My Daughter's Blog

Jumaat, 10 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 107 - Pelbagai Teknik Kawalan Haba Dari Bumbung


Pelbagai cara boleh diterapkan untuk mengawal suhu yang asal-usulnya dari sinaran matahari dibumbung. Beberapa gambar dibawah ini menerangkan sendiri teknik-teknik yang boleh digunakan. Kebanyakkan teknik ini adalah sesuai untuk RBW yang telah siap yang memerlukan perubahan untuk mengawal suhu dari sumber ini. Juga di terapkan dibawah ini teknik-teknik yang dijangka efektif untuk RBW yang sedang didalam fasa pembinaan. Ini adalah termasuk Teknik Loteng Tinggi dan Teknik Loteng Berlapis.

Teknik Bumbung Madinah
Teknik Semburan Bumbung 
 Teknik Bumbung Dua Lapis
 Teknik Bumbung Berlapik
Teknik Bumbung Dua Lapis/Madina

Juga tempelan lalu mengenai perkara yang sama


Sekiranya didalam pembinaan/sirip belum dipasang ditingkat teratas, bolehlah membuat pertimbangan untuk Teknik Loteng Berlapis atau Teknik Loteng Tinggi.
Teknik Loteng Berlapis

Teknik Loteng Tinggi

Cara-cara lain yang biasa digunakan adalah seperti cara dibawah ini:

menukar bumbung kepada jenis berlapik styrofoam seperti dibawah ini

Atau pun melapikkan styrofoam diatas bumbung seperti gambar dibawah ini,


atau meletakkan styrofoam diatas siling seperti gambar dibawah ini



atau meletakkan glass-wool diatas siling 

Anda boleh nampak ada banyak cara yang boleh menurunkan suhu tetapi janganlah menaruh harapan yang begitu tinggi kepada satu cara sahaja, hanya berharap yang ianya mencukupi.

Target kita ialah suhu disirip tidak mencecah 31C dan harap-harap ianya boleh diterima oleh siwalet.

Moga walet datang berduyun-duyun keRBW kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan