My Daughter's Blog

Selasa, 14 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 17-Mari Main Lukis-Lukis

Kali ini kita main lukis lukis salah satu struktur yang begitu popular dikalangan para penternak cina yang di sedut dari blog harry.


Struktur sebegini dapat dilihat dimerata tempat tetapi didalam bentuk tiga tingkat. Bangunan RBW ini mempunyai dimensi biasa iaitu, 24 kaki lebar dan 75 kaki panjang. Ia mempunyai lubang masuk jenis 'open roof'. Disebelahnya terdapat sebuah kolam air yang boleh menjadi tarikan kepada siwalit.

Ianya memang ide yang baik.
 
Gambar hiasan dari blog Harry

Perhatikan ada dilukis bilik walit(vip room) dihujung setiap tingkat. Ia  berdimensi 17 kaki dengan 24 kaki. Ia boleh mempunyai ciri-ciri yang menjadikan tempat itu tempat pertama siwalit membuat sarang. Juga perhatikan lokasi LAL yang diletakkan dibawah laluan burung masuk ke ruang inap burung. Tangga ketingkat atas diletak di kedudukan LAL. Kedudukan bilik kawalan tidak ditunjuk dilukisan ini dan boleh diletakkan disebuah pondok disebelah RBW ini.






Gambar-gambar hiasan lukisan kita


Kawalan cahaya dipercayai adalah baik dari ruang inap yang terang kepada remang-remang agaknya dan si walit boleh memilih tempat yang bersesuaian. Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan