My Daughter's Blog

Memaparkan catatan dengan label hama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hama. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Julai 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 40-GECKO CRAZE(REPLAY)

Cerita tokek ini pernah dicerita disini...
Diceritakan yang pak tokek ini suka bercanda sebelum memburu diwaktu senja. Kalau ianya bercanda didalam RBW maka, mungkin walet yang menginap diRBW kita menjadi kecut perut mendengar suara tokek yang sahut menyahut itu..... agaknya. Kabur ke tidak, atas waletnya juga....

Anda layan keratan dari akhbar the Star hari itu....pencarian terkini(bukan di i-net ya).......tokek, lokasi dimerata belentara, juga ke selatan Philipines. Manalah tak kena culik, hehe.


Selasa, 28 Jun 2011

JOM LAYAN SEMBANG KOSONG 28 - Penggunaan spot-light sebagai penarik serangga

Cuba kita fikirkan...apakah penggunaan spotlight seperti gambar hiasan dibawah ini dapat menarik serangga kalau ianya dihidupkan diwaktu senja? Kalau ia ,agaknya perlu juga ianya diletakkan ditempat yang tinggi dan menghalakan ke kawasan hutan......agar serangga tertarik kelokasi.
Saya terfikir "memang ada serangga datang tetapi mungkin pada permulaan sahaja, agaknya. Mungkinkah ia akan berkurangan mengikut musim....saya pun kurang mengetahui."
Gambar hiasan spotlight \

Apakah binatang yang boleh tertarik dengan adanya banyak serangga berterbangan diwaktu senja?
Agaknya..
a) tokek
b) walet
c) cecak
d) burung pemangsa seperti burung hantu.

Apakah patut kita bubuh gadget ini berdekatan dengan RBW kita?

Anda sajalah yang boleh menjawab......

Apakah juga risikonya?
tok tokek boleh datang sama dan pulang keRBW pula......agaknya jawapannya.. anda fikirkan 

Rabu, 15 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 108 - Makluman AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010

Tempelan terkini mengenai dengan cara memperlakukan hidupan liar...........
Tekan dan Jom Layan blog Pak Din

Rujukan Akta dari website http://www.wildlife.gov.my

Salinan akta ada dibawah ini............
Tekan dan Jom Layan Salinan akta

Saya tengok sinarai hidupan menangkumi hampir semua hidupan, nak kena study pulak kalau nak tau yang tidak tersinarai....lembu, kambing..ayam...

apa pun ada clausa tika melindungi haiwan ternakan ......tafsir lah


'Menangkap atau membunuh hidupan liar untuk melindungi
tanaman
54. (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, jika manamana
hidupan liar menyebabkan, atau terdapat sebab untuk
mempercayai bahawa ia akan menyebabkan, kerosakan yang serius
kepada tanam-tanaman, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok kayu
yang sedang membesar, ayam ternakan atau haiwan ternakan dalam
milikan seseorang pemunya atau penduduk tanah, pemunya atau
penduduk itu atau mana-mana pekerja pemunya atau penduduk
itu atau mana-mana pegawai boleh menangkap atau membunuh
hidupan liar itu selepas terlebih dahulu menggunakan usaha yang
munasabah untuk menakutkan hidupan liar itu supaya ia lari dan
gagal untuk berbuat demikian.
(2) Jika mana-mana hidupan liar telah menyebabkan kerosakan
yang serius di bawah subseksyen (1) tetapi telah berhenti berbuat
demikian, hidupan liar itu tidak boleh ditangkap atau dibunuh.
(3) Pemunya atau penduduk tanah hendaklah, tanpa kelengahan
yang tidak perlu, melaporkan kepada mana-mana pegawai butir-butir
mengenai kejadian itu, termasuk spesies hidupan liar, kerosakan
dan senjata yang digunakan (jika ada) dan sama ada hidupan liar
itu ditangkap atau dibunuh.
(4) Mana-mana pemunya atau penduduk tanah atau pekerja
pemunya atau penduduk tanah yang melanggar seksyen ini
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(5) Mana-mana hidupan liar yang ditangkap atau dibunuh di
bawah seksyen ini hendaklah menjadi harta Negeri dan hendaklah
tanpa kelengahan diserahkan kepada seorang pegawai.'

apa saya betul pak?....kurang tahu sebenarnya...

Selasa, 7 Jun 2011

Sembang Sembang Walit 105 -It's War(on Tokek III)

Jom Layan tempelan lama...

Tekan dan Jom Layan- War onTokek II

The War is still on......a new FRONT......tulisannya nanti, di hujung tempelan.

Usaha membaharui umpan dan memeriksa perangkap tetap dijalankan.
Nampaknya semua perkakas jenis perangkap(result-1 hit) dan jerat(no hit) telah tidak dapat menghasilkan 'gotcha' this time around. Untuk mengukuhkan benteng, beras beracun(utk tikus) telah diletakkan dibeberapa tempat yang strategik(kali ini beralas dan tidak bertabur diatas lantai) dimana ada + ID(pernah lintas dan lari).

Tekan dan Jom Layan- Teknik GOTCHA Ada 'Kill'

Teknik ini telah tidak mendatangkan hasil pada kali ini.

A New Front....Jom Layan


Gambar hiasan (Fried Tokek?)


Nampaknya pak tokek tetap nampak RBW sebagai tempat yang ia boleh mengembangkan sayapnya. Dengarnya ia adalah binatang yang 'territorial'-kalaulah ianya jantan, tentunya sedang 'going its round', agaknya. Yang pasti, binatang ini telah cuba masuk keRBW, melalui lubang saliran air.  RBW perlu mempunyai pertahanan dari ancaman binatang dari luar juga, nampaknya.


Sementara itu, sipungguk yang terbang malam, pun sudah tidak mahu hinggap ditempat bertenggeknya menunggu walet yang pulang lewat....Perangkap tikus yang telah sebulan 'charged' gagal mendapatkan pelanggannya...



Moga walit datang berduyun-duyun ke RBW kita.

Selasa, 24 Mei 2011

Sembang sembang walit 97- It's war( on Tokek siri 2)

Artikel-artikel yang pernah saya tulis mengenai tokek, sehingga saya berjaya membunuh 2 ekor tokek tersebut.

Tekan dan Jom Layan - RBW bertokek
Tekan dan Jom Layan -Tokek musuhku
Tekan dan Jom Layan- War on Tokek
Tekan dan Jom Layan -teknik basmi tokek

Setelah diimbas kembali ingatan mengenai tokek, saya rasa kehadirannya adalah kerana aktiviti diRBW itu sendiri termasuk:
a) pemasangan lampu spotlight ala lampu papan tanda untuk menarik serangga.
b) pembuatan makanan untuk menghasilkan serangga
Hati-hatilah, sekali ianya sudah masuk........fikirkanlah akibatnya.

Usaha tetap diteruskan.....WAR on tokek (diRBW gue)
Gambar hiasan


Cengkerik adalah umpan yang senang didapati dan sesuai untuk tokek. Ia boleh dibeli lebih-kurang 20 ekor setiap RM1. Buatlah sicengkerik itu berbentuk seperti serangga laron/kelkatu dibawah ini( buang kaki belakangnya je) dan umpanlah menggunakan perangkap tikus.


Gambar hiasan

Gunakan benang atau pun yang lain untuk mengikat nya di jerat itu...


atau


Namun kadang-kadang tikus juga yang terperangkap. Rupanya tikus juga jadi pemangsa diRBW aku, terus aku umpankan ikan bilis, umpan amat sempurna untuk tikus. Jaga kau.

Agaknya....
Moga burung walet datang berduyun-duyun keRBW kita..

Selasa, 1 Februari 2011

DIY IDEA 1 - Zapper untuk menangani burung hantu(burhan)

Pernah kah anda memegang kabel voltan tinggi kereta anda tika kabel tersebut tercabut dari pencucuh ...(spark plug), ketika enjin itu berjalan?
Ia akan memberi satu kejutan elektrik voltan tinggi. Otot2 akan memendek dan kita terasa tidak seronok. Biasanya ia tidak bahaya. Kalau pegang kabel tersebut seperti diatas, tanggung lah sendiri risikonya. konsep inilah boleh digunakan untuk menghindar burhan dari rbws. Walau bagaimana pun, dijangka peralatan DIY untuk peralatan ini memerlukan penyelengaraan yang tinggi.
Dijangka peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
bateri kereta
Coil kereta
Connector untuk coil HV dan LV
Switch untuk on off kejutan-pernah dikatakan yang alat motor wiper sesuai digunakan

ikut fahaman saya, kunci kepada kejayaan sistem ini ialah pada switch low  voltage, yang membolehkan ianya memberi kejutan pada sistem high voltage seperti yang diperlukan.

Sekiranya anda mengambil risiko membuat projek DIY ini anda perlulah bertanggung jawab diatas tindakan anda, gunalah orang yang biasa dengan 12V. Pihak blogger hanya sembang dan tidak bertanggung jawab sepertinya. Gunakanlah alat yang telah direkabentuk untuknya seperti gambar ini. Agaknya.

Gambar hiasan

Sembang Walet Swiftlet 3-Tindakan drastik menghantui burhan

Selepas dua bulan beroperasi, rbw  telah senyap sepi dari penghuninya. Siampunya telah menganalisa data-data dari datalogger yang menunjukkan bahawa faktor kelembapan adalah kurang sempurna.  Maka siampunya pun menghabiskan masa hujung minggu untuk kotak katik kelembapan rbws. Pada petang Ahad itu, siampunya telah keluar lewat dari biasanya (kerana ada teman menemani) dan ternampak bayangan burung hantu(burhan) terbang dari tempatnya bertenggek-sebatang tiang letrik.  Kedudukan tiang letrik ini lebih kurang 30 kaki dari lubang burung walet(lbw).  Dimata burhan, kedudukannya memanglah strategik  sebagai 'base'.
Siampunya amatlah bersyukur kerana telah tahu masalah rbws nya datang dari hadirnya pak burhan dimuka pintu.
Untuk mengalih tiang letrik tentulah mahal dan mengambil masa.  Si ampunya telah memilih untuk mengalihkan lbw dari asalnya arah rbw jirannya ke arah laluan pulang burung walet / swiftlet.  Kos pengubah suai pun hanyalah upah membuka dinding rbws sahaja serta kederat mengalih tweeter. Tiang letrik tempat bertenggek siburhan pun telah nun jauh disana.  Sekarang siampunya hanya mampu berdoa....dan...
Siampunya juga telah memasang alat zapper yang mengeluarkan 15000V yang mampu mengejutkan otot2 pemegangnya. Asalnya hendak mengejutkan babi hutan yang berleluasa dikawasan kebun. Siburhan akan terperanjat besar sekiranya bertenggek di lbw.  Harapan siampunya ia tak kembali lg ke rbw nya.