My Daughter's Blog

Jumaat, 3 Jun 2011

Sembang Sembang walit 103-RBW Kayu bertiang tinggi


Para penternak burung walit yang melabur dikawasan antara pekan Kuala Rompin dan pekan Pekan, memang memasuki bidang ini dengan besar-besaran, bermodal tidak kurang dari RM 1 juta, agaknya. Mungkin pembelian tanah pada ketika itu tidak memerlukan jumlah yang banyak, tetapi binaan bangunannya dan penyiapan peralatan dan kelengkapan didalamnya tentunya memerlukan wang sejumlah itu. Dibawah ini diantara dua gambar bangunan yang sempat saya ambil yang menunjukkan saiz lebih kurang 40 kaki x 100 kaki.


Gambar hiasan(saiz 40'x100')

Gambar hiasan RBW didalam phasa pembinaan(saiz 40'x100')

Reka bentuk RBWnya banyak yang serupa yang menunjukkan ianya samaada direka bentuk oleh konsultan yang sama atau dibina oleh kontrektor yag sama. Tentunya rekabentuk pilihan itu berasaskan kepada satu rekabentuk RBW pioneer yang berjaya didaerah itu. Rata-rata bahan binaan yang digunakan ialah struktur konkrit berdindingkan bata. Ini adalah cara binaan yang boleh bertahan zaman agaknya.

Gambar hiasan(RBW berrekabentuk serupa)

Walaubagaimana pun, ada juga penternak yang menggunakan pelaburan yang kecil serta pendekatan yang berbeza. Gambar dibawah menunjukkan RBW 'kayu bertiang tinggi' dan sekitarannya yang begitu sesuai untuk burung walit.


Gambar hiasan

Pada anggaran saya saiz nya adalah 20kaki x 30 kaki, ber LBW lubang tepi yang kedudukannya dipuncak bumbung(tempat tertinggi).  Lubang LBW nya dianggarkan lebih 20kaki tingginya dari paras tanah. Rekabentuk tiangnya juga menunjukkan yang pereka bentuknya menitikberatkan yang ketinggian itu adalah perkara yang mustahak didalam penentuan kejayaan penternakan burung.

Diagak, pada satu ketika dahulu yang bangunan ini menghadapi masalah kepanasan memandangkan yang dinding nya bercatkan putih ataupun cara pereka-bentuk bangunan ini memberi ketahanan kepada dinding plywood. Tekan dan Jom Layan-teknik cat putih pantul haba. Kedudukan LBWnya juga tidak memberi ruang diantara bumbung dan sirip, dimana cara ini memerlukan reka-bentuk penebat haba yang istimewa. Mungkin ruang yang rapat kebumbung ini adalah hanya untuk ruang 'roving sahaja' dan ruang 'nesting' nya adalah diparas ketinggian dinding sahaja, dimana ianya bersesuaian dengan reka-bentuk ruang nesting.


Gambar hiasan(tiang kayu)

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Bahan binaan yang digunakan, tidak dapat dipastikan kerana kedudukannya jauh dari jalan. Agaknya ia menggunakan dinding plywood yang memerlukan ianya dicat dipermukaan luar untuk ketahanan. Dibahagian dalam bolehlah cuba menggunakan kepinggan siling sebagai dinding dalam, yang dapat memberi lebih ketahanan kepada air, agaknya.  Lantainya mungkin menggunakan bahan serupa, yang memerlukan lapisan kanvas untuk ketahanan atau Tekan dan Jom Layan- Antara dua Lantai

Apalah pulak isu anai-anai yang kena difikirkan ni....Anda fikirkan dan Tekan dan Jom Layan-kolono anai2 musuh atau kawan

Mudah-mudahan walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan