Didalam perjalanan saya dari bandar Muadzam ke Kuala Pilah, terdapat beribu ekar tanaman kelapa sawit yang dipunyai oleh badan koporat gergasi. Oleh kerana tanah-tanah disitu kurang dipunyai oleh individu, maka kurang terdapat RBW ditepi jalan raya itu. Berdekatan dengan bandar Kuala Pilah, berhampiran dengan stor JKR Kuala Pilah, sebuah RBW sedang dibina pada paras tingkat 2. Tentunya ia berkedudukan yang strategik untuk cuba menarik perhatian siwalet.
Gambar hiasan sttor JKR Kuala Pilah
Gambar hiasan RBW
RBW tersebut berdimensi lebih-kurang 20kaki lebar dengan 75 kaki panjang.
Ciri-ciri menarik diRBW ini:
a) perhatikan lubang angin 1kaki tinggi dan 2 kaki lebarnya di setiap panel dinding
b) perhatikan dinding yang diperbuat dari 2 lapis bata(lihat gambar hiasan dibawah)
Kalau diperhatikan sekeliling RBW ini kelihatan sudah dibersihkan menandakan yang ia adalah RBW yang mempunyai 2 tingkat dan menggunakan lubang masuk open roof. Kerja yang perlu dihabiskan ialah pemasangan bumbung menggunakan metal decking dan berstruktur aluminium.
Gambar hiasan 3
Ciri cavity brick wall seperti gambar hiasan 3 adalah untuk menghindar penceroboh masuk de RBW. Sipencuri akan mengambil masa yang banyak untuk memecahkan dinding tersebut dan sekiranya RBW dibekalkan alarm maka mungkin tuanpunya sempat datang keRBW dengan bantuan. Begitulah agaknya.
Saya jangka, elemen penyejukkan dari lantai (kontak dengan bumi) boleh membuat suhu dibilik bawah ini lebih sejuk dari biasa memandangkan ciri cavity brick wall ini memang kurang memindahkan haba dari dinding yang terkena pancaran mata hari. Sekiranya kurang haba memasuki ruang, maka semakin lama suhu ruang akan menurun hinggalah ianya stabil dengan suhu muka bumi. Agaknya. Apa pun ini hanya pandangan yang memerlukan lebih kajian.
Disegi ciri ventilasi secara kotak, ia adalah 'interesting' dan boleh diperhatikan implementasinya. Saya pun kurang pasti caranya. Tentunya ia memerlukan ciri keselamatan yang boleh menghindar dari kemasukkan penceroboh melalui lubang angin ini.
Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan