My Daughter's Blog

Memaparkan catatan dengan label selingan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selingan. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 42- Naz@uptown

Wak suka juga makan masakan jenis 'portugis' ikan pari diUptown Damansara. Dalam berpeluh-peluh menikmati kepedasan lauk tersebut, kadang-kadang ada penyanyi datang tanpa jemputan, membuat persembahan untuk a 'coin or two'. Persembahan Nazri nih ok juga. enjoy..:)

http://www.youtube.com/watch?v=yLvtS0SolG8

Jumaat, 15 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 41- Train ride in Paris

kena ada line internet laju baru boleh layan.....
Tekan dan Jom Layan- Disneyland fun
Maaf, sekiranya terkasar bahasa...:)

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 40-GECKO CRAZE(REPLAY)

Cerita tokek ini pernah dicerita disini...
Diceritakan yang pak tokek ini suka bercanda sebelum memburu diwaktu senja. Kalau ianya bercanda didalam RBW maka, mungkin walet yang menginap diRBW kita menjadi kecut perut mendengar suara tokek yang sahut menyahut itu..... agaknya. Kabur ke tidak, atas waletnya juga....

Anda layan keratan dari akhbar the Star hari itu....pencarian terkini(bukan di i-net ya).......tokek, lokasi dimerata belentara, juga ke selatan Philipines. Manalah tak kena culik, hehe.


Rabu, 13 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 39- RBW sepanjang perjalanan ke Lekir

Kita pernah mendengar yang penternakan walet diSemenanjung bermula diKampong Koh, Setiawan lebih kurang 30 tahun dahulu. Dengarnya dimulakan oleh pengusaha dari negera seberang. Tidak begitu lama kemudian, penduduk pekan Setiawan bermula perkara yang sama sehingga pada masa ini, telah banyak RBW telah 'mature' ditempat ini yang hanya menunggu habuan masing-masing dimusim panen. 

Gambar hiasan (Signboard Kg. Koh)

Bagi saya pada hari itu, bernasib baik bermula dengan tersesat keKg Koh oleh routing GPS(dapat melalui tempat bermulanya penternakan burung walet), dan diakhiri dengan dapat menyewa rumah dipekan Seri Manjung, yang sedang mempunyai dua mega projek dikawasannya, iaitu tujuan asal perjalanan pada hari itu. Seronoknya dapat sewa rumah pada kadar yang kompetitif dek 'connection sama-sama orang kelate'. Seri Manjung, here I come, agaknya....

Didalam perjalanan ini, saya dapat mengambil beberapa gambar RBW........

Gambar hiasan......kemas

Gambar hiasan ....LMB bersaiz gede-gede

Gambar hiasan .....RBW rumah kedai

Gambar hiasan

Gambar hiasan....perhatikan ciri bumbung berpagar duri

Gambar hiasan....RBW sama dengan diatas(rumah ketiga tentunya berproduksi tinggi)

Gambar hiasan
Gambar hiasan.. barrak dog house?

RBW sebelah menyebelah


Gambar hiasan... trend masa kini (RBW ditukar dari rumah kedai)


Gambar hiasan RBW(3 tkt) dan hotel(2 tkt)

Saya perhatikan, yang pekan Gerik, Perak juga sedang menghadapi fenomena yang sama seperti tempat ini suatu masa dahulu, iaitu pembeli membeli setiap rumah kedai yang dibina untuk ditukar menjadi RBW dan juga tanah pertanian dijual mahal dan dibina RBW yang gede-gede.........begitulah semangatnya sehingga rumah kedai yang bukan menghadap kejalan utama dibuat dengan reka bentuk   minima sesuai untuk rumah burung dan lebih menyerupai sebuah kilang. Ade ke burungnya?, tentunya ramai yang akan terkial-kial...........Hentikanlah petaka ini/Jauhi lah petaka ini dari diri kita ....amin.

Rabu, 6 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 35-Jom layan teknik binaan RBW diKelantan

Semasa lawatan kami sekeluarga keKelantan yang lepas, kami membuat beberapa aktiviti berunsurkan kekeluargaan termasuklah menghadiri kenduri kahwin diMelor. Jom layan hidangannya....



Gambar-gambar hiasan kenduri kahwin

termasuk juga merisik .... untuk anak diPekan Pasir,


Tidak lupa juga tengok-tengok teknik pembuatan RBW disini. Kan perwaletan disini sudah pada tahap pro....


 Gambar hiasan RBW besar berdekatan Jeli
 RBW kepunyaan syarikat konsultan perwaletan AVM agaknya(sample RBW kut)

RBW teknik terowong dan teknik multi-entrance agaknya

RBW dengan monkey house yang lumayan luasnya

 RBW yang asalnya rumah kediaman dengan monkey house 
RBW dengan 'barak dog'(monkey house kecik)

Teknik multi-entrance, biasanya dua LMB sahaja, boleh dapat membuat sebahagian anak-anak burung walet yang keluar mencari RBW baru untuk diduduki kembali balik keRBW tuan yang asal, tetapi diRBW berlainan. Tekniknya belum tercapai, apa pun kalau RBW disatu kawasan itu kepunyaan satu orang, tentunya kebanyakkan anak-anak burung akan kembali bersarang disalah satu RBW tuan itu. Saya rasa RBW dibawah ini mempunyai dua entrance(LMB) anda perhatikan,

Agaknya....

Moga walet datang berduyun-duyun keRBW kita.

Isnin, 4 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 33- RBW DiKuala Pilah Cantik

Gambar hiasan 1

Berdekatan dengan masjid Kampung Parit, Kuala Pilah telah dibina sebuah RBW yang agak besar bersaiz lebih kurang 24 kaki x 75 kaki, agaknya, dicat dengan warna kelabu dan dengan ciri rekabentuk yang simple. Jom Layan....


Gaambar hiasan 2

Kita perhatikan yang RBW ini adalah didalam kawasan perumahan tradisi melayu. Siapakah tuan punya gedung ini? Mungkin dipunyai oleh anak tuan rumah ini yang bekerja dikota..... kan Kuala Pilah ni biasa didengar mengekspot pegawai2, jurutera2 dan ahli korporat....,agaknya. Oleh kerana kedudukan nya diperkampungan melayu dan pekan Kuala Pilah tidak ternampak mempunyai RBW yang gede-gede, RBW ini adalah pioneer. Mudah-mudahan cepat perkembangan walitnya.

Gambar hiasan 3

RBW ini sukar diketahui cara pembinaannya memandangkan binaannya yang rapi dan kemas. Daripada rekabentuk bumbungnya, RBW ini berlantaikan papan tetapi RBW berlantaikan konkrit pun boleh berbumbung begitu. Lubang masuk burung dijangka jenis lubang tepi didinding. Bilik kontrol dibuat diluar bangunan rumah burung berbumbung rata dengan konkrit untuk memberi kekuatan seperti dinding bangunannya.

Adalah pasti yang burung mengenal warna pada tahap lebih baik dari manusia, dan mungkin dengan mengecat RBW dengan warna yang jarang ada dikawasan itu boleh memudahkan walet mengenal rumahnya dan juga mudah tertarik kepadanya. Siapa yang cuba, dia sahajalah yang mengetahui baik buruknya.

Sementara itu diJuasseh, pernah dicerita pembinaan RBW Jom Layan - RBW di Juasseh. Status nya masih work in progress. Pembinaan monkey house telah bermula....... perhatikan pembinaan column dan juga tingginya pokok-pokok disekeliling bangunan itu.
Gambar hiasan 4

Gambar hiasan 5

Anda fikirkan pilihan tuan punya RBW ini.....

Moga burung walit datang berduyun-duyun keRBW kita.

Jumaat, 1 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 31- RBW Berasal dari Rumah Kediaman

Gambar-gambar dibawah ini diambil didalam perjalanan saya diantara Kuala Rompin ke Pekan, Pahang. Sebenarnya, dikawasan itu memang terdapat begitu banyak RBW, saya hanya ambil gambar RBW yang saya rasa ada jalan cerita sahaja. Kalau yang besar-besar, memanglah banyak. Ditunjuk diGambar hiasan 1, macamnya sebuah komplek swiftlet park, tetapi tiada pula signboard yang mengatakan ianya begitu. Apa pun RBWnya dibina dari asas untuk sebuah rumah burung. Seronoknya digambar ini, beberapa RBW mempunyai rekabentuk yang sama, mungkin ada perbezaan dari segi bilangan tingkatnya. Gede-gede belaka..... 

Gambar hiasan 1

Manakala tiga gambar dibawah( Gambar hiasan 2,3 dan 4) adalah gambar dua buah rumah burung yang diubahsuai dari rumah kediaman. Gambar 2 dan 3 adalah sebuah RBW setinggi 2 tingkat yang agak terselindung dari pandangan kerana kawasan sekelilingnya semak. LMBnya adalah jenis pintu tepi dengan atapnya ditinggikan, agaknya.
 Gambar hiasan 2

Gambar hiasan 3
Sementara Gambar hiasan 4 adalah sebuah RBW dua tingkat, agaknya, yang diubahsuai dari rumah kediaman setingkat. Saiznya adalah lebihkurang 40kaki x 80 kaki, agaknya. Apabila siap nanti, mungkin agak sukar untuk mengenali asal-usul RBW ini.
Gambar hiasan 4

Mereka sanggup menukar kegunaan rumah yang berkemungkinan rumah asal keluarga mereka kepada sebuah rumah burung, sesuatu perkara yang telah boleh diterima oleh masyarakat masa ini, baik kaum melayu atau cina. Barangkali gambar hiasan 3 adalah RBW kepunyaan saorang bumiputra dan RBW diGambar hiasan 4 adalah kepunyaan sesaorang yang bukan bumiputra, agaknya.

Kita fikirkan apakah kita juga akan berbuat demikian...........

Rabu, 29 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 30- RBW dibina nampak seiras

Gambar-gambar dibawah ini diambil ketika didalam perjalanan diantara Kuala Rompin ke Pekan yang melalui lubuk walit termasuklah pekan Nenasi. Sambil berjiran, juga menternak, dan sama-sama panen....sarang(RBW tiga serangkai digambar ini).
Gambar hiasan 0

Ia kelihatan seperti dibina seiras dengan merujuk kepada yang lain atau dibina oleh orang yang sama. Walaubagaimana pun, untuk menarik lebih banyak walit, perubahan perlu dibuat, agaknya.


Gambar hiasan 1

Gambar hiasan 2

Gambar hiasan 1 dan 2 menunjukkan sepasang RBW yang seiras, dibina bersebelahan. Walau pun berbentuk serupa tetapi LMB nya berlainan, iaitu RBW digambar yang 1 telah mengubahkan kedudukan LMB nya. Perhatikan juga kedudukan hexagon tweeter diRBW diGambar hiasan 2 berada nun di apex bumbung, jauh dari LMB, tetapi itu-lah pilihan tuannya. Apa pun, RBW itu telah disiapkan rapi sesuai untuk ditempatkan ditempat kediaman. Ianya begitu seiras dan harap harap kedua-duanya sama-sama kompetitif menarik burung walit.

DiGambar hiasan 3 pula kita kenang kembali   Tekan dan Jom Layan-RBW iras MAHA yang dibina dengan kos yang minima.
Gambar hiasan 3

Apa pula persamaannya dengan RBW diGambar hiasan 4?

Gambar hiasan 4

Nampaknya ia bangunannya dibina seiras dengan RBW tadi/MAHA 2010 tetapi mempunyai perbezaan pada pembinaan bumbungnya. LMB asalnya pun nampak serupa. Kos binaan nya pun pada kadar yang sama. Ia dicat untuk mengurangkan penyerapan haba, agaknya. 

Tentunya akan ada lagi RBW dibina mengikut sebuah RBW yang telah terbukti berjaya, bukan hanya sepasang ........satu nasihat yang baik untuk diikuti, kan.

Moga burung walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Selasa, 28 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 27 - Kari Kepala Ikan Ringlet

Sekadar sharing sebuah tempat untuk melapik perut kalaulah kita didalam perjalanan melalui pekan Ringlet, sebuah pekan yang kedudukan nya adalah 50km dari Tapah atau lebihkurang 15 km dari Tanah Rata didalam perjalanan antara Ipoh ke Cameron Highland. Gambar kedai nya sebagai gambar hiasan pertama, tepi jalan utama, sebelah kanan dari Ipoh keTanah Rata.

 Gambar Hiasan

 Speciality dikedai ini ialah kari kepala ikan, yang boleh di oder masak sekiranya kelewatan dan ada bekalan ikan lagi ataupun yang sudah disediakan pada waktu tengah-hari. Gambar karinya adalah dibawah ini....

Gambar hiasan

Ayam goreng dikedai ini juga menjadi kesukaan ramai........

Maaf jika tidak bersesuaian dengan selera anda........

Isnin, 20 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 21- PembinaanRBW DiKuala Pilah

Didalam perjalanan saya dari bandar Muadzam ke Kuala Pilah, terdapat beribu ekar tanaman kelapa sawit yang dipunyai oleh badan koporat gergasi. Oleh kerana tanah-tanah disitu kurang dipunyai oleh individu, maka kurang terdapat RBW ditepi jalan raya itu. Berdekatan dengan bandar Kuala Pilah, berhampiran dengan stor JKR Kuala Pilah, sebuah RBW sedang dibina pada paras tingkat 2. Tentunya ia berkedudukan yang strategik untuk cuba menarik perhatian siwalet.



Gambar hiasan sttor JKR Kuala Pilah 
  

Gambar hiasan RBW

RBW tersebut berdimensi lebih-kurang 20kaki lebar dengan 75 kaki panjang.

Ciri-ciri menarik diRBW ini:
a) perhatikan lubang angin 1kaki tinggi dan 2 kaki lebarnya di setiap panel dinding
b) perhatikan dinding yang diperbuat dari 2 lapis bata(lihat gambar hiasan dibawah)  

Kalau diperhatikan sekeliling RBW ini kelihatan sudah dibersihkan menandakan yang ia adalah RBW yang mempunyai 2 tingkat dan menggunakan lubang masuk open roof. Kerja yang perlu dihabiskan ialah pemasangan bumbung menggunakan metal decking dan berstruktur aluminium. 

Gambar hiasan 3

Ciri cavity brick wall seperti gambar hiasan 3 adalah untuk menghindar penceroboh masuk de RBW. Sipencuri akan mengambil masa yang banyak untuk  memecahkan dinding tersebut dan sekiranya RBW dibekalkan alarm maka mungkin tuanpunya sempat datang keRBW dengan bantuan. Begitulah agaknya. 

Saya jangka, elemen penyejukkan dari lantai (kontak dengan bumi) boleh membuat suhu dibilik  bawah ini lebih sejuk dari biasa memandangkan ciri cavity brick wall ini memang kurang memindahkan haba dari dinding yang terkena pancaran mata hari. Sekiranya kurang haba memasuki ruang, maka semakin lama suhu ruang akan menurun hinggalah ianya stabil dengan suhu muka bumi. Agaknya. Apa pun ini hanya pandangan yang memerlukan lebih kajian.

Disegi ciri ventilasi secara kotak, ia adalah 'interesting' dan boleh diperhatikan implementasinya. Saya pun kurang pasti caranya. Tentunya ia memerlukan ciri keselamatan yang boleh menghindar dari kemasukkan penceroboh melalui lubang angin ini.

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita.

Ahad, 19 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 20-Sijil Perwaletan TerSangsi


Gambar hiasan(salah satu rajah dari kursus)


Sekadar bercerita yang saya pernah pergi kursus untuk penternak walet anjuran kelab sukan....... dan telah diberikan sekeping sijil. 'Impression' ketika itu, kalau ada sijil ini, bolehlah digunakan untuk permohonan lesen RBW. Rasanya, pada masa itu ramai yang berebut-rebut menghadiri kursus perwaletan kerana sijil itu adalah syarat untuk lesen RBW. Memang ada demand kursus itu. Masa saya pi kursus itu, ada lebih kurang 450 orang yang bersama menghadirinya. Bayangkan kalau saorang kena bayar RM300 (tak berapa ingat)........... Anda fikirkan...

Kemudiannya, kursus itu menyediakan penternak dengan pengetahuan mengenai penyakit burung yang selalu menjadi cerita semasa, industri sarang burung termasuk ekspot dan perlesenan dan juga hal perlesenan bangunan dibawah majlis tempatan. Ada juga dislotkan satu sessi 'courtesy' oleh saorang pegawai yang ketika itu hendak bersara mengenai pengalaman beliau membina RBW contoh jenis mudah dimiliki(murah) dan juga penerangan oleh pegawai dari Agro Bank mengenai pinjaman bank.

lanjut dari cerita diatas mengenai konten kursus, perlulah ada konten lain yang boleh memberi orang ramai pengetahuan lebih mendalam mengenai rahsia perwaletan yang boleh membantu para-penternak semoga lebih ramai penternak yang berjaya, perlulah kadar bayaran yang lebih rendah yang membolehkan lebih ramai orang menghadiri taklimat tersebut, juga keperluan yang kursus dijalankan melalui saluran yang tidak mendatangkan keraguan mengenai cara penerimaan bayaran .......satu perkara yang saya kurang selesa hingga sekarang. Maaf kepada semua sekiranya ada yang kurang tepat atau sekiranya telah diperbetulkan...


Gambar perhiasan burung yang tidak boleh dimakn sarangnya(disedut dari kursus)

Ahad, 12 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 15- How to Stay Young

Something worth to share ……. 



HOW TO STAY YOUNG

1. Throw out nonessential numbers. This includes age, weight and height. Let the doctors worry about them. That is why you pay 'them'

2. Keep only cheerful friends. The grouches pull you down.

3. Keep learning. Learn more about the computer, crafts, gardening, whatever. Never let the brain idle. 'An idle mind is the devil's workshop.' And the devil's name is Alzheimer's.

4. Enjoy the simple things.

5. Laugh often, long and loud. Laugh until you gasp for breath.

6. The tears happen. Endure, grieve, and move on. The only person, who is with us our entire life, is ourselves. Be ALIVE while you are alive.

7. Surround yourself with what you love , whether it's family, pets, keepsakes, music, plants, hobbies, whatever. Your home is your refuge.

8. Cherish your health: If it is good, preserve it. If it is unstable, improve it. If it is beyond what you can improve, get help.

9. Don't take guilt trips. Take a trip to the mall, even to the next county; to a foreign country but NOT to where the guilt is.

10. Tell the people you love that you love them, at every opportunity.

AND ALWAYS REMEMBER :
Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.


Worry about nothing, pray about everything!!!

Moga walet datang berduyun-duyun keRBW kita...Amin

Thanks to Mohamad Nor for access to this article

Khamis, 9 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 13-RBW berpotensi tinggi

Sebuah RBW sedang didalam pembinaan...
Di Pengkalan Chepa.....berpotensi tinggi memandangkan  ujian suara yang berjaya dan lokasinya...
mudah-mudahan....amin


Gambar-gambar dari lawatan keRBW itu...
Tekan dan Jom Layan- I have to admit it.... hehe


RBW ini mempunyai ketinggian siling yang berlainan dibahagian/petak diantara rasuk serta loteng yang tinggi. Ketinggian siling yang berlainan agaknya akan dapat memberikan ilusi keselamatan yang lebih baik dari petak siling yang lebih tinggi. Sementara loteng yang tinggi dapat memberikan suhu yang baik untuk burung walit di paras sirip, agaknya. 

Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita..

Jumaat, 3 Jun 2011

Sembang Sembang walit 103-RBW Kayu bertiang tinggi


Para penternak burung walit yang melabur dikawasan antara pekan Kuala Rompin dan pekan Pekan, memang memasuki bidang ini dengan besar-besaran, bermodal tidak kurang dari RM 1 juta, agaknya. Mungkin pembelian tanah pada ketika itu tidak memerlukan jumlah yang banyak, tetapi binaan bangunannya dan penyiapan peralatan dan kelengkapan didalamnya tentunya memerlukan wang sejumlah itu. Dibawah ini diantara dua gambar bangunan yang sempat saya ambil yang menunjukkan saiz lebih kurang 40 kaki x 100 kaki.


Gambar hiasan(saiz 40'x100')

Gambar hiasan RBW didalam phasa pembinaan(saiz 40'x100')

Reka bentuk RBWnya banyak yang serupa yang menunjukkan ianya samaada direka bentuk oleh konsultan yang sama atau dibina oleh kontrektor yag sama. Tentunya rekabentuk pilihan itu berasaskan kepada satu rekabentuk RBW pioneer yang berjaya didaerah itu. Rata-rata bahan binaan yang digunakan ialah struktur konkrit berdindingkan bata. Ini adalah cara binaan yang boleh bertahan zaman agaknya.

Gambar hiasan(RBW berrekabentuk serupa)

Walaubagaimana pun, ada juga penternak yang menggunakan pelaburan yang kecil serta pendekatan yang berbeza. Gambar dibawah menunjukkan RBW 'kayu bertiang tinggi' dan sekitarannya yang begitu sesuai untuk burung walit.


Gambar hiasan

Pada anggaran saya saiz nya adalah 20kaki x 30 kaki, ber LBW lubang tepi yang kedudukannya dipuncak bumbung(tempat tertinggi).  Lubang LBW nya dianggarkan lebih 20kaki tingginya dari paras tanah. Rekabentuk tiangnya juga menunjukkan yang pereka bentuknya menitikberatkan yang ketinggian itu adalah perkara yang mustahak didalam penentuan kejayaan penternakan burung.

Diagak, pada satu ketika dahulu yang bangunan ini menghadapi masalah kepanasan memandangkan yang dinding nya bercatkan putih ataupun cara pereka-bentuk bangunan ini memberi ketahanan kepada dinding plywood. Tekan dan Jom Layan-teknik cat putih pantul haba. Kedudukan LBWnya juga tidak memberi ruang diantara bumbung dan sirip, dimana cara ini memerlukan reka-bentuk penebat haba yang istimewa. Mungkin ruang yang rapat kebumbung ini adalah hanya untuk ruang 'roving sahaja' dan ruang 'nesting' nya adalah diparas ketinggian dinding sahaja, dimana ianya bersesuaian dengan reka-bentuk ruang nesting.


Gambar hiasan(tiang kayu)

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Bahan binaan yang digunakan, tidak dapat dipastikan kerana kedudukannya jauh dari jalan. Agaknya ia menggunakan dinding plywood yang memerlukan ianya dicat dipermukaan luar untuk ketahanan. Dibahagian dalam bolehlah cuba menggunakan kepinggan siling sebagai dinding dalam, yang dapat memberi lebih ketahanan kepada air, agaknya.  Lantainya mungkin menggunakan bahan serupa, yang memerlukan lapisan kanvas untuk ketahanan atau Tekan dan Jom Layan- Antara dua Lantai

Apalah pulak isu anai-anai yang kena difikirkan ni....Anda fikirkan dan Tekan dan Jom Layan-kolono anai2 musuh atau kawan

Mudah-mudahan walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.