 1 dan 2 boleh mengawal untuk menghidupkan dan menutup bekalan kuasa kepada perkakas lain. Walau bagaimana pun, adalah dinasihatkan yang pembeli betul-betul memahami bagaimana perkakas ini berfungsi kerana ia mungkin tidak sesuai untuk kegunaan RBW anda. Dengarnya ia menghidupkan perkakas pada kelembapan tertentu dan menutup bekalan pada suhu tertentu....adakah anda hendak mengawal kelembapan RBW anda begitu?.

Saya telah mula menggunakan Hager timer untuk mengawal mesin humidifier saya, gitulah...lagi murah pun.

Moga walet datang berduyun-duyun keRBW kita....amin

Selasa, 7 Jun 2011

Jom Layan Sembang Kosong 10- Teknik Dinding bertanaman Menjalar

Selepas melawat RBW kelolaan rakan blog dari Kota Bharu, En Wan...., beliau menunjukkan sebuah bangunan kediaman yang dindingnya berselaput tanaman menjalar yang telah matang. Agaknya, tanaman sebegini boleh melindung dinding RBW dari sinar matahari secara langsung. Apakah munafaatnya? Anda timbangkan.....
Agaknya berapa lama baru pokok selaput itu dapat meliputi keseluruhan dinding RBW kita ye? Tentunya agak lama juga atau pun sudah ada teknik sembur biji yang menyenangkan applikasi seperti ini sesuai untuk dinding bangunan juga cepat membiak.

Agaknya juga, untuk bangunan RBW yang menggunakan teknik ini, tidak memerlukan ianya di cat ....jimat juga ye.



Takutnya, binatang pemangsa boleh membiak ditempat yang sejuk ini.

Anda fikirkan kesesuaiannya..... fikirkan yang ianya juga boleh membawa kelembapan.....anda suka?

Anda boleh melihat rumah ini diPengkalan Chepa dan mungkin tuan punya sanggup memberi tips untuk tanaman menjalar ini begitu teratur dirumahnya.....

Nota lawatan: Saya hendak merakam terima kasih kepada En Wan yang sudi mengajak saya melawat RBW serta berbincang mengenai LBW ini.........saya hanyalah saorang penternak. Ada yang saya pelajari dari lawatan, perbualan dengan En Wan, serta sesi TT dengan En Din. Terima kasih. Tentunya ia(perkara dibincang) sesuai dan dapat memberi keselesaan kepada siwalit.


Khamis, 3 Februari 2011

DIY IDEA 2- Cubaan untuk 'calibrate' 'datalogger'

Peralatan datalogger (lebih kurang seperti gambar ini) memang diperlukan untuk mengawas suhu dan tahap kelembapan RBW.  Ia adalah peralatan digital yang  dapat merekod maklumat pada setiap 5 minit atau masa lain yang telah diprogramkan. Untuk mendapatkan maklumat yang disimpan, ianya perlulah disambung pada USB komputer yang juga perlu diprogramkan dengan program yang sesuai.
Walau bagaimana pun, ada peralatan lain di RBW saya yang dapat memberi maklumat yang sama cumanya maklumat ketika dibaca sahaja.  Walau pun peralatan ini ditempatkan yang berdekatan, peralatan2 ini selalu menunjukkan bacaan yang berlainan. Oleh kerana saya terbawa datalogger ini balik kerumah, saya memilihnya untuk di 'calibrate' cara DIY.
a) Anggapan - sekiranya setengah sudu air dicampurkan dengan  sesudu garam didalam sebuah karung plastik yang boleh di'seal', maka kelembapan didalamnya adalah 75% - maklumat didapati dari internet.
b) Masa- agaknya masa yang sesuai untuk cubaan ini ialah tengah hari ketika kelembapan lebih rendah dari 75%.  Kalau kelembapan sekitaran lebih 75% maka saya kurang pasti  yang garam tersebut dapat merendahkan tahap kelembapan dalam karung itu.
c) Cara - seperti didalam a) diatas. Karung tersebut perlulah di'seal' supaya udara luar tidak boleh masuk. biarkan selama 8 jam. agaknya.
d) Keputusan - setelah data logger tersebut dibaca melalui komputer., bacaan nya menunjukkan tahap kelembapan ialah 80%.
e) Tindakan- bacaan dari datalogger ini boleh ditolak 5% untuk ketepatan yang boleh diterima.
f) Kesimpulan - ketepatan datalogger keluar 5C  dari ketepatan sepatutnya. Semua bacaan ditolak 5C.

Selasa, 1 Februari 2011

Sembang Walet Swiftlet 4 - Keperluan Keadaan KACA-SUSU

Istilah KACA-SUSU datangnya dari pemendekkan perkataan berikut:

K: Kelembapan

A: Aroma

CA: Cahaya
SU: Suhu
SU: Suara 

Istilah tersebut disatukan oleh saorang konsultan dari Indonesia.  Keadaan rumah burung yang sesuai untuk diduduki oleh burung walet / swiftlets seharusnya mematuhi  ciri-ciri komponen  tersebut seperti berikut:
Kelembapan: seharusnya 80% hingga 90%
Aroma: bersusuaian dengan bau-bau rumah walet yang berpenghuni
Cahaya: ada orang kata remang2 
Suhu: 28 C-30 C
Suara:boleh dicuba kesesuaiannya.
              ciri2 diatas hanyalah 'estimate' saja
Kegagalan memenuhi kehendak komponen keadaan atau keadaan komponen rumah burungnya tidak konsisten , maka penambahan populasi burung tidak akan tumbuh seperti sepatutnya. 
Munkin kah komponen tersebut diatas hanyalah sebahagian yang burung walet swiftlet perlukan?. Telah ada istilah baru dari blogger tempatan yang menyarankan keperluan KACA-SARI-SUSU-SAPI . Apakah pula komponen didalam istilah KACA-SARI-SUSU-SAPI?