My Daughter's Blog

Ahad, 13 Februari 2011

Sembang swiftlets19-segi empat tepat sebagai formasi paling murah




Pelan rumah burung jenis segi-empat tepat dan segi empat bujur


Sembang ini sekadar menunjukkan yang RBW berpelan segi empat tepat adalah menggunakan lebih kurang barang daripada RBW yang berbentuk segi-empat bujur.
Rujuk  kepada rajah diatas, katakan kedua-dua RBW mempunyai keluasan 400 kaki persegi. RBW A mempunyai panjang 20 kaki dan lebar 20 kaki juga sedangkan RBW B mempunyai dimensi 10kaki lebar dengan 40 kaki lebar.
Sekiranya memandang dari sudut keperluan bilangan tiang dan dinding, dibawah ini ditunjukkan keperluan kedua-dua RBW:

                                                   RBW A                      RBW B                   Perbezaan
Bilangan tiang(setiap 10 kaki)        9 batang                     10 batang                 1 batang
Bilangan dinding(setiap dinding
                   10 kaki x 10 kaki)      8 keping                     10 keping                 2 keping

Perbezaan 2 keping dinding akan melibatkan 2x10x10x5 biji sekaki persegi=1000 biji bata setingkat
Perbezaan konkrit ialah lebih kurang 10 kaki 3

Didapati yang RBW B memerlukan barang yang lebih untuk mengadakan bilik yang tertutup dengan dinding dan bumbung. Bezanya akan meningkat dengan RBW yang bertingkat-tingkat. Agaknya.

3 ulasan: