My Daughter's Blog

Memaparkan catatan dengan label cahaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cahaya. Papar semua catatan

Isnin, 13 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 18 - Penerapan Teknik Terowong

Gambar hiasan 1

Teknik Terowong untuk LBW ada dibincang disini:

Fikirkan tentang kesesuaian penerapan teknik ini didalam hal RBW ini......Gambar LBW dari dalam RBW adalah seperti gambar hiasan 2, dibawah ini. Penerapan teknik tersebut mungkin sesuai untuk RBW yang mempunyai LBW seperti ini. LBW ini mengadap kearah matahari terbit dan perlu perlindungan dari sinar matahari di pagi hari yang dapat masuk ke RBW serta kecerahan yang agak berlebihan serta bervariasi diwaktu petang. LBW ini juga adalah lebih lebar dari ketinggiannya membuat terowongnya tidak perlu terlalu panjang dan kurang mengganggu laluan penerbangan burung, agaknya. 


Gambar hiasan 2


Mudah mudahan teknik terowong ini boleh memberi cukup keselesaan dari segi penerapan cahaya didalam RBW dan lintasan terbang burung kedalam RBW ini.

Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Sabtu, 4 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 104- Teknik LBW berterowong Di Kota Bharu

Sinar matahari diwaktu petang, yang memasuki kedalam RBW perlu ditangani sekiranya ia memasuki jauh kedalam RBW, agaknya. Mungkin burung walit boleh terganggu oleh sinar itu....tuan-tuan analisalah...mungkin juga tidak  ......Saya belum mengalaminya....Namun kita boleh cuba sesuatu...

Apa kata kita kawal menggunakan teknik ini....
Tekan dan Jom Layan- Teknik LBW berterowong

Sebagai contoh saya perhatikan sebuah RBW dibandar Kota Bharu mempunyai teknik yang serupa








Gambar hiasan LBW berterowong

Penggunaan LBW berterowong ini digunakan disebuah RBW yang besar, sekurang-kurangnya 3 tingkat.....Sekiranya diamati gambar dibawah sinar matahari petang pada bulan Jun tidak pun masuk ke LBW nya, mungkin pada bulan-bulan yang lain pula teknik LBW berterowong ini diperlukan, ataupun ianya boleh digunakan untuk masalah lain?


 Gambar hiasan RBW ber LBW menggunakan teknik terowong

Apa pun Tuan penternak yang memilih, gambar dibawah dimana sinar matahari petang adalah 'no-hal'....


Tuan fikirkan lah.....

Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita....amin

Ahad, 29 Mei 2011

Sembang sembang walit Century Run(100)-Teknik Pintu LMB bertangkup

Peruntukan LMB adalah perkara yang amat mustahak didalam menentukan tahap kejayaan RBW dan perlu diadun agar ianya juga dapat mengawal masuk tempiasan cahaya luar masuk ke-ruang dalaman RBW, tidak lupa juga binatang pemangsa walit seperti pak burhan selain dapat menjadi laluan burung yang lumayan. Agaknya kalau keterlaluan menangani masalah cahaya melalui LMB, maka boleh juga terbentuk teknik pintu LMB bertangkup. Amati gambar dibawah ini, seperti pernah menggunakan teknik ini pada satu ketika dulu. Pastinya LMB ini adalah menghala kebarat iaitu kearah matahari turun dan sinar matahari boleh memasuki lubang ini.
Teknik ini akan menyukarkan siwalit masuk keRBW serta boleh menghalang gelombang suara keluar. Kedua-dua perkara ini boleh menjadi masalah kepada perkembangan burung walit digedung ini.


Gambar hiasan penangkup lubang

Gambar hiasan RBW yang sama

LMB dibawah ini juga menggunakan teknik pintu LMB bertangkup dan boleh menghadapi masalah yang dibincangkan diatas. Tekan dan Jom Layan -Harry kok blog


Gambar hiasan RBW terbabit

Biasanya penggunaan teknik ini terjadi dimana LMBnya perlu dibuat mengarah kebarat(arah matahari turun), dimana disitulah juga arah menghadap laluan burung pulang, kawasan burung berkumpul disebabkan adanya makanan, sungai dan lain2 yang menjadi tarikan siwalit. Agaknya. Harap-harap kita tidak memerlukan /terguna teknik ini yang lebih banyak mendatangkan masalah kepada perkembangan koloni walit kita dari kebaikan yang boleh ia bawa.

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita..

Sabtu, 21 Mei 2011

Sembang sembang walit 95 - Teknik dinding/terowong 'sun-shade'

Kadang-kadang situasi ditempat RBW memanggil untuk LBW menghadap kearah matahari terbenam yang juga arah burung pulang dipetang hari ataupun kearah sungai yang berdekatan. Keadaan sebegini akan menyebabkan cahaya matahari masuk secara langsung  ke dalam RBW, dimana ianya adalah 'kurang disarankan'. Tekan dan Jom Layan- komen dari blog Saif-swift

Teknik dinding/terowong  'sun-shade' ini menyerupai pembuatan terowong masuk ke LBW dimana dinding terowong masuk ini melindung cahaya dari masuk secara langsung ke RBW. Perlulah diperhatikan untuk pilihan a) dan b) yang LBW perlu diduduk ditengah-tengah dinding rumah monyet agar burung dapat terbang tanpa ganguan. Hanya dinding yang dapat melindung cahaya boleh memberi munafaat. Dibawah ini ditunjukkan 3 cara:

a) Rumah monyet berceruk(recessed monkey house)

Perlu dibina semasa pembinaan bangunan utama. Sejauh mana ceruk diperlukan boleh di kira/diuji dengan model papan lapis sebelum dipastikan dengan binaan tetap. Perlu juga yang saiz rumah monyetnya diimbangi kerana perubahan dinding yang menduduki LBW.

b) Rumah monyet berdinding lebih

Jenis dinding sunshade ini boleh dipasang mengikut keperluan menghalang cahaya memasuki secara langsung ke LBW. Ia perlu dibina agak kuat dimana, kebisingan dan kegoyangan boleh menakutkan burung keLBW.  Barang dinding yang sesuai digunakan agaknya adalah kepingan konkrit bod.



c) LBW berterowong

Kedalaman terowong LBW ini perlulah pada kadar sederhana, dan pada jangkaan saya tidak lebih dari 1.5 kaki kedalam. Oleh kerana ianya tidak dalam, bermacam bahan boleh digunakan bersesuaian dengan sesi ujian juga penggunaan tetap untuk konfigurasi pilihan. Dinding seperti ini boleh juga di lakukan juga untuk menghadang hujan dari memasuki RBW. 

Maaf, hanya khayalan sahaja..pernah terbaca di inet, tetapi tidak ada maklumat terperinci dimasa ini....
Harap dapat membantu....