Gambar-gambar dibawah ini diambil ketika didalam perjalanan diantara Kuala Rompin ke Pekan yang melalui lubuk walit termasuklah pekan Nenasi. Sambil berjiran, juga menternak, dan sama-sama panen....sarang(RBW tiga serangkai digambar ini).
Gambar hiasan 0
Ia kelihatan seperti dibina seiras dengan merujuk kepada yang lain atau dibina oleh orang yang sama. Walaubagaimana pun, untuk menarik lebih banyak walit, perubahan perlu dibuat, agaknya.
Gambar hiasan 1
Gambar hiasan 2
Gambar hiasan 1 dan 2 menunjukkan sepasang RBW yang seiras, dibina bersebelahan. Walau pun berbentuk serupa tetapi LMB nya berlainan, iaitu RBW digambar yang 1 telah mengubahkan kedudukan LMB nya. Perhatikan juga kedudukan hexagon tweeter diRBW diGambar hiasan 2 berada nun di apex bumbung, jauh dari LMB, tetapi itu-lah pilihan tuannya. Apa pun, RBW itu telah disiapkan rapi sesuai untuk ditempatkan ditempat kediaman. Ianya begitu seiras dan harap harap kedua-duanya sama-sama kompetitif menarik burung walit.
DiGambar hiasan 3 pula kita kenang kembali Tekan dan Jom Layan-RBW iras MAHA yang dibina dengan kos yang minima.
Gambar hiasan 3
Apa pula persamaannya dengan RBW diGambar hiasan 4?
Gambar hiasan 4
Nampaknya ia bangunannya dibina seiras dengan RBW tadi/MAHA 2010 tetapi mempunyai perbezaan pada pembinaan bumbungnya. LMB asalnya pun nampak serupa. Kos binaan nya pun pada kadar yang sama. Ia dicat untuk mengurangkan penyerapan haba, agaknya.
Tentunya akan ada lagi RBW dibina mengikut sebuah RBW yang telah terbukti berjaya, bukan hanya sepasang ........satu nasihat yang baik untuk diikuti, kan.
Moga burung walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan