My Daughter's Blog

Memaparkan catatan dengan label suara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suara. Papar semua catatan

Selasa, 12 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 38-Gambar penutup speaker hex....

Hari ini cerita yang ringan sahaja, senang nak tulis
cerita sambungan dari dua tempelan yang lalu

Gambar hiasan 

Gambar hiasan diatas menunjukkan penutup tweeter yang disapu dengan coal-tar agaknya, yang tentunya boleh menebat gelombang suara........mungkin barang penggunaan kain nipis atau 75% plastic sheeting(tutup okid) untuk menutup tweeter adalah lebih sesuai, agaknya.

Khamis, 7 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 36-Teknik tweeter panggil keliling

Penggunaan hexagon tweeter untuk memanggil burung walet ke RBW adalah perkara biasa yang dilakukan oleh para penternak. Ada yang memasang dengan kuat agar ianya didengar berbatu-batu dan banyaklah pulak burung berlegar-legar diatas RBW tersebut. Baik ketidak hanya tuan punya yang mengetahuinya. Ada setengah tweeter panggil keliling ini memerlukan penutup dihadapan corongnya untuk mengelakkan drivernya terkena air. Penutup inilah biasanya yang menjadikan masalah kerana ianya sebenarnya mempunyai ciri-ciri menebat suara(. Kadang-kadang sipenternak perlu menguatkan suara pula kerana suara tweeter panggil ini sebenarnya tersumbat oleh penutup hadapan itu. Suara yang keluar dari tweeter tersebut adalah suara muffled. Disebabkan keperluan menguatkan tweeter ini, mungkin teknik suara kita jadi kurang tepat. Anda perlu berpuas hati dengan cara penutupan tweeter dicorong sebelum membeli tweeter jenis ini.

Mungkinkah ini sebabnya ada penternak yang menggunakan tweeter 'bare' sahaja seperti yang ditunjukkan dibawah ini. Walaubagaimana pun perlulah tweeter tersebut diberi perlindungan dari terbanjir(flooded) oleh air hujan dibahagian drivernya. Apakah mereka menggunakan lubang drain yang diletakkan strategik atau menggunakan tweeter yang kalis air atau kedudukan tweeter yang tepat(tidak mendongak) atau ada teknik lain lagi, perlu disharing lagi teknik nya. Anda perhatikan teknik ini digambar dibawah ini.... 

gambar hiasan 1


Gambar hiasan 2

Dengan penggunaan tweeter tanpa penutup ini suara panggil dapat dimainkan pada kekuatan yang tepat dan memberikan suara yang ori...kesukaan walet, agaknya.

Moga burung walet datang berduyun-duyun keRBW kita.


Khamis, 9 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 12- Sharing Suara Walit

Jom Layan tempelan lama blog ini Tekan dan Jom Layan- Suara Walit

Semasa blog walking terjumpa lagu walit percuma dari blog Sdr Ibnu....
TEKAN DAN JOM LAYAN-SUARA FREE
TEKAN DAN JOM LAYAN- SUARA CEK LOKASI
I sendiri tidak dapat download sepenuhnya dan tidak sempat hendak cek qualitinya, free to try downloading at ur own risk, ya
Jangan lupa layan blog tuan rumah disitu.....

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita

Rabu, 25 Mei 2011

Sembang sembang walit 98- Pelbagai Teknik Sistem Panggilan Jauh

Sistem panggilan jauh masa kini biasanya dilakukan menggunakan produk yang sudah siap seperti dua produk dibawah ini: Gambar hiasan 1 dan 2. Produk ini agaknya menggunakan sekurang-kurang 4 tweeter berjalan serentak didalam kotak besar dibelakang.
Gambar hiasan 1


Gambar hiasan 2

Gambar hiasan 3
Gambar hiasan 4

Gambar hiasan 3 & 4 adalah satu produk panggilan jarak jauh yang menggunakan satu tweeter sahaja. Kejernihan dan kekuatan diantara 3 produk panggilan jauh yang ditunjuk disini perlulah dipastikan sebelum membelinya. 

Diantara sistem panggilan jauh buatan sendiri terdapat di blog ini:




Terdapat satu lagi sistem panggilan jauh yang dihebahkan melalui surat khabar Utusan edisi Sarawak pada 22/05/11, yang gambar keratannya dikepilkan disini. Tulisan itu adalah dibuat oleh Zul Design Autotronik, JOM LAYAN...







Teknik yang serupa juga diwar-warkan oleh blog walit-twin, JOM LAYAN disini

Tekan dan Jom Layan-Blog DIY-Centre long range caller(lihat komen diantara kedua-dua sifu-sifu dipetak komentar)

I pakai jenis yang buat sendiri untuk masa ini......elok atau tidak? kurang pasti tetapi saya cuba juga.
Anda fikir-fikirkan.....pilihan yang terbuka.

Moga burung walet datang berduyun-duyun keRBW kita....

Isnin, 23 Mei 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 7- Suara Walit

Kita fikirkan apakah peranan dan apa kita boleh buat mengenai suara didalam kejayaan penternakan burung walit? tentunya mustahak, sama juga dengan kedudukan(tempat dan masa), dan persiapan RBW untuk menerima penghuninya, agaknya. Jom Kita Sembang....

Ramai juga yang sanggup berbelanja ratusan ribu untuk RBW tetapi agak '..kut' untuk terus membeli suara yang terbagus yang juga perlu ditukar apabila sudah kurang efektif lagi. Apakah pilihannya?

Agaknya, suara sample yang diberikan oleh penjual adalah bahagian yang terpanas didalam lagu tersebut untuk membuktikan yang lagunya bagus. Sekiranya sample tersebut diulang dan disambung menggunakan program edit lagu juga disambung dengan sample-sample dari penjual lain, maka siaplah satu lagu editan sendiri. Jikalau bernasib baik, lagu tersebut boleh lebih efektif memanggil burung dari yang anda beli, agaknya.

Lagi,
'Download swiftlet sound'-begitulah agaknya kalau menggunakan carian google atau yahoo

Tekan dan Jom Layan -Suara Walit

Tekan dan Jom Layan -Pak Haryanto

Agaknya lagu-lagu tersebut diatas boleh diedit secara live - melihat reaksi walit, diambil yang elok, jernih dan disimpan yang lain, untuk membentuk sebuah lagu. Walaupun cara  ini agak berkurangan kerana respon walit juga bergantung kepada banyak perkara lain seperti kualiti tweeter, kondisi RBW dan macam-macam lagi agaknya, apapun perlu berusahakan....

Boleh juga diusahakan merekod suara burung diRBW yang telah padat, agaknya. Nak cari dimana RBW sebegitu?

Untuk kualiti yang setanding dengan lagu yang kita ada,  bolehlah diusahakan pertukaran lagu. Seeloknya dibuat dengan tuan punya yang RBW nya berjauhan dengan RBW kita. Pertukaran eloknya dibuat secara semuka, dan suka sama suka. Pertukaran secara email biasa juga dibuat diforum-forum. Pertukaran lagu yang dibuat secara peribadi ini, rasanya tidak melanggar apa-apa etika kut. Mari kita nego....jeng jeng jeng

Ataupun beli sahaja yang sepertinya dari sini;

maaf, beli yang ori lg elok kot

Masalahnya walit sering jemu sesuatu lagu itu selepas beberapa bulan......tukar lagi...kena bernetworklah

Usahakanlah, moga burung walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Selasa, 1 Februari 2011

Sembang Walet Swiftlet 2 -Alat untuk penjejak walet / swiftlet

Industri penternalan walet / swiftlet nampaknya akan berkembang dengan peningkatan bilangan orang Negeri China yang mampu menggunakan ubat tradisional ini. Diharapkan harga sarang walet / swiftlet akan tetap pada paras yang memberangsangkan untuk industri ini terus  berkembang.
Dizaman musim main walet / swiftlet ini, peralatan yang perlu tersedia didalam kereta ialah peralatan sistem pemanggil walet / swiftlet.  Ia terdiri dari sebuah amplifier dengan kuasa lebh kurang 30 W, sepasang tweeter jenis horn dan power converter DC 12 V kepada AC 240V. Walau bagaimana pun, amplifier yang dijual sekarang sudah menyediakan 'power supply' yang menggunakan DC 12V.  Bolehlah kita sambung terus kepada bateri kereta.  Diperlukan juga suara stress walet / swiftlet dirakam didalam bentuk SD, yang sesuai dengan amplifier itu.
Sekiranya didalam perjalanan anda, ada anda menemui kumpulan walet / swiftlet  sedang meluncur gembira, anda boleh mainkan lagu stress tersebut untuk mengeetahui reaksi walet / swiftlet.  saya cadangkan agar 'testing' untuk kesusuaian walet ni dibuat dikawasanyang tidak mempunyai rbw, takut kawasan tersebut adalah kawasan jenoh......dimana bilangan walet / swiftlet tidak boleh berkembang pesat kerana kekurangan makanan.