Antara dua humidifier ini;
Humidifier buatan taiwan
dan
Yang ini 10 mata ultrasonic humidifiier
Saya pilih humidifier buatan taiwan dengan aturan seperti gambar dibawah ini, siap dengan top-cover dan top cover support yang dibuat dari paip air. Ini buatan orang yang tekun, agaknya.
Gambar hiasan humidifier buatan taiwan dengan DIY top cover
Gambar hiasan timer untuk selang seli on/off
Gambar hiasan top cover
berlawanan dengan aturan humidifier ultrasonik yang memerlukan aturan kipas serta pendawaiannya yang berjalan semasa dengan humidifiernya. Pemegang kipas perlulah lebih tetap dari pemegang styrofoam seperti dibawah ini.
Gambar hiasan pemasangan kipas sementara
Gambar hiasan DIY ultrasonic humidifier
Biasanya ultrasonic humidifier dibekalkan tanpa kotak air. Kotak air ini perlulah dibuat DIY menggunakan tong plastik bersaiz lebihkurang 6 gelen air. Ianya perlu mempunyai pasangan paip seperti tank air dimana bila paras air turun, maka tong akan terisi dengan sendiri sehingga paras floatnya. Humidifier bolehlah diletakkan atas spacer yang disesuaikan dengan ketenggalaman mata humidifier itu. Outlet pipe dan lubang masuk angin dan keluar wap melalui paip yang bersaiz lebihkurang 4 inci adalah diperlukan.
Timer selang seli on/off selama 15min(gambar diatas) amatlah perlu untuk ultrasonic humidifier berbanding dengan humidifier jenis taiwan kerana humidifier ini cepat panas. Cepat panas terus cepat rosak. Kalau sudah rosak maka kelembapan RBW akan berkurangan dari sepatutnya. Timer yang diperkatakan disini adalah timer jenis murah, boleh dibeli RM 15 satu.
Untuk mengawal kelembapan RBW bolehlah menggunakan controller yang boleh menghidupkan humidifier pada paras kelembapan yang ditetapkan dan menutup bekalan letrik pada paras yang ditentukan juga. Ada sesetengah controler ia menutup bekalan pada paras suhu yang ditentukan. Macamlah humidifier itu boleh mengawal dengan baik kesejukkan RBW melalui kewapan. Apa pun sekarang saya pakai Hager timer dan bacaan kelembapan melalui data logger. Harganya adalah lebihkurang RM 85 sebiji.
Gambar hiasan Hegar timer
Gambar hiasan Data Logger
Pada pendapat saya humidifier jenis taiwan adalah lebih sesuai untuk RBW sekiranya 'maintenance free' yang diperlukan. Ikut pengalaman saya ultrasonic humidifier cepat rusak, dan didalam kasus saya RBW saya adalah 300km dari rumah saya menjadikan ianya dijengok seminggu sekali paling kerap, maka saya perlu yang tanpa jagaan,agaknya. Saya kurang mengetahui keperluan siwalit, anda fikirkan kesesuaiannya
Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan