My Daughter's Blog

Rabu, 22 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 22- Lagi RBW bersaiz gergasi

Hari ini perjalananku agak jauh, dari Kuala Lumpur ke Bandar Penggaram, tempat lahirku, menjengok ibu ku dan terus kePasir Gudang untuk bermalam. Sepanjang perjalanan ku cuba perhatikan RBW yang berdiri sepanjang perjalanan dan ada dua yang menarik perhatianku.

DiPagoh, terdapat sebuah RBW yang berdekatan dengan pekannya dan terletak diatas bukit dimana terletaknya kubur cina. RBW ini dapat dilihat dari nun jauh hingga berdekatan dengan tol highway Pagoh, iaitu tidak kurang dari 5km jauhnya.
 Gambar hiasan 1

 Gambar hiasan 2

Perhatikan dua gambar diatas, RBW yang bersaiz lebih kurang 40kaki x 100 kaki dengan monkey housenya yang agak luas. LMBnya pun agak luas,agak-agak berdimensi 4kaki lebarx 6 kaki tinggi. Ianya mempunyai 3 tingkat dan bumbungnya berlapikkan metal decking. 

berbanding dengan RBW berdekatan dengan perhentian Layang ditepi highway diantara Senai dan Pasir Gudang. RW ini bersaiz super gergasi. Bayangkan RBW bersaiz 40 kaki lebar x 100 kaki panjang tetapi mempunyai 5 tingkat. Kalaulah ianya penuh dengan burung sekali tuai, mungkin sarangnya boleh mencecah 200 kilo agaknya. 
Konsepnya agak berlainan dibandingkan dengan RBW diatas, kerana RBW ini mempunyai 2 LBW dan seperti RBW itu disekat 2, menjadikan 2 RBW bersaiz 20 kaki x 100 kaki tiap-tiap satu. Juga anda perhatikan yang dihujung sebelah kanan, yang sepertinya ada lubang masuk open roof pula, tentunya, tidak bermasalah dengan RBW sepanjang 100 kaki. Agaknya. Ketetapan untuk keperincian sebetulnya hanyalah boleh didapati dengan mendekati bangunan tersebut.  
 Gambar hiasan 3


Gambar hiasan 4

Kita hanya boleh mengagak yang bangunan RBW pada skala super gergasi ini adalah pelaburan dari seberang causeway, seperti yang kita lihat di kawasan nenasi, agaknya. Kalau kita dah ada RBW, walaupun kecil, patutnya kita bersyukur, dan .....terus berusaha dan berdoa untuk kejayaan.

1 ulasan:

  1. walaupun kecil, patutnya kita bersyukur, dan .....terus berusaha dan berdoa untuk kejayaan.

    setuju bro sangat bro....berakit2 dulu berenang kemudian....

    www.ibnuwalet.wordpress.com

    BalasPadam