My Daughter's Blog

Rabu, 15 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 108 - Makluman AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010

Tempelan terkini mengenai dengan cara memperlakukan hidupan liar...........
Tekan dan Jom Layan blog Pak Din

Rujukan Akta dari website http://www.wildlife.gov.my

Salinan akta ada dibawah ini............
Tekan dan Jom Layan Salinan akta

Saya tengok sinarai hidupan menangkumi hampir semua hidupan, nak kena study pulak kalau nak tau yang tidak tersinarai....lembu, kambing..ayam...

apa pun ada clausa tika melindungi haiwan ternakan ......tafsir lah


'Menangkap atau membunuh hidupan liar untuk melindungi
tanaman
54. (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, jika manamana
hidupan liar menyebabkan, atau terdapat sebab untuk
mempercayai bahawa ia akan menyebabkan, kerosakan yang serius
kepada tanam-tanaman, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok kayu
yang sedang membesar, ayam ternakan atau haiwan ternakan dalam
milikan seseorang pemunya atau penduduk tanah, pemunya atau
penduduk itu atau mana-mana pekerja pemunya atau penduduk
itu atau mana-mana pegawai boleh menangkap atau membunuh
hidupan liar itu selepas terlebih dahulu menggunakan usaha yang
munasabah untuk menakutkan hidupan liar itu supaya ia lari dan
gagal untuk berbuat demikian.
(2) Jika mana-mana hidupan liar telah menyebabkan kerosakan
yang serius di bawah subseksyen (1) tetapi telah berhenti berbuat
demikian, hidupan liar itu tidak boleh ditangkap atau dibunuh.
(3) Pemunya atau penduduk tanah hendaklah, tanpa kelengahan
yang tidak perlu, melaporkan kepada mana-mana pegawai butir-butir
mengenai kejadian itu, termasuk spesies hidupan liar, kerosakan
dan senjata yang digunakan (jika ada) dan sama ada hidupan liar
itu ditangkap atau dibunuh.
(4) Mana-mana pemunya atau penduduk tanah atau pekerja
pemunya atau penduduk tanah yang melanggar seksyen ini
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(5) Mana-mana hidupan liar yang ditangkap atau dibunuh di
bawah seksyen ini hendaklah menjadi harta Negeri dan hendaklah
tanpa kelengahan diserahkan kepada seorang pegawai.'

apa saya betul pak?....kurang tahu sebenarnya...

1 ulasan:

  1. betul tu shariff..pak din tak baca habis tu..tetapi sedikit sebanyak untuk panduan..semalam baru lapurkan gangguan pada perhilitan ttg burung hantu masuk rumah..tadi dah sampai pegawainya..insha Allah kut depa dapat membantu..kalau tak kita bolehlah ambil tindakan spt di atas.. kalau ikut cara kerja skg pegawai perhilitan kena buat tindakan dlm tempoh tak lebih dari 3 hari..

    BalasPadam