My Daughter's Blog

Memaparkan catatan dengan label dinding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dinding. Papar semua catatan

Isnin, 4 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 34- Teknik Lapik Kepingan Siling di dinding

 Gambar hiasan 1

Gambar hiasan 1 diatas menunjukkan salah satu cara, untuk menebat haba yang dipancar dari sinar matahari.  Atap zinc diletakkan didinding menggunakan spacer agar kejauhannya dari dinding adalah lebih kurang 6 inci. Adalah diharapkan pada jarak ini, radiasi dari kepingan zinc dapat dikurangkan dan ruang itu serta keadaan petak-petak itu memberikan laluan angin yang lebih baik untuk mengurangkan pemindahan haba melalui perolakkan. Salah satu cara untuk mengetahui keberkesanan dinding lapik ini ialah dengan membuat panel ujian dan dindingnya diuji suhunya menggunakan jangka suhu infra-red(gambar hiasan 2).
Gambar hiasan 2


Gambar hiasan 3

Gambar hiasan 3 menunjukkan sebuah RBW yang terletak melintang dimana sisi panjangnya terkena sinar matahari petang. Didalam keadaan sebegini, sepanjang RBW yang sisinya terkena sinaran perlulah diletakkan penebat haba agar suhu dalaman RBW didalam kawalan. Pemilik RBW ini telah memilih untuk menggunakan kepingan siling dan menggunakan rangka kayu untuk 'spacer'.

Gambar hiasan 4


Gambar hiasan 5

Anda perhatikan cara binaannya dan nampak ia berbeza dengan cara binaan diGambar hiasan 1.
Apakah jarak diantara dinding dan kepingan siling itu mencukupi .....?
Dapatkah angin ber ventilasi didalam kotak kayu itu dengan aturan rangka kayu begitu?
Agaknya semuanya telah diatasi........

Apakah juga perlakuan begini diperlukan sekiranya orientasi bangunan ini menunjukkan sisi yang pendek kepada sinaran matahari diwaktu petang ?

Anda fikirkan............


Khamis, 30 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 110- Kasus Teknik Dinding Bata

Kalaulah saya berpeluang membuat sebuah rumah walet yang sederhana saiznya, saya mungkin akan menggunakan teknik yang digunakan untuk rumah burung ini.....jom layan salah satu teknik membuat dinding RBW.

Penggunaan batu bata  sebagai dinding RBW adalah lumrah bagi yang membina pada kadar termurah tetapi untuk binaan yang kekal. Walaubagaimana pun kadang-kadang benda murah senang pula pecah ketika penerimaan dari kilang(itulah pengalaman saya). Bilangan bata yang diganti pula mengikut rasa pengilang itu pula. Bata berasaskan tanah adalah pilihan kebanyakkan penternak bergedung besar. Salah satu contoh ialah bangunan RBW sebesar lebih-kurang 40 kaki x 100 kaki digambar ini.

Gambar hiasan

Pemasangan bata jenis ini yang digunakan diRBW ini adalah seperti berikut:-
a) untuk tingkat bawah, dimana kemungkinan pencuri boleh memecahkan dinding, dibina selapis tetapi tebal 9 inci, aturannya digambar dibawah ini. Jurang diantara bata disetiap selang satu bata dapat mengurangkan pemindahan haba dari luar.
 Gambar hiasan(dinding bata 9 inci)

Lantai ditingkat bawah bangunan yang terletak diatas tanah biasanya adalah sejuk dan boleh menyumbang menyejukkan bilik tingkat bawah. Lapisan dinding bata 9 inci dibuat secara diatas mungkin tidak dapat memberi haba yang cukup untuk bilik bawah stabil pada kadar suhu 29C walaupun terkena pancaran terus matahari tanpa pengudaraan. Saiz bangunannya dapat memberi pengaruh kepada paras suhu ditingkat bawah juga.

b)Untuk tingkat atas, salah satu cara yang agaknya sesuai untuk mendapatkan suhu yang dipinta adalah dengan menggunakan pembinaan bata seperti gambar dibawah ini:

`
Gambar hiasan

Walaubagaimana pun, didalam kasus RBW ini, terselit satu sistem mengatur suhu dengan menyedut angin panas diruang void ditepi RBW yang dindingnya terkena sinaran cahaya terus(haba dari dinding bata selapis?), agaknya. Sekiranya bilik inap sejuk, maka kipas akan dihidupkan untuk menolak angin panas kedalam bilik inap melalui paip .....kurang pasti pula sistem lain yang ada.......

Gambar hiasan ruang void mengatur suhu

Gambar hiasan lubang ventilasi jenis kotak

Gambar hiasan lubang kipas keruang void suhu


Gambar hiasan kotak ventilasi ruang void suhu

Dengarnya, burung walet telah mula bersarang diRBW ini..........

Penggunaan styrofoam tidak diterapkan diRBW ini nampaknya. Mungkin tidak perlu..... Perlulah berhati-hari sekiranya ingin menggunakan styrofoam, halnya salah satu ciri styrofoam itu ialah ianya water-tight........agaknya.

maaf kalau kurang berisi.....

Khamis, 23 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 24- Teknik pintu tidak bertangga

Kalau RBW kita bertiang seperti gambar hiasan dibawah ini, tentunya kita boleh mendapat  munafaat ini:
a) ketinggian untuk bangunan RBW sesuai untuk burung berlegar
b) lebih keselamatan dari kecurian melalui pecah dinding/pintu memandangkan kedudukkan yang lebih tinggi menyukarkan pencuri
c) Menyenangkan penghindaran binatang yang boleh merangkak kedalam bangunan RBW
d) ruang untuk perkembangan dimasa hadapan.
dll...
Anda fikirkan dimana letak pintunya.....

Gambar hiasan

Gambar hiasan 2

Ide ini boleh disatukan dengan teknik pintu tidak bertangga. Teknik ini bermaksud yang pintu bangunan terletak ditingkat 2, dan tidak siap bertangga. Untuk memasuki bangunan, perlulah membawa tangga dan panjat. Rajah dibawah sekadar hiasan dan ide....


Gambar hiasan pintu tidak bertangga

Teknik ini menyukarkan pencuri memasuki RBW melalui tangga tetapi pencuri senang lagi memecahkan dinding RBW. Untuk kelebihan keberkesanan  perlulah digunakan kedua-dua teknik yang diperkenalkan ini.

Untuk panduan mengenai tangga, bolehlah layan....Tekan dan Jom Layan -Mat saleh situkang panen

heh,heh.....

Moga walit datang berduyun-duyun keRBW kita.

Selasa, 7 Jun 2011

Jom Layan Sembang Kosong 10- Teknik Dinding bertanaman Menjalar

Selepas melawat RBW kelolaan rakan blog dari Kota Bharu, En Wan...., beliau menunjukkan sebuah bangunan kediaman yang dindingnya berselaput tanaman menjalar yang telah matang. Agaknya, tanaman sebegini boleh melindung dinding RBW dari sinar matahari secara langsung. Apakah munafaatnya? Anda timbangkan.....
Agaknya berapa lama baru pokok selaput itu dapat meliputi keseluruhan dinding RBW kita ye? Tentunya agak lama juga atau pun sudah ada teknik sembur biji yang menyenangkan applikasi seperti ini sesuai untuk dinding bangunan juga cepat membiak.

Agaknya juga, untuk bangunan RBW yang menggunakan teknik ini, tidak memerlukan ianya di cat ....jimat juga ye.



Takutnya, binatang pemangsa boleh membiak ditempat yang sejuk ini.

Anda fikirkan kesesuaiannya..... fikirkan yang ianya juga boleh membawa kelembapan.....anda suka?

Anda boleh melihat rumah ini diPengkalan Chepa dan mungkin tuan punya sanggup memberi tips untuk tanaman menjalar ini begitu teratur dirumahnya.....

Nota lawatan: Saya hendak merakam terima kasih kepada En Wan yang sudi mengajak saya melawat RBW serta berbincang mengenai LBW ini.........saya hanyalah saorang penternak. Ada yang saya pelajari dari lawatan, perbualan dengan En Wan, serta sesi TT dengan En Din. Terima kasih. Tentunya ia(perkara dibincang) sesuai dan dapat memberi keselesaan kepada siwalit.


Jumaat, 3 Jun 2011

Sembang Sembang walit 103-RBW Kayu bertiang tinggi


Para penternak burung walit yang melabur dikawasan antara pekan Kuala Rompin dan pekan Pekan, memang memasuki bidang ini dengan besar-besaran, bermodal tidak kurang dari RM 1 juta, agaknya. Mungkin pembelian tanah pada ketika itu tidak memerlukan jumlah yang banyak, tetapi binaan bangunannya dan penyiapan peralatan dan kelengkapan didalamnya tentunya memerlukan wang sejumlah itu. Dibawah ini diantara dua gambar bangunan yang sempat saya ambil yang menunjukkan saiz lebih kurang 40 kaki x 100 kaki.


Gambar hiasan(saiz 40'x100')

Gambar hiasan RBW didalam phasa pembinaan(saiz 40'x100')

Reka bentuk RBWnya banyak yang serupa yang menunjukkan ianya samaada direka bentuk oleh konsultan yang sama atau dibina oleh kontrektor yag sama. Tentunya rekabentuk pilihan itu berasaskan kepada satu rekabentuk RBW pioneer yang berjaya didaerah itu. Rata-rata bahan binaan yang digunakan ialah struktur konkrit berdindingkan bata. Ini adalah cara binaan yang boleh bertahan zaman agaknya.

Gambar hiasan(RBW berrekabentuk serupa)

Walaubagaimana pun, ada juga penternak yang menggunakan pelaburan yang kecil serta pendekatan yang berbeza. Gambar dibawah menunjukkan RBW 'kayu bertiang tinggi' dan sekitarannya yang begitu sesuai untuk burung walit.


Gambar hiasan

Pada anggaran saya saiz nya adalah 20kaki x 30 kaki, ber LBW lubang tepi yang kedudukannya dipuncak bumbung(tempat tertinggi).  Lubang LBW nya dianggarkan lebih 20kaki tingginya dari paras tanah. Rekabentuk tiangnya juga menunjukkan yang pereka bentuknya menitikberatkan yang ketinggian itu adalah perkara yang mustahak didalam penentuan kejayaan penternakan burung.

Diagak, pada satu ketika dahulu yang bangunan ini menghadapi masalah kepanasan memandangkan yang dinding nya bercatkan putih ataupun cara pereka-bentuk bangunan ini memberi ketahanan kepada dinding plywood. Tekan dan Jom Layan-teknik cat putih pantul haba. Kedudukan LBWnya juga tidak memberi ruang diantara bumbung dan sirip, dimana cara ini memerlukan reka-bentuk penebat haba yang istimewa. Mungkin ruang yang rapat kebumbung ini adalah hanya untuk ruang 'roving sahaja' dan ruang 'nesting' nya adalah diparas ketinggian dinding sahaja, dimana ianya bersesuaian dengan reka-bentuk ruang nesting.


Gambar hiasan(tiang kayu)

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Bahan binaan yang digunakan, tidak dapat dipastikan kerana kedudukannya jauh dari jalan. Agaknya ia menggunakan dinding plywood yang memerlukan ianya dicat dipermukaan luar untuk ketahanan. Dibahagian dalam bolehlah cuba menggunakan kepinggan siling sebagai dinding dalam, yang dapat memberi lebih ketahanan kepada air, agaknya.  Lantainya mungkin menggunakan bahan serupa, yang memerlukan lapisan kanvas untuk ketahanan atau Tekan dan Jom Layan- Antara dua Lantai

Apalah pulak isu anai-anai yang kena difikirkan ni....Anda fikirkan dan Tekan dan Jom Layan-kolono anai2 musuh atau kawan

Mudah-mudahan walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Khamis, 2 Jun 2011

Sembang sembang walit 102-Teknik Cat Puteh Pantul Cahaya


Dibawah ini ditunjuk gambar-gambar yang menarik diNegeri Pahang(disedut dari inet). Didalam perjalanan saya dari pekan Kuala Rompin kepekan Pekan, memang banyak tempat yang menarik, pada pandangan saya lah terutama pantainya. 
Gambar-gambar hiasan

Gambar-gambar hiasan

Gambar-gambar hiasan

Saya juga tertarik akan binaan RBW dimerata-rata tempat ditepi jalan, seperti digambar hiasan dibawah ini. Begitu menarikkan.....bukan sahaja dari pemandangan dan reka-bentuk juga dari segi potensi pulangan pelaburan... anda fikirkan.... Begitu banyak RBW disatu tempatkah?, mungkin tidak, kerana RBWnya boleh bilang dengan jari lagi berbanding dengan bilangan RBW yang tersorok dipekan-pekan. Tentunya para pengusaha sudah menentukannya yang pelaburannya akan memberi pulangan nanti.......Agaknya

Gambar-gambar hiasan

Gambar-gambar hiasan

Salah satu RBW mempunyai ciri yang menarik, ia menggunakan teknik 'cat putih pantul cahaya'. Menurut iklan seperti gambar dibawah ini, cat putih akan memantulkan cahaya berbanding cat hitam yang meresapkan cahaya.

Gambar hiasan iklan produk cat


Haba dari cahaya itu tidak akan meresap kebangunan RBW yang bercat putih dan lambat laun RBW tersebut akan menjadi sejuk. Tentunya ia sesuai untuk RBW yang masalah  nya ialah kepanasan......Walaubagaimana pun,.... Apakah kadar kesejukannya sama efektif dengan cara lain menebat haba? Anda perlu mengetahui perbandingan ini kan....

Apalah pulak yang tuan punya mengecat RBWnya hitam pula.....